Wednesday, December 15, 2010

Tahun Baru , Cerita Lama

Diam tak diam , tahun 2010 dah nak sampai hujung . 2011 dah nak datang tak berapa hari lagi . Cepatnya masa berlalu . Kata orang , makin dekat kiamat , makin cepat masa berlalu . Huhuhu . Sekarang ni memang cepat masa berlalu . Rasanya baru semalam isnin , tiba2 dah jumaat . Tapi nak melepaskan isnin tu punyalah perit . Rasanya kalo boleh pilih , mmg tak nak hari isnin . Nak masuk hujung minggu je terus jumaat . Terus cuti sabtu ahad . Hahaha . Ni undang2 negara mana entah . Tak produktif langsung ! mahu bankrup mesia nanti .

Ada azam baru ? aku ni mmg tak kosa sangat nak berazam2 . Bukan apa ....azam je lebih . Buatnya tak . Buat naya kat pakcik Azam je hehehe . Tapi orang kata , eloklah ada azam , bukak lembaran baru . Jadi kadang2 tu aku ada jugak ler azam sket2 (tak termasuk azam nak melunaskan azam tahun sebelumnya) ni kira azam paling selalulah ni . Hahahha

2010 dulu , azam aku nak simpan duit byk2 . Kalo nak kira , aku ni takder lah kuat soping sangat . Kadang2 je beli benda merepek2 ni . Hehehe . Mood soping aku tu jarang2 sangat nak jadik . Sebab aku ni kategori kedekut jugak . Termasuk nak beli barang sendiri . Lagilah kalo rege ratus2 , ribu2 , mmg aku pk dua tiga ribu kali nak beli . Akhirnya tak jadik beli . Hehehe .

Azam nak simpan duit banyak tu , tak adalah banyak sangat . Tapi banyak sket lah dari tahun sebelumnya . Kira berjaya juga aku tunaikan azam aku .

Azam 2011 ? entah ....tak sempat nak pk . Nak kurang mengumpat ? ish2 ...macam payah je nak buat . Macam 'karam' je azam tu nanti . Nak kurangkan tahap kepedasan mulut ? pun payah ni . Habis kalo asek kena cili je dengan orang , takkan tak nak balas balik . Payah gak tu . Aku ni kan speses telinga nipis jugak . Hehehe . Takleh2 ...mana best jadik sopan santun sangat . Jadi ala2 suci murni pemeringkatan dua kali ..macam minyak masak tu . Tak best ...tak thrill langsung hahahaha

Jadi sampai hujung coretan ni ...saya masih tak dapat nak tentukan azam baru . Nanti akan saya pk kan . Apa azam baru anda ?

No comments:

Post a Comment