Thursday, December 23, 2010

Islamnya Kerana Cinta

Beberapa tahun lalu , saya telah memilih seorang lelaki bukan berbangsa melayu sebagai suami . Bukan tak nak kat melayu , melayu yang tak nak kat saya . Hahaha . Kalau ikut pun , dari dolu2 , tak pernah pun ada pakwe melayu ni . Pernah ler nak ada , tapi kawan dah sambar dulu . Jadi tutup kes , saya redha jelah . Hahaha . Bak kata Wati kawan baik saya dulu "dia tak cukup hensem utk ko" muehehehe (ayat nak bagi senang hati je tu ...walaupun , mmg tak hensem) kekeke

Masa kat uni dulu , masa saya kenal bf saya ni pun ramai kawan2 tak suka , ramai yang tak setuju dan antara ayat yang saya ingat sampai hari ni ...

"dah takder melayu sangat sampai kapir ko nak buat laki?" hehehe . Sungguh sopan ayat dia . Tapi masa tu saya dalam mode malas nak layan . Kalo ada mood nak layan , saya pun nak jawab "kalo ada pakwe melayu pun , masa smyg jumaat dating dalam TGV , takder makna jugak ..."

Ada jugak yang melarang dengan nada concern "ko dah habis pk ke ?" hahaha . Saya tahu dia tak setuju , tapi yelah nama pun kawan . Saling ingat mengingat . Masa tu dalam hati gelaklah jugak , yelah ...macam ler confirm kawen dengan yang tu . Jalan jauh lagi apa .

Tapi kalo dah jodoh , kawen juga . Bila saya kawen . Soalan dah bertukar . Tu masuk islam sebab nak kawen ke ? soalan skeptikal ni saya selalu sangat terima . Mula2 dulu nak marah jugak , tak suka jugak . Tapi bila dah lama2 , dah imun . Dah tak rasa apa dah . Macam rasa makan nasi je . Hari2 pun boleh , kalau takder baru nak tanya2 apsal takder hehehe . Macam nak paksa je suruh tanya . Hahaha .

Soalan saya , salahkah kalau benar dia masuk islam kerana cintanya ? kerana dia nak kawen ?

Penyebaran agama islam melalui perkahwinan sudah berlaku sejak zaman nabi lagi . Nabi tak larang pun , maknanya boleh lah kan ? kalau tak boleh , nabi dah larang . Tapi tak . Kenapa kita pulak yang sibuk2 nak persoal ikhlas atau tidaknya seseorang itu masuk islam ? adakah keja kita ? bukankah kerja kita tu berdakwah .

Berapa ramai kita dah islamkan ? ada dua tiga juta ? nak islamkan orang ni bukan kerja senang . Jadi kalau orang lain dah dapat islamkan seseorang tu , apa salahnya bagi support ? tolong bantu mana yang boleh . Kalau tak boleh bantu , takyah tolong susahkan orang pun dah cukup baik dah Duduk diam2 , jangan kondem banyak sangat . Dalam kubur nanti kalau Allah tanya apa kita dah buat untuk islam , apa kita nak jawab ? adakah kondem orang masuk islam sebab cinta tu dikira sebagai sumbangan pada agama ?

Dari pengamatan saya , sepanjang proses ini , rakan2 yang mengatakan diri mereka tak banyak ilmu agamalah yang banyak membantu . Menolong mana yang boleh . Tak pernah nak persoal . Tak pernah kata tidak bila perlukan bantuan . Maklum lah masa tu baru2 lagi keje . Mana ler ada duit . Kereta jauh sekali . Hantar bersunat pun naik motor honda buruk . Balik bersunat siap boleh singgah kedai mamak dulu , makan2 , abru balik rumah kekeke .

Yang mengaku tinggi ilmu agamanya ? yang dah naik haji sebelum umur 20 ? yang pangkah parti lambang bulan tu ? emmmmm ...jawab camtu jelah , malas nak sebut perkataan tu . Harap serban je besar bakul durian ....[harap faham , saya tidak menghina sunnah ... cuma menerangkan imej islamnya tak seiring cara islamnya]

Salahkah dia masuk islam kerana cinta kalau sesudah islamnya dia jadi umat islam yang baik ? tak tinggal sembahyang , rajin belajar agama , minat dengan ceramah agama , ada ustaz idola . Salahkah ?

Saya selalu menerangkan begini . Islamnya dia , kerana hidayah Allah . Tak kiralah macam mana tergolek dog pun dia jatuh cinta dengan melayu , kalau Allah tak bagi hidayah pada dia , maka tidak islam lah dia . Suami saya dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang pada ajaran kristian , seorang yang tidak lekang dengan bible , tidak pernah tinggal smyg di gereja malah dikata2 sebagai bakal orang kuat gereja seperti ayahnya juga . Dia pernah berkata kepada saya "tak ada siapa boleh larang saya ke gereja selagi saya masih penganut kristian" . Lalu sewaktu dia dah jadi 'couple' saya pun dia masih ke gereja . Tapi dia tak ganggu pegangan saya . Tak pernah cuba berdakwah pada saya tentang agamanya . Saya menghormati agama dia selagi dia menghormati agama saya .

Konsepnya sama seperti mati . Seseorang tu tak mati sebab kena langgar lori , bukan juga sebab jatuh bangunan , bukan sebab sakit kanser . Tapi dia mati sebab ajalnya dah sampai . lori , bangunan semua tu jadi sebab je . Kalau ajalnya tak sampai , tertimbul ais kat kutub utara pun takkan mati !

Jadi takyah lah sibuk2 nak buat kerja Allah , kita buat kerja kita sudah lah . Pemikiran skeptikal ni susah nak ubah ...kecuali dia sendiri nak ubah . Semoga diberi hidayah . Syukur kita ni lahir sebagai Islam . Kalau kita lahir kapir .... entah macam mana .

Saya selalu berfikir begini , Allah memilih saya untuk membawa dia , suami saya .

No comments:

Post a Comment