Thursday, March 24, 2011

First Impression , Demam dan Bengang !

Aku tak tahu nak bagi tajuk apa . Jadi aku tulis je sume yang aku rasa nak tulis .

First Impression sangat penting . Sebab kadang2 bila first impression kita pada seseorang tu mmg teruk , maka sepanjangnya kita akan membawa 'perasaan' yang sama terhadap dia . Aku cuba uttuk tidak dipengaruhi 'first impression' . Kat opis ni ada seorang mamat ni , memang ler ada reputasi yang kurang elok sket . First impression dari kawan2 , mmg kata dia ni 'poyo's' [siap ada s tu , menggambarkan betapa tahap poyo dia tu bukan singular] hahahaha . Dan lagi dia ni suka berlagak cam bagus2 dan buat lawak tak kena tempat . Dia ni freshie . Muda banyak lah dari kitorang [tp i masih muda ok kekekekke]

Dijadikan cerita , selasa , ada external meeting dengan client . Aku demam . Badan sangat panas , ulser pun dah bertumbuh biak dalam mulut dengan jayanya . Aku ni bukan boleh panas sket , cepat je kena ulser . Tapi nak baiknya lambat plak . Nak buat macam mana , dahnya Allah bagi . Ulser je pun ..dari kanser ke ...kan ker teruk tu .

Jadi aku bercadang untuk tak masuk meeting tu . Tapi aku tetap masuk ofis walaupun kalo ikut hati nak je MC hari tu . Tapi 'tanggungjawab' lah konon , aku datang juga .

Pagi2 aku dah siapkan apa yang patut aku buat . Progress report aku mmg dah siapkan awal dah . Dah print dan tinggal potostat je utk klien . Aku dah siap2 thumbdrive , dah bukak segala folder yang nak guna masa meeting nanti sebab senanglah kalo dorang nak tengok progress ke , nak tengok document track ke apa2 jelah , semua dah tersedia dibuka di laptop . Kan aku dah cadang tak nak attend meeting tu .

Jadi lepas sume dah siap , aku pun jumpa boss aku , aku cakap mintak excuse tak attend meeting sebab aku demam . Demam ni , aku boleh je tahan , makan panadol dua biji oklah kan untuk sementara dalam meeting . Cuma aku selesema . Karang dalam meeting aku asek sroootttt sroootttt sedut hingus . Buruk benar plak rupanya . Kang tak selera plak client nak makan . Hehehehe .

Bos aku pun kata "ok ...get A to replace you" A ni mamat freshie yang poyo tu lah . Aku pun kata ok ..aku pun jumpa si A . Aku kata kat dia aku tak attend meeting sebab demam dan boss minta dia gantikan aku . Mamat poyo ni boleh jawab camni .

"apa ? hamil ?" korang rasa dia pekak ke , aku yang benak ?
hamil dengan demam ...tak ke jauh beza bunyinya ? aku cakap melayu ni dengan dia . Bukan jawa , bukan urdu ....

Aku pun balas baik "aku demam ....demam dengan hamil kan jauh bunyinya !" biasalah , dengan nada suara menengking . Dahnya pekak sangat kan , jadik aku rasa perlu menegking bagi dia dengar . Kot tak karang dia dengar aku cakap Malaysia kena tsunami plak kan .

Dia pandang muka aku . Aku buat bodoh je . Lantak ko lah . Jadi akan bertambahlah lagi sorang manusia kata aku GARANG . Dahnya ko yang cari pasal , buat lawak tak kena tempat . Aku memang pantang lawak merapu tak kena tempat . Kalau kena tempat takper , sbb aku suka jugak lawak merapu . Hahahaha

Aku tak tahu kenapa aku jadi bengang
1- sebab perkataan HAMIL
2- sebab dia buat lawak yang mmg patut kena tengking
3- sebab aku demam ..badan aku panas , dia plak panaskan hati aku ...so BINGO

Apapun sebabnya . Lantak kau ler ....

Friday, March 18, 2011

Mencaca marba kan blog

Hahahaha (belum tulis dah nak gelak)

kesian aku tgk blog aku ni .
dah bercelaru dah jadinya .

Punca ? dahnya aku gatal tekan setting sana sini .
konon nak bagi elok , terus berkecamuk .

Ni namanya tikus baikkan labu ... kesian kat labu ... membazir macam tu je ...kalo buat bingka labu kan best . hahahaha

Aku mulanya tadi , nak letak novel baru dalam ni . Selepas 700 kali tekan (macam biasa , hanya utk kesan dramatik) berjaya ler letak gambo tu ....tapi kecik je jadiknya . Boleh ler tu .

Lepas tu nak edit tulisan plak ...sbb tak nampak . Kalau ikut aku , mmg sume nak letak kaler hijau ....dahnya aku nak obsess ngan kaler hijau . Tapi tulisan plak tak boleh baca . Tujuan blog ni diwujudkan kan nak bagi orang boleh baca ...kalo setakat nak baca pun tak nampak , baik takyah . hehehe

Lepas tu , aku nak letak gambar aku ngan montel plak . Tapi yang ni belum berjaya . Hahaha . Tadi aku letak , tu dia ...penuh gambar dahi montel je (maklum ler , montel kan dahi luas ....sayup mata memandang) terus aku delete . Karang aku cuba lagi . Hahahaha

Wednesday, March 16, 2011

Wajah2 kecewa


ni wajah kecewa tak dapat tengok Hikayat Merong Mahawangsa . Hahaha . Beli sundae jelah , makan2 mengubat hati luka


Aku Kuciwa , Tree Layer Tea and Hikayat Merong Mahawangsa


Tak ada apa sangat nak cerita minggu ni , minggu lepas hajat dihati nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa . Tapi sayangnya tiket dah habis . Sedih ...sob sob sob ...(konon sedih sangat ler ) mananya tak sedih . Beratur kat GSC midvalley ...dah elr punya ramai makhluk . Dengan couple depan aku asyik berpeluk cium . Melayu plak tu . Apa dia ingat masa tu dia tengah ebratur kat depan GSC Negara Zimbabwe ke ? ni Malaysia lah . Rasa nak PANG je . Tapi malas plak nak menimbulkan kekecohan sambil adlam hati ebrdoa , jangan ler couple tu tengok movie yang sama dengan aku . Buatnya dia buat 'drama biru' dalam panggung kang , buatnya roboh panggung . Tak nak ler mati dalam panggung . Nak jugak amti kat surau ke , kat Mekah ke hehehe (kalau boleh pilih ler )


Berbalik pada citer Hikayat Merong Mahawangsa tu , setelah separuh jalan beratur , screen kat GSC tu dah tukar akler kuning . Untuk HMM (hikayat Merong Mahawangsa , malas nak taip pjg2) . Kuning tu maknanya fast sale ler . Ramai beli . Eh tak per ... ok lagi tu ...ada lagi . Lagi separuh jalan nak sampai . Separuh jalan pun dalam 30 orang jugak tu kurang2 . Tu pun kalo kira sorang beli satu tiket heheheh .


Tak sampai 5 minit pastu ... ada announcement , bahawasanya tiket HMM dah habis ....huhuhu sodih . Tak perlah , p Mines . Sampai Mines , TGV . Sini tak ramai orang . Depan aku ada dua orang je . Elok sampai turn aku , pengumuman lagi . Tiket HMM mahawangsa , sampai kul 4.10 petang dah habis dijual . Masa tu baru 2.30 . Takkan aku ank tunggu tayangan kul 8 plak kan ?

balik lah rumah dengan kecewanya .


Kawan opis ajak p , tapi kalo aku tgk kat KLCC masa , alamat montel tak dapat tgk . Sian dia . Kekeke . Jadi aku harap , minggu ni dapat tgk .


Sebelum balik dari Midvalley , sempat singgah MPH ,s ervey buku sendiri hehehe . Ada buku best , nak beli . Tapi disebabkan kat rumah ada 3 lagi buku belum habis baca , aku lupakan jelah


Hajat nak cari buku Tun Dr Mahathir . Memoir : The doctor in The House . Tapi SOLD OUT . Huh ...tunggu pesta buku jelah 1 May ...ada potongan kekekeke


Habis cerita kecewa tu ... minum2 Three Layer Tea , kat serdang je . Aku mmg suka air ni . Pertama kali minum kat Sarawak . Dia pakai gula spesel sket lah .


aku dah tepek gambarnya tu . 3 layer tea tu dah jadik 2 layer je kekekek . entah satu lagi pergi mana .

Friday, March 11, 2011

Puisi buat sahabat ...

Saya nak tulis puisi buat sahabat saya , terakhir sebelum dia meninggalkan office ni . Lama sangat dah tak tulis puisi . Rasanya dah bertahun . Oh tak ... dalam masa bertahun tu ada sekali tulis puisi , utk salah satu novel . Belum jadi novel , masih manuskrip . Hahaha .

Jadi setelah puas tergaru2 kepala , pergi toilet dua tiga kali , minum air dua tiga cawan , menguap hampir lapan kali ....akhirnya saya berjaya tulis puisi ni . Sebenarnya taklah macam tu skali ehheheh . Saya tulis 10 minit je ....yg lain tu utk kesan dramatik je kekekek


Tak tahu apa 'rasanya' . Saya harap , boleh buat kenang-kenangan .... hehehehe


Orang kata , saat nak mula yang paling susah,
tapi saat terakhir pun tak pernah mudah
bila dah sampai masa melangkah , hati mesti terus gagah
yang mula , pasti ada akhirnya , cuma bila dan di mana
sampai masa , akan tahu arahnya

tinggalkan semua , tapi bukan selamanya
akan ada yang tinggal ...kenangan
akan ada yang kekal , suka duka yang tak pernah padam
bukan sikit susah payah yang kita lalui bersama
bukan sikit gelak tawa yang kita lalui bersama

berat melangkah , tapi perjalanan harus diteruskan
yang masih ada , teruskan berjuang
yang pergi , biar dia teruskan perjalanan
dimana-mana pun cabaran pasti ada
bezanya siapa , apa dan bagaimana
jangan takut mencuba , kalau tidak kita akan kekal ditapak lama

kita dibawah langit yang sama
hari ini hujan dari langit kita , mentari tak muncul sampaikan cahaya
esok lusa , pasti ada
mana tahu pelangi akan dikirim sama









Wednesday, March 9, 2011

Sayonara ...Shuzila Ahmad

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang dimata tapi dihati tidak lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa .....

Jumaat ni hari terakhir bekerja di opis ni bagi kawan aku , kakak aku , kawan solat aku , termasuk kawan terpekik2 kat opis ni jugak . Eh! kawan ngumpat , pun dia .... hahahaha

Cepat amsa berlalu . Rasanya baru semalam berkenal-kenalan . Rasanya baru semalam terkedik2 sama2 buat project Shell F6 , bersama boss ku Mr TCK yang tak pandai cakap melayu tu . Yang cerewet tapi tak pernah marah aku , kalau ada benda tak ebtul , dia musti cakap elok2 ...alahai ..terkenang plak . Eh! terciter TCK plak . Mula tadi nak citer pasal Kak Ila , karang Kak Ila bengang je hahahahha .

OK ... aku fikir , bila dia tak ada nanti , apa yang akan mengingatkan aku tentang dia ? satu , solat . Sebab aku mmg boleh kata hari2 solat ngan dia ni . Kadang2 kalo time setan berguling2 atas kepala tu , kitorang solat zuhur pukul 4.30 , pastu golek2 kat surau kecik kat pantry tu tunggu asar . Tak tahu ler solat zuhur tadi sempat ke tidak hantar ke langit , dah masuk asar . Dah ler camtu ..sementara tunggu solat asar tu , sempat lagi ngumpat jiran tetangga . Hei tinggi ebtul potensi aku ngan Kak Ila ni maraton dalam neraka nanti . Hehehe .

Kedua , Kak Ila punya perangai , dia suka sebut benda salah . Banyak . Contoh satu hari . Dia kata dia nak makan 'kaunter ponder' aku tanya kat dia .
"kaunter ponder tu apa ?"
dia diam kejap ...nasib baik aku ingat ...
"oh ....quarter pounder ke ?" alah ...mekdi . Hahaha . Dia mmg suka hati dia je nak sebut apa .

Bila seseorang tu pergi , tentu akan ada sesuatu yang akan mengingatkan kita pada dia . Kata kawan aku dulu , dia akan teringatkan aku setiap kali jumpa lipas . Sebab lipas adalah makhluk Allah paling aku takut . Memang aku boleh buat gaya histeria kalau nampak . Tak apa lagi jumpa harimau ke , beruang ke , gajah ke , jangan lah lipas . Dan dia kata lagi , bau ubat gegat akan mengingatkan dia pada saya . Sebab ? saya sangat takut lipas , dan saya akan pastikan almari . bawah katil , kotak buku , ada ubat gegat utk mengelakkan lipas berumahtangga kat situ .

Hmm ...ingat lagi masa kat uni , aku gantung ubat gegat kaler putih tu kat almari ...kuat gila baunya . Sampai melekat kat baju . Mulanya aku buat tak tahu je . Bila masuk dewan kuliah , budak sebelah aku bisik2 dengan kawan dia , ada bau ubat gegat . Aku ingat lagi . Jenama Can Can . Hahahha . Taubat aku tak pakai lagi yang bau kuat2 macam tu .

Tapi ada satu yang aku tak boleh lupa . Ada seorang kawan kata , dia akan ingat aku setiap kali ada orang sebut "get well soon" . Kenapa ? al kisah satu hari kawan aku nak exam . Kitorang ni mmg suka bagi2 kad gud luck . Saja lah nak bagi semangat kononnya . Satu hari tu , aku lupa nak beli kad . Aku pergi koop dekat dengan kolej tu , kad gud luck tak ada . Yang ada kat Get Well Soon je . Aku pun dengan rasa tak bersalah , penuh sopan santun dan tatasusilanya , beli je kad tu , bagi kat kawan aku . Heheheh . Jadi peristiwa tu akan mengingatkan dia pada aku .

Pada Kak Ila , selamat maju jaya . All the best . Kita harap , akan ada sesuatu yang kak ila ingat tentang kita . Tentang apa ye ?

Tuesday, March 1, 2011

Ketakutan Saya Terhadap ...Injection

Dalam hidup ni , antara benda paling aku takut ialah injection . Tak boleh nak cerita tahap takutnya tu . Kalau ada pilihan lain seperti masukkan ubat menerusi straw lepas tu sedut ke , boleh campur dalam nasi ke , memang aku dah suruh dah doktor buat . Tapi tak boleh . Jadi nak tak nak proses inject menginject ni kena dilakukan pada waktu2 tertentu . Masa sakitlah , kalau tak sakit , tu namanya cari penyakit .

Khamis 24 February , aku ke klinik gg untuk mendapatkan rawatan gg . Aku tak takut jumpa dentist . Aku pergi 6 bulan skali utk cuci gigi . Tak ada hal . Cabut pun sebenarnya aku tak takut . Tapi bila pk kena inject tu ..terus jadi hal besar . Terus rasa macam desakan rakyat mesir suh husni mubarak letak jawatan . hahahah . Punya besar masalah nak kena inject tu . Aku siap tanya lagi kat doktor

"tak cabut tak boleh ke ? takder solution lain?" hehehhe punya takut nak inject tu . Ada solution lain , rawatan akar . Tapi tetap kena inject jugak . Hahaha . Kira skang mmg paras2 hidung ler , nak tak nak mmg kena inject jugak . Jadi redha jelah . Kalau buat rawatan akar , sampai masa nanti gg tetap kena cabut , dan kena inject lagi . Dari kena inject dua kali , baik aku redho jelah kena cabut .

Siap pejam2 mata lagi tu masa doktor tu inject . Doktor siap tanya

"kenapa pejam mata ? , sakit ke ?"

aku jawab "tak ..takut je ..." terus doktor tu gelak . Dah bius , cabut . Tak ada rasa apalah sebab dah bius kan . Kalo tak bius , mahu masalah lain pulak datang .

Jadi mimpi pasal bius dua tiga minggu sebelum tu dah selesai .

Bukan pertama kali pun kena inject, sebelum2 ni dah penah pun . Masuk hospital berapa kali , kena jugak inject . Masuk air , masa kena bedah dulu , siap menjerit2 ler dalam bilik bedah . Sampai doktor tu pujuk2 lagi macam budak2 ....hahahah . Nasiblah selama ni aku dapat doktor penyabar je . Kalau tak , memang sakit kena inject tak rasa , dapat sakit penampo pulak ! hahahha .

Teringat masa demam panas dulu kat PUSRAWI . Doktor tu kata badan panas sangat , jadi dia nak inject . Mula2 nak inject dia baca ...."bismillahirahmanirrahim ..." dia pun nak inject . Tak sempat jarum sampai , aku dah jerit dah ...dia tukar pulak

"astagfirlahalazim" hahahaha

"saya belum cucuk pun" aduilah ...nama pun takut , jarum lom sampai , dah rasa dah sakit kekekkee

Ni aku pelik kenapa penagih dadah boleh cucuk badan dorang tu hari2 ....cucuk kat bawah jambatan je plak tu .