Friday, May 27, 2011

Pengumuman Cuti

Nak buat pengumuman cuti ..aku akan bercuti panjang dari 28 May hingga 6 Jun ... semoga semuanya berjalan lancar

Pada Biha ... tolong cover keje2 aku yek .... jangan riso ...aku tak p interview tempat lain ...aku cuti je .... dan jangan riso jugak ...kalo aku intv karang ..aku akan bagi tender letter bila novel yang aku janji nak jadikan hadiah perpisahan tu dah siap kekekeke

Pada Nora ... ni kira GUD NEWS tak ? hahahaha

Pada Kak Ana ..sampai hatimu ...alah , kita ingat nak tuliskan puisi untuk kak ana ...tapi lom ada idea ...karang2 lah .... nanti jangan lupa tau tampal kat partition kat opis baru hehehe

Pada bos aku en arsil ...(eh dia baca ke blog aku ..tak kot ) tak perlah ...Biha tolong baca kang sampaikan kat dia hahaha . Tima kasih lah sebab bagi cuti ..jaga Biha baik2 tau ..jangan kasik dia cuti ...karang dia p intv tempat lain hahahaha

Dah ..tu jelah pesanan aku sempena percutian aku ke 'Chikoslavakia' ni hahahahaha

yang aku tak kredit nama tu ...bukan aku tak ingat korang ...sbb aku malas nak pk jenis2 pesanan lain ....hehehehe

Kisah XL dan XS



Satu petang aku lepak2 kat tempat kawan aku sementara tunggu drebar datang amik ..sambil sembang2 ... sorang kawan aku ni dari department sebelah lalu ...dia pun kata ...kat mana ada dia ni ...kat situ jugak ada dia ni (kata dia sambil tunjuk aku , lepas tu tunjuk kawan aku) maknanya dia kata kitorang ni macam belangkas lah lebih kurang dalam bahasa mudahnya .


Aku pun kata "yelah ..dah namanya ala2 templat" hahahhaa


Pastu kawan aku ni pun kata ...




"yelah , macam kita p watson ke ..kedai2 ubat ke ..kan ada sebotol ubat besar ...kita beli ..dapat percuma sebotol yang kecik ...macam tu lah kita " dia kata sambil gelak . Entah macam mana dia boleh terpk pasal dua saiz botol ubat tu .


korang takleh bayang ? sila tgk gambo ....jenama dan nama ubat tu takder kena mengena ngan kitoarang ...dan kitorang tak makan pun ubat tu ...ni bagi contoh nak suh korang bayang kan je ... sebab kawan aku tu XL , aku ni XS ... hehehe . Tak kisah lah botol ubat ke , botol kicap ke ? kicap ? (sama kaler je ngan aku tu) hahahahhaa tapi aku kicap jenis "light ketchup sause" ler ... bukan jenis kicap pekat ...ko ingat aku negro ke ? hahahahhaa









Tuesday, May 24, 2011

Aku dan Umur

Orang kata , pompan ni ..jangan ditanya dua perkara ....umur dan berat !

Awal2 pagi tadi , sorang dari klient panggil aku...ada hal nak tanya katanya ....aku pun pergi tempat dia ...

aku tanyalah ...ada apa hal ..dia kata

"how old are you ?" dengan muka serius tapi tgh pandang dokumen dia ... aku kerut dahi ... tak jawab lagi ..dia ulang balik

"how old are you ?" dia ingat aku pekak ke ? aku tgh mode pk je tu ...tgh pk , bahawasanya soklan umur tu adalah relevan dengan kerja yang aku dengan dia tengah buat ni ...bukan tengah bina platform ke ? platform ada ke kena tanya umur sume tu ? aku lambat lagi lah nak pencen hehehe .

dan lagi apasal soklan dia "how old are you ?" ....tanyalah ..."how young are you" syok sket bunyi wakakakaka

aku terus jawab ..."apsal lak tanya umur ...projek dah nak habis , baru nak beramah mesra ..." aku gelak jelah .

"jawab jelah ...." dia gelak lagi ....

aku jawab plak "adalah ...i choose not to answer" aku gelak2 lagi .

"ok lah ..tak nak jawab ...i tanya lain plak ....u dah kawen ?"

"dah ..."

"dah lama ?"

"errrr ...tak ..." (sajer aku bohong sbb malas nak tambah jumlah soklan dia yg aku rasa tak berkaitan pun dengan platform yg sedang dibina di sabah tu) hahahaha

"dah ada anak? "

"belum"

"SPM tahun berapa ?" saya bagi soklan trick macam ni ..macam ler aku tak tahu tujuannya hahaha

"i choose not to answer" aku ulang dan gelak ....

"eh tapi apsal H dengan K tu called you akak ?" kat client office ni , mmg makhluk berdua tu panggil aku kakak . Entah apa motif aku pun tak tahu . Tapi aku tak kisah pun . Agaknya dia mmg lagi muda dari aku ...jadi biarlah kan . Bukan mencederakan pun .

"ok je akak pun" aku jawab sambil tunggu dia conteng2 dokumen tu sbb aku nak dokumen tu balik .

"mana tahu you muda dari i ke ?" dia kata plak

"hei ...tak kisahlah ...you nak panggil kakak pun boleh ...nama pun boleh ...cleaner yang muka berkedut tu pun panggil i akak ...lagi i kompius !" aku plak gelak ...dia pun gelak skali ...pastu hulur dokumen ..aku pun keluar dari bilik dia nak balik tempat aku .

"weh ... ni consider unanswered lah ?"

ish ..tak puas hati lagi tu ..... aku pun jerit je dari luar "no ..." hahahahhaa

Soalan aku..sejauh mana umur mempengaruhi anda ?
aku ? kdg2 tak ..kdg2 ye ...

kadang2 tak ..sebab i rasa i nampak lagi muda dari usia i (wakakaka ...suka hati lah nak perasan pun) kekekke

kadang2 ye ...bila org yg dah tua berkedut pun sibuk nak panggil i akak ...hello .....

apapun ... memegang prinsip ibu aku ...."bagus ler orang kalo panggil akak ...kan dia hormat sket" hehehehhe

Friday, May 20, 2011

Bila Waktunya Tiba

Khamis ... 19 May 2011 aku dikejutkan dengan kiriman sms dari seorang kawan opis kira2 jam 5.00 pagi . Tapi mesej tu hanya dibaca pukul 6.30 pagi sebaik aku bangun tidur . Hehehe (habislah sume orang tahu aku 6.30 pagi baru bangun) kekekke ... sah2 dekat pukul 7 baru nak solat subuh .

Mesej tu berbunyi "baru dapat berita , Nazil dah meninggal dunia" . Aku baca sms tu banyak kali . Sebabnya baru sehari dua lepas ...dia ada je kat opis . Dia ni satu projek dengan aku . Memang hari2 jumpa . Tak nampak dia sakit . Demam je . Aku pun demam . Nampak macam common sangat ler demam je . Tiba2 hari ni dia dah tak ada . Aku baca sms tu ulang2 kali ...betul ... Nazil , bukan adik , bukan bapak , bukan mak dia ...dia yang meninggal padahal sehari dua lepas baru bersuka ria bergelak tawa . Dia ni memang suka buat lawak . Dia suka kata aku macam budak sekolah . Kalo aku datang tempat dia mesti dia kata "ni mak tahu tak datang sini ? karang mak cari" konon2 aku budak2 ler ...datang merayau2 kat situ ehehhee . Sekarang semua dah tak ada

Patutlah sehari lepas dia tanya dengan kawan aku kalo nak buat kerja macam dia , patutlah dia tak mahu amik kerja kawan aku yg nak berhenti tu ...sungguh2 tak nak . Rupanya dia dah nak pergi . Dia cuma demam , doktor kata mungkin serangan virus menyebabkan kegagalan organ2 utama dia . Semua tu sebab je , yang sebenarnya ajal dia memang dah sampai .

Semuanya sekelip mata . Kalau Allah nak menjemput . Kita tak tahu lagi . Aku pun selalu terpk , bila agaknya masa aku akan tiba ? bagaimana caranya dan siapa yang akan selalu mendoakan aku nanti . Entah , yang pasti , masanya akan tiba juga . Taubat kejap ..kejap jelah , lepas tu bila mengumpat ...lupa terus ahhahaha

Aku pernah kehilangan dua lagi kawan sekolah yang rapat dengan aku . Dah lama . Masa sekolah . Seorang perempuan , Kanisah namanya . Aku panggil dia K ... dia sakit gout dan buah pinggang . Dia pandai tapi pelajarannya merosot sebab selalu ponteng sekolah sbb sakit . Sebelum dia meninggal , aku sempat melawat dia . Perut dia buncit . Dia kata setiap kali datang hospital , nurse tanya "nak ke wad 5 ke ?" wad 5 tu wad orang bersalin . hehehe . Aku ingat lagi , bila sakit dia datang ... leher dia pun tak boleh nak digerak . Kalo nak pusing kiri kanan , kena pusing dengan badan sekali . Macam robot ....aku akan bantu dia setiap kali lintas jalan . Sebab dia tak boleh toleh kiri dan kanan .

Pernah sekali aku lupa . Aku lintas jalan dan dia menjerit kata "wooiiii ....aku ni ..." sambil gelak2 . Aku pun patah balik pimpin dia lintas jalan . Aku mmg rapat dengan dia . Dia ada tulis sebuah novel , tulisan tangan . Dia selalu beli aiskrim aku dulu . Dulu2 aku jual eskem . Aku jual jelah . Untung aku amik , modal gula , plastik eskem sume atas bapak aku ...mananya aku tak untung hhahaha . Dia pernah kata "aku nak komplen ni ...ko jangan kecik hati . Aiskrim ko tawar ....tambah gula sket" dia kata . Aku masih ingat .

Kawan aku kedua Rifaen Musa . Meninggal masa dia dah masuk kolej dah pun . Hari raya pertama . Aku tak dapat datang melawat sebab masa tu aku kat kg . Dia dah balik smyg raya , keluar semula nak pergi beraya . Motor terbabas . Dia ni satu kelas dengan aku . Adik beradik semua lelaki jadi dia pandai buat kerja rumah sebab mak dia selalu bagi tanggungjawab jaga adik2 tu kat dia , Dialah masak dan mengemas rumah .

Aku pernah sama2 dengan dia buat satu teater masa Talent Time Show kat sekolah . Teater tu teater Inggeris ... tajuk nya Beyond 2020 . Aku yang buat skrip . Dia jadi pengarah . Bila sampai masa rolling ..aku nampak ada perkataan Planet Zargus dalam skrip aku . Aku pelik bila pulak aku tulis skrip tu ...dia pun gelak2 sambil kata dia yang tokok tambah skrip aku ....suka hati dia je ...aku pun rapat dengan dia sbb kelas aku ada 7 orang je lelaki .

Cikgu aku ...Isa Mat Shah ...pun dah meninggal . Beberapa tahun dulu akibat lukimia (pernah cerita kat post hari guru)

Yang pasti ...Mati itu Pasti
Al Fatihah Buat semua

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Apa tema hari guru yek ? Guru Menjana transformasi ke apa ntah hehehe . Semalam tgk kat iklan , ada sorang budak OKU nyanyi lagu utk cikgu dia ..nama Cikgu Wan ...

Rupa cantik , baju batik , Cikgu wan , cikguku ...

macam tu ler lebih kurang ...aku tak ingat hehehe .

Apapun , selamat hari guru untuk semua cikgu2 ... untuk ayah aku , ayah mertua aku jugak , sepupu sepapat sepuing semua yg jadik cikgu ...kawan2 ....errr aku tak ramai kot kawan cikgu ...sorang dua je ....

Cakap pasal cikgu , ingat lagi masa kat sekolah ? kenangan dengan cikgu2 ? aku ada beberapa kenangan dengan cikgu2 yg masih segar dalam ingatan . Macam baru semalam je tinggalkan sekolah (eleh , saja nak bagi tahu masih muda sbb belum lama tinggalkan sekolah)

Jom aku cerita

1-Cikgu Maziah - dia ni cikgu math aku . Dan macam yg aku pernah cerita sebelum2 ni . Math ni adalah subjek yg aku sangat tidak gemar . Aku tak suka nombor kecuali nombor pada duit je hahaha . Dia ni tak garang ...tapi tak jugak kelakar ke apa . Kira dia serius lah , tegas cuma mmg takder marah2 ke , herdik2 ke ....takder lah . Tapi gurau2 pun takder . Dia ni lulusan luar negara . Dia pernah citer masa belajar dulu kena operate babi ..eh khinzir ....eleh ...khinzir tu babi lah ... khinzir tu bahasa arab ...apa salahnya sebut babi ..bahasa kita , mendanya sama je kekekee . Ok....dia citer masa kena operate babi tu ...dia tak nak operate ...dia suh kawan cina dia operate ...dia amik report je ....tapi selama seminggu dia takleh makan sebab teringat pasal tu .

Dan lagi , cikgu Maziah ni suka sangat suh aku buat latihan kat papan hitam . Dulu aku marah sangat . Yelah , aku rasa dia sengaja je nak malukan aku ...dah dia tahu aku ni tak tahu , lagi nak suruh2 aku buat kat papan hitam . Tapi bila dah lama tinggalkan sekolah ni , baru aku pk , yelah , dia tahu aku tak tahu ..sbb tu dia panggil aku suh buat kat papan hitam ...supaya aku boleh tahu .

Aku ni , macam aku penah citer sebelum ni ...subjek lain sume aku score ...sume aku suka ..math je yg ke laut ...pernah sekali aku dapat 6 markah je ...per seratus ...terror tak ? korang ada ? hahahaha ... dulu sekolah aku kalo failed ....bukan kaler merah ...kaler hijau ... jadik kira math aku mmg selalu subur gitu , tema alam sekitar ...sbb asek kaler hijau hahahaha

2-Cikgu Esa Md Shah
Dia dah meninggal beberapa tahun lalu kerana leukimia [al fatihah]. Dia ni ajar sastera melayu . Ni peberet subjek aku . Kitorang panggil dia Penglipurlara . Kalo nak tahu , aku ler yang bagi gelaran tu kat dia sampai melekat kat dia Penglipurlara . Sbb nya dia ni suka sangat bercerita . Hari2 kitorang suh dia cerita . Dia ni jugak ler , antara yang awal meyakinkan aku tentang bakat menulis yang aku ada . Tapi bila buku aku dah diterbitkan , dia tak ada utk sama2 meraikannya .

3-Cikgu Mohmad Mokhlis .
Dia ni ajar sains ...kecik je , dan putih melepak . Tampan bergaya lagi . Dia ni kelakar . Suka buat lawak dan tak stress ler kelas dia . Tapi aku paling ingat dia kata , kelas aku ni , bila disuruh tanya ...mulalah tanya benda2 yang bukan2 ...tak masuk dalam silibus pun . Maklum ler ...kelas grade A lah konon ....konon tanya out of the box ler .

Ada skali tu dia kata dia malas jawab ... dia melangkah nak duduk kat meja dia . Pastu dia patah balik sambil berkata "eh saya jawablah ..karang awak semua kata saya tak tahu plak" hahahaha

dan satu lagi aku ingat , dia kan ajar sains kan ...kan ada belajar pasal 'bagaimana kejadian anak' (gila sopan bahasa aku ni) pastu dia kata ... kalo suami hitam , isteri putih ...ada cara 'blend' nya ...tak der nya anak tu kuar sebelah hitam , sebelah putih hehehehe .

dan lagi aku ingat , masa hari2 akhir kat sekolah tu ..kitorang sume mintak mahap kat dia , minta halalkan apa2 yang patut .... dia kata
"saya yg patut minta halal dengan awak semua ni ... mana tahu ada yang culas2 saya mengajar"

4-Cikgu Ahmad Omar ....
Kitorang panggil dia OM ....hahahaha ...tak ingat sejarah nama OM ...yg ni bukan aku yg ciptakan gelaran dia ni . Dia ajar subjek ekonomi asas ...pun peberet subjek aku (aku peberet ngan sume subjek kecuali math je) hahahaha

Masa keluar keputusan SPM ... aku dapat A1 ...dia belanja makan ..dengan mak aku skali .... sbb masa tu mak aku yg temankan p sekolah ..amik cop ... keputusan dah amik dah masa tu ...mak aku jugak yang amikkan ..sbb aku takut nak amik hehehehe

Dan lagi aku ingat ...cikgu OM ni kata mak aku nampak muda ..dia ingat mak aku tu kakak aku (kira perasan jugaklah mak aku masa tu ) hahahahah

5-Cikgu Herlina ...dia ni ajar sejarah , kecik molek je ...putih ..yang aku ingat dia ni hari2 pakai baju sutera , lain2 ..bukan yang sama . Kasut dia 3 pasang je dia rotate ...hitam , putih , coklat .

yang aku ingat dia pernah citer masa amik lesen memandu ...dia bergaduh ngan cikgu memandu dia ...sbb cikgu memandu dia suruh dia letak bantal kat punggung sbb dia kecik .... dia tak nak , malu ...bila aku amik lesen ...aku pun kena buat benda yang sama ...terus aku teringat dia . Dan lagi lepas dapat lesen ...dia bawak kete p sekolah ...ayah dia akan hantar naik kereta berlainan sampai sekolah ...(hehehe boleh bayang situasi ni?) kekekkeke

sekianlah cerita pasal cikgu2 saya ...byk lagi kalo nak tulis ..tapi buat masa ni ..ni jelah ... kepada cikgu2 ..selamat mengajar ..semoga kerja anda akan menjadi landasan ke syurga ... yang kekal abadi ....

Thursday, May 12, 2011

Aku ..Penulis

Takyah ler nak pk sangat apsal tajuk aku tu . Tak related sangat pun , aku tulis je sbb tak tahu nak kasi tajuk apa hahahaha

Sewaktu kat pesta buku yang baru ni ...penulis yg duduk dekat dengan aku tu kata

"kita ni tulis buku ...kalo ada orang datang kata best nya buku awak tu ...punyalah hepi walaupun sorang je yang kata ...."

aku gelak dalam hati ... bukan gelakkan dia ...aku gelakkan diri aku sendiri . Aku ingat , aku je ada perasaan macam tu , rupanya dia pun sama . Jadi takderlah aku ni alien sangat kan ?
jadi maknanya kami berkongsi perasaan yang sama .

Aku pernah beberapa kali menerima email . Sukakan karya aku ni...memuji (ada jugak kot nak mengutuk , cuma dia tak email je ...yg email ni yang puji je ) hehehehe . Tapi kalo ada nak kutuk ...email ...i open je (sambil jeling nyampah) hahahahaha . Nak kutuk boleh , tapi belilah dulu bukunya ...at least menyumbang jugak pada royalti aku ...ni kutuk je , belinya tak kekekek . Baca pun tak , camner dia boleh kutuk ? magic tak ? hehehehe

Perasaan waktu kali pertama buku berada dikedai buku ? hmmm...dah lama ...tapi masih ingat ...rasa nak kol al jazeera , CNN , HBO , RTM ...suh amik gambo buku kita kat rak buku tu . Rasa macam nak email Najib Tun Razak je bagitahu ...padahal dia tak kisah pun . Hahahhaa

Pasal buku tu terjual ke tak ...tak kira . Tapi buku kita tulis ada kat rak kedai buku ...kat MPH , kat Kunikoniya , even kat kedai buku mamak pun ...rasa bangga gila . Tapi bila pk balik , al jazeera pun malas layan aku ...jadik aku tak kol ler dorang suh cover pasal buku aku yg tak seberapa tu . Heheheh . Yang penting masa tu , cita2 aku nak jadi penulis dah tercapai ...tu mmg cita2 betul punya ...duduk kat opis ni ...menghadap klien ni ..bukan cita2 aku sangat ....cuma .... aku sangat sukakan kerja aku ...tu dua perkara yang berbeza ....

Perasaan kali pertama dapat royalti ...emmm ..kali kedua ..sbb kali pertama advance ...tu lain rasanya ..kali pertama editor kol bagitahu cheque royalti dah ready ..dan akan di bank in ...dengan menyebut jumlah sekian ribu . Masa tu rasa macam ler banyak sangat dapat tu (eh banyak jugak ler ...gaji aku sebulan pun tak banyak tu tau) hehehehe ...
takleh nak cakap rasa hepinya tu . Macam jumlah tu bleh beli Mini cooper sebijik , macam bleh beli kete jaguar ala2 kete jaguar merah bos aku tu .... macam jelah , tapi takderlah sampai banyak tu dapatnya .... hehehehe . kalo dapat byk tu ...dah lama dah aku langsai utang kete aku tu ....

Tapi takleh lawan perasaan aku kali pertama pergi promosi buku ...jangan kata kali pertama ...sampai skang ni aku masih berkeadaan sama . Aku mmg ler pemalu kalo suh pegi2 promosi . Aku rasa aseklah tersengih2 ..dahnya tak tahu nak buat apa ..kalo jiran penulis sebelah aku senyap ..maka senyap ler aku sampai balik . entah2 ada yang ingat aku bisu . Hahahha . Bila org datang mintak signature ...tulis nama pun salah2 ...mulalah mode buta hurup aku sampai ...berconteng2 buku orang ..mesti orang ingat sengalnya aku ...kata penulis hahahaha . Bila orang ajak amik gambo ..tak tahu plak nak amik gambar sambil duduk ke diri (padahal duduk ke berdiri ke sama je tinggi) hahahhaa

Aku ni sebenarnya bercita2 nak jadik penulis puitis ... tapi tulah ...setelah percubaan pertama gagal ..takderlah gagal apa ..buku tu terjual jugak ...cuma bila aku baca balik ...macam tak berapa puitis pun , aku ni tak berjiwa romantik senang cakapnya... jadik aku tulis lah genre lawak2 sket ... dahnya budak2 opis ni suh aku masuk raja lawak ...entahnya dorang kata aku ni kelakar ...kadang2 aku cakap je ...tak niat pun nak buat kelakar (eh! nak buat kelakar kena pakai niat ke ? sahaja aku buat kelakar ....camtu ek ?) hehehehe

Dan lagi perasaan ...bila ada orang tulis kat pesbuk "saya ni peminat danisha nur" ya ...ampun ...mulalah aku perasan macam ct nurhaliza ....padahal sorang dua je cakap ...ct tu lain lah hahahahhaha ....

Itu jelah aku nak citer hari ni hehehhee
jumpa lagi di lain lembaran (cewah ..cam zaman hang tuah lak main lembaran2 kekekek)

Selamat Hari Ibu

Agak lewat sket , tapi tak sempat nak post sebab lately ni byk keje kat opis .... (ha , banyak lah sangat , kerja2 mengkumbah dokumen ) hahaha maklum ler ...projek dah nak final doc . Masa2 ni lah sume nak sibuk2 siapkan dokumen , nak hilangkan dokumen , nak halimunankan dokumen ...yang cari dokumen saper ? aku ngan biha jugak (sambil buat gaya pondan) hahahah

Oh ya , berbalik pada tajuk asal (biasalah ..aku ni mmg suka kuar tajuk) hahahaa . Selamat hari ibu , utk ibu aku , Mahanom binti Wahab . Ibu aku ni kembar ..nama kembar dia Masitah Binti Wahab . Aku panggil ibu aku ibu ..panggil kembar dia mak ...muka mmg seiras ... takder lak gambar aku nak letak . Karang2 rajin aku letak .

Apa yg menarik tentang ibu aku ? oh byk ...macam mak korang jugak ...mesti byk yg menarik . Mak aku ni pandai masak (kalau dia tahu aku tulis camni , mesti dia kembang kuncup ... dah ler badan dia pun dah kembang ...kadang2 kitorang panggil dia Kak Mon ....KAK MONTEL) hahahaha sbb dia pun panggil menantu dia Mon ...MONTEL jugak ...jadik sama jelah mak mertua dengan menantu dia tu ahhahaha

Paling peberet aku adik beradik , bila mak aku masak siput sedut dengan sayur keladi ...huhuhu . Memang mabeles ... chef wan pun mesti nangis2 kalo dapat makan , terharu lah konon heheheh .

Mak aku ni umur dah 50 (tahun ni kuar KWSP akaun dua) kitorang dah bodek2 ajak jalan2 p Langkawi ..."full board sponsored" wakakakakaka . Dan dia dah terpedaya dengan dakyah kitorang tu ...dan dah pun bersetuju .

Lagi ...mak aku ni positip orangnya . Suatu masa dulu (nananannaana ...muzik klasik lah sket ...kata suatu masa dulu) hahahahha .... aku ni pernah lah sakit , sampai mengganggu pengajian aku ler masa kat uni dulu ... aku tercicir jugak ler masa tu . Dah nya asek cuti je manjang .... tapi bila aku sembuh , aku masih ingat pesan mak aku 'bangun ....lari ...kejar lagi' aku akan ingat sampai bila2 . Disaat semua orang tak percaya aku boleh buat , mak aku masih percaya aku boleh ....(eh tu ayat Rajagopal - coach team footbal mesia ...bukan ibu aku ) hehehehe

Lagi ... aku suka dengan prinsip ibu aku ...jangan sekat diri dari memiliki sesuatu kerana tak ada duit ...tapi usaha lebih keras utk dapatkan duit dan memiliki 'sesuatu' tu . Ibu aku ni bekerja ....dululah ..sekarang dah tak kerja bila adik beradik aku sume dah habis study ...dia duk umah je ..keje mop umah ...sampai nipis lantai kata bapak aku .... hahahaha . Disamping keje utama dia tu ..dia buat jugak keje2 sampingan seperti menjahit baju dan membuat kuih muih ...
Mak aku cerita , masa kecik2 kitorang dulu , duit gaji ayah aku mmg tak pernah usik ...sume simpan dalam bank utk simpanan hari tua (eh macam kwsp plak) ...sbb pendapatan sampingan mak aku cukup utk cover kegunaan kitorang sekeluarga ni . Bayangkan berapa banyak mak aku dapat dengan kerja sampingan dia tu .

Menjahit tu mmg banyak lah ...selalu jugak dapat tender2 kilang ... jahit uniform . Kitorang adik beradik dari kecik , mmg dah diajar mencari duit ...tolong mak aku ni menjahit ler ...jahit butang , hook baju , sembat leher ...dapat ler duit ..... boleh beli macam2 . Masa tu kitorang tak tahu ada akta buruh melarang budak2 bawah 18 tahun bekerja ...kalo tak , mmg kitorang dah report ...kena dera ngan mak kitorang ni hahahaha . Ish2 ....kang jadik anak banduan plak ...kensel lah .

Ibu aku ni tak suka alasan ....jadi aku adik beradik sejak kecik mmg tak didiik 'bagi alasan' . Ayah aku plak salu pesan , cari jalan ...bukan alasan , setiap masalah mesti ada cara nak selesaikan .

Sbb tu aku heran , bila orang asek kata tak cukup masa nak buat itu , ini ...sbb sibuk kerja , sebab ada anak , sebab bla bla bla ....

Mak aku dulu ...anak 4 ..kecik2 ...kitorang selang setahun je , bela anak sedara lagi ...tp tak pernah plak mak aku kata macam tu ..sempat buat macam2 kerja lagi ..padahal waktu 'kerja utama' mak aku lebih panjang lagi .

Mak aku cakap lagi ....Semua orang ada samarata ...24 jam ...samaada pandai guna atau tak je . Orang yg suka buang masa je tak ada masa !

Apapun ..selamat hari Ibu ...utk ibu aku .... mmmmuuuuuaaaahhhhh

Hadiah ...takper ...bulan 6 kang ada hadiah ...kami hadiahkan 'menantu baru' buat ibu .... Made In Lumut ! hahahah

Wednesday, May 4, 2011

My Boss And My Book .....
















Akhirnya ....dapat jugak aku beli buku idaman aku ni . Mahal wooo regenya ...RM100.00 ..lepas diskaun 10 persen ...dapat ler RM90.00 ....mmg ler korang kata tak mahal ...korang kaya2 ..aku ni "rakyat kebanyakan" ..."insan marhain" je tau kekeke .


Aku baru baca sampai page 35 je pun . Hehhee . Satu ptg , masa tgh tunggu 'drebar' datang amik , masa balik keje ....aku lepak kat tempat kawan aku ni , Biha namanya , sambil baca buku ni lah . Kena sebut nama dia , sbb ada benda nak citer pas ni hahahaha . Baru ko boleh bayangkan keadaannya . Bos aku nampak buku tu . Boss pun kata


"buku ni macam cetak rompak je" ewah2 ...sedap mulut dia je nak kata . Dia tahu tak aku terpaksa berkorban tak jadi beli kebaya sulam rege RM150.00 tu semata2 nak beli buku ni , dia boleh kata buku aku cetak rompak ?


aku pun jawab "eh ori tu .... i beli kat pesta buku ahad hari tu...ada resit lagi tu" ....resit buku tu mmg ada dalam buku tu ...aku buat penanda buku . Dah beli buku mahal sangat , sampai nak beli penanda buku pun tak mampu . Kesian tak ? hahahahhaa


Bos kata lagi "eleh ...resit pun cetak rompak ni" ewah2 ...bos aku ni , nasib baik bos aku tau ...kalo bos orang lain , mmg aku dah "undi keluar" dah dia ni . Orang susah payah nak beli buku ni .... dia boleh kata cetak rompak ...karang aku bakar pulak kete Jaguar dia tu . Hahhaha .


last2 lepas tgk gambo ...dia pun kata "yelah ...ori lah ni ...ada gambar kaler2 ni" dia kata ...(sajer lah tu ..takut aku "undi keluar" , takut aku bakar kete Jaguar dia) hahahahhaa


Pastu dia sambung lagi .... "i ada buku ni ....tapi i rasa dalam buku ni dia banyak memuji2 diri dia je" dia kata sambil belek2 buku yg tadi dia dakwa cetak rompak tu . Masa ni aku tgh makan . Hehehe .


Aku jawab plak "mmg lah boss ...buku dia ...kalo i pun , i nak buat macam tu ...tapi takut takder saper nak beli je . Takut publisher pun tak berani nak bagi terbit" boss aku gelak . Lepas tu dia sambung lagi .


"kalo u nak buat buku macam ni , u kena belajar2 posing dulu"(sambil merujuk pada gambar2 yg ada dalam buku tu)


aku pun jawab "alah ...gambar pun balik2 dengan Biha ...balik2 dengan Biha ...siapa nak tgk ? siapa nak beli ? Biha sah2 mintak free copy ....tak laku ler buku tu nanti" hahahaha


Biha pun sepantas kilat menjawab "kuang ajo ko nanee ...aku mintak buku ko skali je" yelah2 ...dia mmg mintak sekali je ...novel pertama dulu , dia beli tau heheheheh ...jadi itu lah kisah buku mahal aku ...dengan boss aku ... masa ptg2 , sementara tunggu masa dah nak balik .


Hello ..i tak "snacking" ok ...(snacking tu mengular ler ...snack kan ular....merosakkan bahasa) hehehe ...sbb aktiviti ni ....dalam bahasa mudah ...aktiviti membuang masa ni selalunya berlaku selepas 5.30 petang hehehehe .


Dan lagi ... ni ada gambar bersama penulis masa aku kat pesta buku ...penulis ni namanya Adra dengan Ebriza ...aku tak tahu ler kakak ke apa ...aku bantai je panggil nama . Sori ler kalo kakak yer hehehe . Takper ..i bagi you nampak muda remaja sentiasa kekeke . Ada sorang lagi ...Kak Fatinilam .... yg ni gambar dalam kamera ..malas nak amik ..gambar2 lain ni dari Bleckberi aku ...aku amik gambar dengan penulis yg dekat2 ngan aku je .... yg jauh2 aku tak amik gambo ..maklum ler ..i kan pemalu kekekek


Dan yg pentingnya ...aku dapat juga jumpa Dr Tuah Iskandar ...dan otograph dan amik gambo lagi ....tp gambo dalam kamera jugak ..malas nak amik ehhehee .