Friday, January 28, 2011

Kisah Novel Baru- Jambatan Kasih

Novel baru , ada kat pasaran baru sebulan dua . Saya dah menerima beberapa komen . Dari yang membaca Bukhara percuma , yang membeli tak kisahlah . Tapi semalam saya menrima komen ini dari seorang kawan yang dah beli dan dah baca .

"weh ...gilalah ko ... mmg mabeles lah citer si tanggang derhaka .... kalau dia tahu ni , mesti dia nangis sambil hentak2 kaki lagi" kawan saya gelak2 kat tipon tu . Main terjah je . Dah ler tak bagi salam pun . Tiba-tiba terkekik2 ketawa cam pontianak lepas makan asam boi . (eh ada ke ?)

"ko dah habis baca ke ?" saya tanya lagi .

"dah ..sehari suntuk aku mengerjakan buku ko tu . Tak jadi aku buat kerja lain . Tak tertahan nak gelak . Terbayang2 je muka sitanggang . Aku dah lama dah tunggu tribute utk dia ni ...akhirnya siap jugak" dia gelak lagi . Pada yang dah baca novel tu , tahulah siapa yang kawan saya maksudkan sebagai "tanggang derhaka" . Pada yang rapat dengan saya masa kat uni , lagilah tahu siapa dia si tanggang derhaka . Mesti sambil baca tu terkenang2 gitu . Hahahha .

Jadi , kisah Jambatan Kasih ni ... mmg dari kisah benar . Tapi taklah 100% benar . Saya dah potong mana yang tak patut dan tokok tambah sket nak bagi dramatik . Novel kenalah bagi dramatik sket . Macam drama jugak . Kalo statik je ...baik kita tengok discovery channel kan ? paling2 tak pun baik tgk majalah 3 .....Tapi banyak ayat2 dalam tu , adalah ayat2 benar . Termasuk ayat "yelah ..dia baik dengan kau ..buat ko macam ayam ...bela , bagi makan banyak2 , sampai gemuk , dia sembelih ..makan ko pulak"

seorang kawan saya lagi kata
"serius ...macam tgh bercakap sesama kita" dia gelak lagi . Dia ni main tipu sket . Baca buku separuh je , pastu tgk muka surat belakang . Nak tahu hujung cerita . Baru ada mood nak baca . Ini macam punya orang pun ada ka . Hehehehe .

Kawan saya kata lagi "kau tak rasa bagus ke idea aku ni ?" . Saya tanya lagi , "idea apa ?" sbb tadi dia belom pun usulkan idea dia . Tetiba je tanya bagus ke tak .

"bagi sitanggang derhaka tu ...satu free copy ..biar dia baca ...mahunya biru mata hitamku . Dah ler skrip dia pun ada dalam tu"

Dia dah kuar tanduk . Kawan2 aku ni , kalau suh buat jahat , mmg ada je idea dia . Sepakat je nak menjahanamkan orang , pastu berjemaah masuk neraka . Dahnya buat jahat , takkan nak masuk syurga plak kan .

"hish ..tak naklah aku .... satu , rugi ler free copy aku ....baik bagi orang lain . Dua , kalau dia buat serangan balas camner ? tiga , aku tulis buku suka2 , cari makan , bukan cari pasal" aku bagi alasan ...3 in 1 lagi . Macam shampoo .

Kawan saya tu tak puas hati dan saya percaya satu hari nanti dia pasti lobi saya lagi . Dia ni gigih . Tak putus asa . Nak2 keje jahat camni . Memang suka sangat . Memang takkan putus asa . Perbualan tu diakhiri dengan ayat ni . "Bila lagi nak buat kisah aku ?"

Hmmm banyak kisah nak buat . Tapi tak tahu nak mula kisah yg mana .

Pada yang dah beli novel saya Terima Kasih , Pada yang dah baca naskhah percuma pun terima kasih , pada yang bagi sokongan walupun tak beli pun terima kasih . Saya suka ulang ayat ni "saya menulis kerana itu cinta saya , itu perasaan saya ...dan itu kegilaan saya"

Tuesday, January 25, 2011

Anti Sosial kah Saya ?

Saya ada satu masalah . Saya tak suka bercampur dengan ramai orang . Kawan2 saya agak terhad . Dari sekolah sampai uni , masuk kolej , itu jelah kawan2 saya . Rasanya tak sampai 10 . Tak tahu kenapa , tapi saya rasa selesa dengan kelompok yang kecik .

Masa kat uni dulu , seorang kawan pernah menegur saya sewaktu berselisih dengan saya di bilik kuliah dgn soalan ni .

"mana kawan ko ?" budak ni lelaki . Tak rapat pun , tapi mulut dia mmg bertih , jadi kalau jumpa mmg dia tegur tak kira kat mana , depan tandas pompan pun dia sibuk nak tegur tanya nak p mana . Dah depan tandas ...nak buang apa2 yang patut ler , takkan nak makan roti john dalam tandas kan ? tak logik langsung . Takkan nak basuh kereta dalam tandas ? ni logik ...tapi sket jelah . Hahaha .

Saya pun tanya balik "kawan yang mana ?"

dia jawab lagi "hek eleh ...kawan ko bukan dua orang tu je ker?" aduilah . Rupanya ada manusia yang perasan , aku ni berkawan dengan orang yang amat terhad .

Pagi tadi saya menerima 'message' melalui facebook dari rakan sekolej dulu . Ayat dia macam ni "weh ..add lah aku ...ko apsal" hahaha . Apa lah punya orang . Ada ke paksa kita approve dia kat pesbuk . Kekeke . Sebenar nya dia ni lama request , tapi aku buat donno je . Biar je menunggu . Sebenarnya bukan dia sorang . Aku ada lebih 50 senarai yang aku tak approve . Terdiri dari kawan2 lama masa kat sekolah , kawan2 kolej , kawan2 uni .... hahaha . Manusia yang aku tak kenal langsung pun ada . Ni aku betul2 tak paham kenapa aku kena approve diorang . Heheheh

Kenapa ? entah . facebook aku tu kalo nak ikut dipenuhi oleh mereka2 yang memang rapat dengan aku . Dan kawan2 satu opis skang . Bukan apa , kalau kawan satu opis aku tak approve , kang berselisih dia tanya plak apsal aku tak approve , jadi aku approve jelah .

Selebihnya mmg kategori yang betul2 rapat je aku approve dan banyaknya adik badik aku , sepupu , sepapat , sepuing , ipar duai ...itu jelah .

Hmm ...betul . Rasanya teknik aku ni meminimumkan penggunaan dan tujuan pesbuk diciptakan . Nak kumpul kawan2 lama . Ada aku kisah , pesbuk aku , suka hati akulah ! hahahaha . Dulu aku takder pun janji dengan owner pesbuk nak invite sume kawan2 lama aku kan ?

Sebenarnya bukan pertama kali aku dapat mesej macam tu . Ada beberapa kali termasuk yang sorang dulu tu merayu aku suh approve dia . Kisah ni aku pernah cerita dalam tahun lepas dalam blog ni . Kekekek

Satu masa nanti , saya mungkin akan approve , bila masanya dah sesuai . Bila saya sudah mahu berkongsi cerita , bila saya tahu mereka tidak akan bertanya soalan yang saya tidak mahu jawab . Bila saya rasa , saya memang nak approve . Takyah ler sampai nak hantar mesej paksa saya approve kekekeke .

Sebenarnya banyak cerita yang saya nak kongsi . Terutama tentang buku baru . That's my major excitement . Kekekkee .

Mungkin ..satu hari nanti

Monday, January 24, 2011

Idea Baru ...Tapi ...Nak Mula Kat Mana ?

Hmmm ...cuti 4 hari . Tak ada jalan sangat sebab hujung bulan , lagipun ada idea nak tulis manuskrip utk novel baru .

Saya ada simpanan beberapa manuskrip lagi , dan saya ada satu manuskrip yang terlalu ingin sangat saya terbitkan , menjadi novel dan menjadi bacaan pada mereka2 yang berminat membaca . Tapi masanya belum sesuai . Manuskrip tu masih ada dalam simpanan saya . Kenapa ? sebab dalam tu ada banyak kisah , ada banyak cerita , ada banyak soalan yang saya rasa belum bersedia nak jawab bila buku tu sudah dibaca nanti .

Saya ada idea ...ops ! idea mak saya kekeke . Mak saya ni dolu2 nak jadi penulis jugak kot . Tapi masa tu sekolah pondok , mana nak sibuk cari daun buat atap nipah lagi , tapi sempat jugak curi buah rambai dengan nenas kat kebun orang . Ish ! mak saya ni dulu nakal jugak tau . Dia kembar . Sama je nakalnya dengan kembar dia . Tapi dia lagi advance lah . Hahahha

Cerita baru saya tu ...pasal 'menantu pilihan' . Hmmm ...hanya mereka2 tertentu je akan paham . Hahhahaa . Yang tak paham tu takyah tanya , sebab memang bertujuan tak nak bagi paham . Hahhaha

Tapi ...nak mula kat mana ? hmmm .... saya fikirkan

Kalau .....

Saya di ajukan soalan ni

"kalau tak buat kerja sekarang ni ? boleh pilih kerja apa yang ko nak buat , apa kerja ko nak buat ?"

ni namanya soklan isi2 masa lapang sebab dah tak tahu nak sembang apa . Jujur aku pun tak tahu nak jawab apa . Aku nak jawab , aku suka kerja sekarang ni . Kekeke . Bunyi macam poyo ? tak adalah poyo sangat . Ni kira lahir dari hati tau . Tidak bermotifkan wang wangsung hehehe .

Nak jawab apa astronault ? huhuhu ...naik MAS ngan airasia pun aku siap baca doa tolak bala , lagi nak naik roket ....tak sempat naik , takut meninggal sakit jantung je .

Nak jadi doktor ? huhuhu . Aku ni takut darah . Takut injection , takut nak makan ubat . Jadi doktor apa aku boleh jadi ?

Jadi cikgu ? aku ni tak sabar orangnya , jadi utk mengurangkan bilangan murid kena baling kerusi , kena hentak pakai siku , kena hempuk pakai dagu , baik aku pk kerja lain .

Jadi lepas pk punya pk ...baik ler aku kerja apa yang aku kerja sekarang ni

OK ...kerja ni takder lah best sangat , takder lah nampak penting sangat . Kalau saya benti pun , Malaysia masih berjalan macam biasa . Najib Tun Razak insyaAllah masih perdana menteri , Anwar Ibrahim , insyaAllah , masih bukan Perdana Menteri , harga minyak insyaAllah takkan turun , KLCC insyaAllah takkan runtuh dan InsyaAllah , boss saya akan masih antara melayu terkaya Malaysia .

Cukup utk menampakkan kerja saya tidak begitu penting ? Hmmm .... suami saya kata "utk bekerja dengan baik , kita perlu untuk mencintai kerja kita" . Kalau kita tak cinta , macam mana nak bekerja dengan baikkan ?

Macam kita cintakan seseorang . Kan kita bertungkus lumus memenuhi setiap impian dia . Kan kita buat semua yang dia nak , tak buat apa yang dia suka dan macam2 lagi . Macam tu juga kerja .

Kompeni ni mungkin tak hebat mana . Tapi saya bersyukur saya disini . Saya pernah bekerja dengan sesuatu yang lebih teruk . Kerja banyak , gaji sikit , hati pun sakit . Boss sentiasa ada kat belakang utk cari salah kita . Hmmm malas nak cakap isu kaum !

Kalau nak cakap pasal hebeh rebeh kompeni ...kurang tak cukup nya kompeni ni ...sampai subuh esok pun tak habis . Saya berpendapat begini , kalau nak cari kerja lain ...biarlah pasti betul2 lebih baik . Kalau setakat kita pergi sebab nak padankan muka kompeni , padankan muka boss , kita silap besar , sbb pengganti kita pasti akan ditemui .

Kalau tiba masanya pergi , kita pergi ...tapi biarlah dengan cara yang disegani

Kesimpulan saya , masih sama ...saya suka disini , dan saya amat suka kerja saya ...hmmmm PC je saya kurang suka kekekekek . Tapi masih boleh menaip blog , masih boleh surf internet sampai pengsan ....so maksudnya "oklah kan" heheheheh

Tuesday, January 18, 2011

Suatu Petang di The Mines

Petang semalam , balik kerja , Si Montel sibuk nak beli roti . Roti serat tu . Alah konon2 roti utk orang diet . Dia kan konon2 diet ...sehari dua je tu ..pastu diet ke mana dia kemana heheheh. Roti serat pun kalo makan ngan kaya , planta ...diet mendenya .... malas nak cakap ..kang ada je dalil dia kenapa dia boleh makan benda2 tu hahahaha . Perut dah saiz 40 dah tu . Entah bila nak sedar kekekeke . Kadang2 siap buat roti john lagi .... extra telur ...ada gaya diet camni ? hehehehe . Pastu merungut , dia dah buat amcam2 tapi tak kurus2 jugak ekekkkee. Rasa nak hempuk je . Hehehe . Takleh ...dia tinggi ...tak sampai tanganku kekekekek

OK ...habis citer tu . Smlm malas nak jalan2 kat mines . Sebab nak kejar citer Tiramisu . Kang kalo aku masuk , mmg p merayap sana sini ....sudahnya terlepas citer tu . Jadi aku pun amik keputusan tunggu je kat luar Mines , biar si montel yang beli roti tu . Lagipun beli roti je .

Jadi masa tunggu ni ..aku perhatikan sekeliling ..yelah , kot2 ada modal nak masuk dalam novel aku karang kan . Depan pintu Mines tu ada sekumpulan amoi2 ...rambut oren ...bukan rambut betul ..rambut pelesu ..kaler oren pekat gitu ...badan selim melim ...mmg slim ler ...ye lah sbb diaorang tu promoter slimming center ...entah apa ke nama slimming center tu . Dorang buat promosi ...singgit kata nya . Yelah , singgit ...kang datang sana dia pengaruh kita itu ini ..terus singgit tu beranak pinak sampai beratus , kadang2 beribu ... kurusnya tak jugak ... kot kurus pun sbb dah takder duit nak makan ..sume di tala kat slimming center tu . Huhuhu

Aku tak amik kisah sangat . Sebab aku tak perlu kuruskan badan (dengan gaya eksennya aku cakap) hahahaha . Tapi aku perati jelah gelagat dorang ni sambil pk ..sehari berdiri camtu ...berapa agaknya gaji dorang ? pk punya pk ..salah sorang amoi ni datang kat aku ... aku perasan jugak dia tgk2 aku ...tp takkan kot ..sbb aku ni macam bukan 'market' lah kan utk dorang ....

Rupanya dia datang kat aku sambil kata

"miss ...mahu ikut promosi ?"

aku siap buat gaya toleh2 belakang lagi . Kot lah dia cakap ngan orang belakang aku . Tapi dia pandang muka aku ....

aku jawab "no ...takper ..." sambil senyum dan dalam hati kata 'rabun ke apa dorang ni?'.

"promosi ni termasuk kempiskan perut ..."

ewah2 ...ni dah over ni ....adakah aku kelihatan perlu untuk menguruskan perut ? mmg ler aku buncit sket ...sket je pun ....takder lah nampak sangat .... pinggang masih 26 ...masih kurus apa hehehehe

"eh takper" aku jawab camtu lagi ....

tahu ler pinggang dia tu 24 .... takder ler beza sangat setakat 2 cm .... kot nak promosi pun ....agak2 ler ...rugi ler aku bayar beratus2 setakat nak kurangkan 2cm je hahahahah . Kot dia promote kat montel tu ...boleh jugak diterima pakai ...tapi jangan harap aku bagi ..bazir duit je ...baik belanja aku makan .... hahahha

Tulah montel ..dulu masa kat uni ...bukan main mengata aku gemuk ...siap kata tu kalo dia kenal aku masa aku gemuk ..dia tak buat jadi awek ...nasib baik masa tu aku dah kurus katanya ...masa dia cakap tu ...berat 75kg je ....skang ..ketulahan .... 102kg hahahaha

Tapi katanya dah kurang dah ...96 ke ..98 ...aku pun tak ingat kekekekeke

Lain kali jangan ngata orang gemuk ahahhaha

Monday, January 17, 2011

La Ikro Ha Fiddin

Tengok tak citer ni malam tadi kat astro prima kul 10 . Pada aku best ..."ada cerita" . Montel kata ,

"dah namanya cerita , mestilah 'ada cerita'" hish ! susah nak cakap ngan org yang tak berapa paham bahasa kelas tinggi ni ...hahaha . Tinggi ke ? maksudnya ... cerita tu best lah ... apa yang dia nak ceritakan tu menarik . Tu maksudnya ada cerita .

Ok ..cerita tu biasa je mulanya ...cerita seorang bukan islam , jatuh cinta dengan seorang perempuan islam ..dan akhirnya masuk islam . Cliche ? ok ..ye ...Tapi jalan ceritanya menarik , cara penulis membawa ceritanya menarik . Cerita ini 'menyentuh perasaan' ...ok ..satu lagi bahasa kelas tinggi . Hahaha . Tak tinggi sangat kekekke .

Sepanjang cerita ni , susan lankaster (tak ingat nama watak) seorang 'sister' , memakai baju kristian tapi bersabahat baik dengan Pak Toha , imam . Sister ni baik dengan Edward lelaki yang jatuh cinta dengan anak Pak Toha . Akhirnya Edward masuk islam . Cuma yang tak best , cerita ni 'sad ending' . Hmmm tapi takderlah semua sad ...sebab kematian Edward memberi kebaikan pada sekurang2 nya 3 orang . Pertama ...Sibuta ...dapat melihat dunia menerusi mata Edward , Norlia , yang ada kanser hati , dapat hati dari Edward dan Auntie Lucy dapat buah pinggang baru , juga dari Edward . Cuma ...Edward tak sempat kahwin dengan Norlia . Itu yang tak best . Hehehhe . Dia dibunuh oleh Samiri seorang pelampau agama islam .

Dalam cerita ni kata "yang penting bukan destinasi ...tapi perjalanan" hmmmm ye ker ? habis kalau perjalanan semua baik ..bertemu dengan destinasi yang tak baik ? contoh Samiri ...belajar agama tinggi2 ...pandai2 ..akhirnya jadi pembunuh . Akhirnya tak baik kan ? tak bagus kan ? Perjalan dengan destinasi sama penting rasanya .

La Ikro ha Fiddin - maksudnya tiada paksaan dalam agama . Selalu dengar ayat ni ? selalu jugak kan ? contohnya orang tak pakai tudung ...bila tanya kenapa ...dia kata islam tak mengamalkan paksaan . Hehehe . Iyolah tu . Tapi hukum menutup aurat tu kan wajib . Wajib maknanya apa ? kena pakai lah kan ? Jadi jangan pandai2 nak gunakan agama utk kepentingan diri sendiri . Yang tak dipaksa tu ...contohnya begini ..Edward yang bukan islam ....tak boleh dipaksa masuk islam . Kerana islam tidak sukakan paksaan .

Ok ...teori mudah macam ni ....kita p kedai kereta ...tak ada siapa boleh paksa kita beli kereta tu atas apa alasan pun . Tapi kalau kita dah beli , kita kenalah ikut peraturan kereta tu . Kena isi minyak , kalao tak camner kete nak jalan ? kena isi air , bateri , minyak itam ....utk pastikan kereta tu dalam keadaan baik dan memudahkan urusan kita .

Sama macam masuk islam juga . Kalau dah masuk islam , kenalah ikut peraturan islam ..pakai tudung , puasa , smyg ...kalau tak ? sendiri lah jawab dalam neraka nanti heheheh

Itu sajer ..takder idea sangat nak menulis hari ni heheheh

Friday, January 14, 2011

Rentetan cerita mouse baru ...hehehehe


Hahahahha (belum tulis dah gelak) ni keje kawan2 aku ni lah . Ish ..ada ke dia bagi boss baca aku tulis pasal mouse semalam ...tak jaga reputasi aku langsung ..rosak ler reputasi aku camni (cewah ...reputasi tu) wakakakaka

Jadi rentetan dari cerita mouse semalam tu , aku nak sambung ni . Yelah ...dorang sume gelak2 kan aku ..sbb aku hepi sangat ala2 hepi hour mekdi gitu ...cuma sebab dapat mouse kelip2 ni ...(optikal mouse ler) heheheh . Siap jemput kawan2 datang tingkat atas tempat aku ni ...ajak tengok mouse baru aku kekekee .

Jadi aku pun dengan senang hati dan berbangga menepek gambo komputer kesayangan aku ni . Aku panggil PC ni nek wook ...sbb dia ni macam nek wook ler ....senja2 sket ..cuma bezanya nek wook kawen orang muda ...pc aku tak . Tapi skang aku dah bagi kawen ngan mouse muda ...aku harap prestasi dia akan cemerlang ...."ia bukan sekadar pelincir ...ia kejuruteraan bendalir!" wakakakak hampes

OK ..meh aku terangkan kenapa aku letak CPU aku tu sebelah kanan aku ..tak letak sebelah PC ...macam korang salu buat tu ...sbb PC aku spesel ..maklum ler PC zaman jepun .... tempat nak cucuk thumdrive dia tu ...kat belakang CPU ...bukan macam korang ...kat depan CPU , senang nak cucuk ...ni kat belakang ....jadi kalo nak cucuk tdrive tu ..kira sabung nyawa jugak ler .... maklum ler macam2 wayar ada belakang tu kekekeke . Tu sebab pertama ....

Sebab kedua ...memandangkan monitor aku ni besar bagak ... kalo aku letak CPU tu sebelah dia ...monitor akan tertolak betul2 depan mata aku . Jadi memandangkan mata aku ni dulu dah penah operate ...dan kesannya ...cepat penat dengan PC ...aku pun malas nak penatkan mata aku . Aku letak jelah kiri aku ....walaupun terpaksa jawab banyak sangat soalan orang tentang mengapa CPU tu duk sebelah kiri aku kekekeke

Jadi PC aku ni ... tak dapat2 tukar , yang dapat mouse jelah . Tapi aku syukur jugaklah . Bapak aku dulu pesan ...kalau kita bersyukur ...nanti Allah tambah rezeki kita lagi . Jadi aku syukur lah ni . Kot lah esok2 ada rezeki aku dapat PC touch screen ke kan ...padan lah muka korang2 yang gelakkan aku tu hahaha ...alah touch screen lah ...macam kat kwsp tu ... masa tu tak main ler kasik password cam skang ni ..kasik cap jari je kekekek (adui ..tinggi nya impian aku ni ...dah macam impian anwar ibrahim nak jadi PM ni ) karang esok2 aku ngan dia skali merusuh kat tepi jalan hahahaha .

Pc aku bila dipadankan ngan mouse baru ni ..ala2 penoreh getah kat kampung Ulu Belitong tu ..kawen ngan minah salleh dari Amsterdam ...fuyyyoooo .... gila advance tu . Ingat calang2 ke ...ingat orang kg tak bukak mata , walaupun Amsterdam tu kat mana pun dia tak tahu .... kekeke

Dulu sebenonya aku pun ada pc flet screen tu ... masa tu kan aku duk project shell ...daper buat project shell ni dapat pc shell ...pc dorang ni special sket ..ada GID machine lah .... jadi sementara dapat pc shell ..aku pakai ler pc flet screen tu ...pastu ada orang baru masuk , pc tak cukup ...boleh pulak IS dengan penuh inesen , tanpa rasa bersalah , tanpa notis mahkamah syariah ...amik PC aku tu ..ganti ngan PC zaman jepun ni ....aduilah ..nak cakap apa kan ..masa tu pun aku baru je keje ...ala2 sopan gitu ...ala2 siti nurhaliza masa nyanyi lagu Jerat Percintaan yang ada jambul kat dahi dia tu ...camtu ler ...kan ke sopan tu kekekkee

Nak buat camner ..jodoh takder ....i redho jelah ...asalkan boleh bukak internet .... walaupun selalu sangkut2 ...huk huk huk ...(hehehehe)

Ha ...korang yang ada pc flet screen tu ...keje rajin2 ...harap PC je canggih ...

eh tapi PC Biha lagi canggih tu .... terhentak sket je ...boleh mati ...alalalallala ni lagi sedih citer ni ...muda2 dah kanser ....PC i tak perlah veteran wakakakkaa

Thursday, January 13, 2011

Nak cerita apa ?

Hari ni ada rasa nak menulis , tapi tak tahu nak tulis apa . Tak ada idea . Kekekek . Jadi kita cerita sume separuh2 ...

Cerita dapat mouse baru . Bukan tikus ....mouse , bahasa melayu nya tetikus ler hehehe . Mesti korang nak cakap

"hek eleh ..dapat mouse pun nak citer" ...korang tak tahu betapa susahnya nak dapat mouse ni . Ingat senang ke ? mouse aku tu , zaman pop yeh yeh punya tau . Kepala bulat punya tu ...skang sume dah pakai USB ...korang boleh bayang betapa antiknya mouse aku tu . Hehehe . Mouse tu dah rosak , aku gerak kekanan , dia p kiri , gerak kiri dia p kanan ... sampai klient aku pun gelakkan aku ...siap cakap tu

"u pakai mouse bulat2 yek" ish2 ....sajer nak makan pelempang ngan tanganku yang halus ni tau heheheh . Maksud dia tu mouse aku tu gila punya ketinggalan zaman , skang kan orang pakai usb mouse ...optikal tau !

Jadi lepas tak larat nak layan kerenah mouse veteran tu ....aku pun isi form , suh bos aku sign dengan hajat nak mintak mouse baru . Boss aku ni tak kisah sangat ...dia sign je ....hehehe ...tp dia gelak bila tgk reason aku tulis kat form tu .... "mouse lama-rosak!" hahahaha . Boss kata , tulis lah bahasa inggeris . Yelah , mula2 tadi mmg rasa nak tulis BI ...urusan opis kan sume BI . Tapi memikirkan entah dapat ke tak mouse tu ...aku tiba2 je tukar mode bahasa jiwa bangsa.... tulis je BM ...tu kalo tak paham betapa terdesaknya aku nak mouse baru ...tak tahu ler ....kang aku belajar bahasa urdu ! hahaha

Jadi pastu aku pun terkedek2 p IS ...dapat ler satu mouse baru ...ish! patutnya rakam gambar aku masa amik mouse tadi ..boleh buat kenangan ...entah tahun gajah bila plak dapat ganti mouse baru ni hahahaha .

Demikianlah cerita kegembiraan saya hari ni ....hehehe ... sungguh gembira rasanya dapat mouse baru ....heheheh

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Cun tak tarikh ni ? Hehehe . Mula2 tak perasan . Bila pagi2 saya datng , jumpa bos minta sign document , bos saya kata

"eh cun tarikh hari ni" baru saya perasan .

Cerita best yang jadi hari ni ? Pagi2 sampai opis ...atas meja saya ada bungkusan nasi lemak dengan satu nota atasnya ... oh dari Kak D . Baru ingat nak turun beli makanan , tapi dah Allah bagi rezeki pagi2 hati ni . Heheheh . Baru semalam cerita pasal 'murah rezeki' kekekke .

Lepas tu ada kawan lak bawak kuih lopes .....huhuhuh peberet tu ...makan lagi ...rezeki ...

Cerita berikutnya , hari ni pakai baju maroon ngan tudung creme ....apa tema ? entah ...caca marba . Baju2 aku ni sebenarnya husband i si montel yang gosokkan kekekeke . Dari dolu2 mmg dia yang gosok baju pun . Tapi baju2 aku yang amik dan letak kat tempat gosok , jadi aku ler tu salah pilih tudung hehehe . Pakai jelah . Buat tak tahu je . Kalo zaman uni dulu , mmg tabiat aku ni pakai baju lain , tudung lain heheheh .

Dan lagi ? hari ni orang eksen dari universiti jambi datang . eksen marah orang sana sini . Korang jangan ler ingat dia ni pankat beso sangat ....dia ni kerani je .... hahahaha tapi eksen dia ..kalah bos aku yang resident engineer tu .

Monday, January 10, 2011

Murahkan Rezeki

Sejak kecil , saya selalu diingatkan oleh ibu dan ayah saya begini ,

"kalau ada duit lebih sket , belanja kawan2 minum , makan ...sesekali..." pesan itu diulang2 oleh ayah dan ibu saya berkali2 sehingga kadang2 saya rasa bersalah kalau saya ada duit sedikit tak tak belanja kawan2 walaupun setakat minum secawan , setakat eskem sundae kat mekdi , setakat roti gardenia sebungkus . Kerana saya sudah dilatih begitu .

Seorang kawan saya pula berkata , ibunya selalu mengingatkan dia ;

"jimat2 belanja , jangan belanja kawan ...nanti duit habis"

Saya tidak tahu alasan ibunya . Kalau ikut , dia bukanlah orang susah sangat . Biasa je . (keluarga saya pun bukan orang kaya2 , saya pun bukan anak menteri) . Cuma mengapa ibunya berpesan begitu saya tak pasti .

Ayah saya pernah bercerita , masa dia kecil , mereka hidup miskin . Adik beradik ramai . Arwah atuk dan nenek hanya bekerja sebagai penoreh getah di ladang orang . Pendapatan tak seberapa pun . Tapi arwah atuk dan nenek sangat pemurah . Nenek akan marah kalau orang datang rumah dia tapi tak singgah makan . Dia akan berleter tak puas hati sampai orang tu setuju nak makan . Dari indon keje ladang sawit kat belakang rumah , sampai bangla jual karpet , sampai askar yang sedang jalani latihan lasak , memang dia akan suruh makan . Dan kata ayah lagi , beras kat rumah dia tak pernah habis walaupun yang makan tu ramai dan pendapatan keluarga dia tak seberapa .

Ayah kata lagi , orang kedekut , nanti rezekinya berat . Rajin sedekah , rajin memberi itu meringan rezeki . Ayah saya akan rasa kesal kalau dia ke mana2 , terlupa nak bagi duit barang singgit dua pada kanak2 yang dia jumpa , pada orang2 tua juga . Dia akan sebut hal itu berhari2 tanda kesalnya . Ayah juga takkan tinggalkan perkarangan surau atau masjid yang dia singgahi tanpa memasukkan sedikit duit dalam tabung masjid .

Kadang2 orang kata "asek aku je bawak makanan bagi kawan2 makan , diorang bukan pernah bawak" kesian , tentu dia tambah penat . Penat bawakkan makanan utk kawan2 dan penat lagi sebab tak dapat pahala pun sebab dia dah menyebut . Mengapa perlu sebut ?

Saya percaya , apa yang kita dapat adalah hasil dari apa yang kita buat . Orang kedekut dengan kita kerana kita kedekut dengan orang . Mungkin kita rasa tidak , tapi kalu bawa karipap sebiji dua pun nak kecoh macam buat kenduri jemput satu malaysia datang .... logik ke ?

Saya tidak pasti , perangai arwah atuk dan nenek serta perangai ayah dan ibu saya ini meresap atau tidak dalam diri kami adik beradik . Mungkin tak seratus peratus tapi kami tidak diajar kedekut .

Friday, January 7, 2011

Pagi Yang Kalut

Hari ni datang opis lambat . Entah ape buat kat umah tadi . Hehehe . Selalu kul 7 dah kuar dah . Tapi tadi sampai berita pun dah nak habis baru kuar . Pastu benti isi minyak ...pastu benti lagi sbb aku tak tahan nak terkucil . Hehehe . Nasiblah jalan tak jam . Kalo tak ...extravaganza ler ...ala2 prosperity beger je heheheh .

Sampai2 opis , meja dah penuh dengana document , dengan 'stick on notes' atasnya dengan macam2 pesanan . Biasalah tu , sajer nak mengabiskan 'stick on notes' aku hahahaha . Ingat tadi sampai opis nak sarapan dulu . Sebab kat umah tadi tak sempat . Minum jus je . Tapi bos suh siapkan dokument tu dulu sbb dia nak p KLCC dah . Dia kena sign dokumen tu . Jadi aku pun cepat2 ler buat . Sedang penuh perasaan buat tu (ceh ..penuh perasaan..macam ler tgh buat novel) , bos datang balik kat meja aku . Tanya pasal satu document ni .

Aku check aku punya record aku ni , aku sajer2 je create utk diri sendiri . Bukan ISO pun . Semua dokumen kuar masuk dari aku mmg ada dalam tu . Siap tarikh skali . Pass kat saper siap sign lagi hehehe . Walaupun ada makhluk Allah bijak pandai dari planet Jambi tu kata record aku tu tak canggih....eh ada aku kisah tak canggih? aku punya , suka hati aku ler nak buat gaya apa ...kuak lentang ke , kupu2 ke , terjun bebas ke ...hatta gaya mati lemas pun , ko kisah apa ? yang ko sibuk2 tu naper ? ko ada ? hehehehhe . Yang penting rekod aku yang tak canggih ni lah yang selalu menyelamatkan keadaan tau (dengan kosa Allah ler)

Berbalik pada boss aku (sbb dah banyak membebela tadi) dia kata satu dokumen ni ada pada aku . Aik ! ni pelik ...sbb semalam sorang lagi engineer tu pun cari kat aku jugak . Aku dah check rekod aku , mmg takder . Aku mmg dah pass pada si A (takyah ler sebut nama) hehehe . Dia plak kata

"u tak ada bagi i kan ?" soklan jenis ni dinamakan soklan yang dah ada jawapan . Dia nak suh aku jawab 'takder' hehehehe . Aku kata ada ...rekod aku mmg tulis nama dia yang receive dengan tarikh skali ....alah! rekod yang tak canggih tu ....heheheh . Tak puas hati ? ada sign dia lagi ...tak puas hati lagi ? kalo tak puas hati gak esok2 aku guna cap jari ..ke scan guna anak mata ke ...ke nak buat ujian DNA ? tiap2 kali receive kena bagi selai rambut ke ? nak ? huhhu seram2 ...saper yang nak simpan rambut2 ngan segala bulu2 tu ...oh tidak ! heheheh

Jadi lepas dia tuduh dia tuduh dia (biasalah ...saper nak ngaku kan) akhirnya dia kata nanti dia check balik . Dia kata dia ada email suh aku pass pada insan B (makhluk lain ....) heheheh . Aku check email ... mmg ada email suh bagi pada makhluk B tu .... tapi tu dokumen lain ... aku print lagi kekkke . Dia pun kata "oh ya ker" aduilah .... kalo takder lah rekod aku yang tak canggih tu ...mesti lah aku jadi OKT pertama wahahahha

Sudahnya ...aku makan kul 9.30 pagi ...makan megi ...dengan swiss roll je ...sah2 kedai nasi lemak sume dah tutup heheheh

Itulahs erba sedikit mengenai kerjayaku ini ....apapun ...i'm loving it (buat gaya lagu iklan tau) hahahaha

Thursday, January 6, 2011

Kepercayaan Lama Masyarakat Melayu

Pernah dengar kepercayaan2 lama ? Mesti pernah kan ...antaranya jangan menyanyi kat dapur , nanti dapat laki tua (ct nyanyi kat dapurlah kot) hehehe , jangan duduk atas bantal , nanti bisul . Jangan tunjuk pelangi nanti kudung jari . Dan macam2 lagi .

Masa saya kecil (tak ingat umur berapa tapi kecik lagi) , pernah ada pelangi berdekatan rumah saya . Ayah saya tunjuk pelangi tu dengan jari dia lepas tu lipatkan jari yang sama konon2 macam kudung . Kami adik beradik pun tiru aksi yang sama . Jadi kami tahu yang mmg tak kudung pun kalo tunjuk pelangi tu .

Saya tidak dibesarkan dengan kepercayaan2 seperti ini . Saya lebih dititikberatkan dengan isu saintifik , klinikal dan logik .

Kenapa tak boleh duduk atas bantal ? bukan sebab bisul ...bisul tak disebabkan oleh bantal . Bisul terjadi disebabkan kekotoran yang wujud berkumpul lalu terjadiklah bisul . Tak boleh duduk atas bantal sebab tak eloklah . Bantal kan tempat letak kepala , yang p letak bontot kat situ buat apa . Kan tak senonoh tu namanya hehehe .

Masa saya bercuti ke Kedah (masa waktu study jugak) , waktu nak balik ke KL , ada barang tertinggal kat rumah . Jadi kawan saya pun kol pakcik dia suh ambilkan barang2 tu sambil kami menunggu dalam kereta disimpang jalan . Mula2 saya pelik kenapa tak patah balik dan ambil saja ? tapi logik saya masa tu fikir , mungkin tak nak bazir minyak kereta . Tapi lokasi kereta dengan rumah tu takder lah jauh sangat . Minyak pun rasanya tak gerak sangat .

Saya pun tanya kenapa . Kawan saya jawab lebih kurang macam ni (dah lama berlaku jadi tak berapa ingat ayatnya)

"tak boleh patah balik , nanti berlaku kemalangan"

Saya diam . Oh ! dia sangkakan macam tu ? Pada pendapat saya , kemalangan yang berlaku disebabkan kita patah balik bukanlah sebab malangnya berpatah balik . Tapi sebab kita terkocoh2 , nak cepat maka berlakunya kemalangan . Kalau kita tidak terkejarkan sesuatu,insyaAllah tak ada apa2 berlaku dengan izin Allah . Dan dengan izin Allah jugak , pakcik yang menghantar barang kami tu boleh kemalangan kalaupun dia tak patah balik (tapi dia tetap kena patah balik lepas hantar barang kami kan?) takkan dia nak ikut balik KL pulak ?

Satu lagi jangan ambil gambar bertiga , nanti salah seorang mati dulu . Lahai ..memang ler salah sorang mati dulu . Takkan nak mati skali pulak . Jarang2 berlaku tu mati sekali . Hehehe . Mati memang akan mati . Kawan saya dulu bersungguh2 taknak ambil gambar bertiga sebab isu ini . Saya tak boleh salahkan dia sebab mungkin dia dibesarkan dengan kepercayaan2 begini dan dia tak boleh salahkan saya jika saya tak percaya kerana saya tidak dibesarkan dengan kepercayaan begini .

Sesuatu yang di'ada2' kan oleh orang dulu2 tentu ada sebabnya seperti kepercayaan2 sebegini . Contohnya jangan menyanyi didapur , nanti dapat laki tua . Bukan sebab apa , kalau dah sibuk nyanyi , pekik2 ala ziana zain , joget2 ala stacy ...karang hangus plak ikan dalam kuali . Itu logiknya . Anak dara pun takut nak nyanyi sebab takut dapat laki tua . Tapi kalau tua dan kaya apa salahnya hahahha

Tapi sesetengah kepercayaan ni saya tak dapat rungkaikan dengan logik , seperti jangan cari kutu kat siang hari ...nanti jiran kaya ? maksudnya ? adakah melayu berhasad dengki selalu ? kalau jiran kaya , eloklah ...esok kita cari kutu kat rumah jiran pulak ...kita pulak kaya ...kan bagus kalau semua orang kaya ? heheheh

Apapun , ketaksuban terhadap kepercayaan sebegini ditakuti boleh menjadi khurafat , paling tidak 'menghampiri khurafat' . Kecuali ada logik disebaliknya .

Tapi kenapa nak berbunga bahasa begitu indah sampai terlalu jauh perginya ? terus terang kan senang . Bukan tak boleh nak berbunga2 sangat , takut nanti layu , tak sempat nak cium baunya ....(sekarang faham ? ke makin tak faham?) hehehehe

Wednesday, January 5, 2011

3 Kisah Pembuka Tahun Baru

Kisah satu

Macam yang dirancang sebelum ni ...bercuti kat Pangkor . Best ! asalkan tak kerja , best je . Hehehe . Walaupun kerja aku ni takder lah teruk sangat . Tapi hari ni teruk , sampai kena panggil p meeting . Aduyai . Nasib baik boss aku menyebelahi aku . Kalau tak . Karam jugak aku tadi . Sah2 lepas tu aku kuar balik resume , nak cari kerja lain . Hahahah .

Nak kata banyak tempat menarik , takder lah sangat . Pantai2 , kalo ikut cun lagi pantai2 kat umah mak mertua aku tu . Biru hijau je air . Angin kuat , air laut pun jernih . Ikan berenang2 dengan bahgianya (cewah , ayat cam haper je) hahaha

Tempat2 lain , Tokong (ada ikan besar ,lagi besar dari aku ) ni kalau ikut piawaian laki aku ler . Suka2 dia je nak saizkan aku ngan ikan tu .

Lagi ? p kota belanda .... tempat sejarah , aku ni bukan jiwa sejarah sangat . Tapi amik feel jugalah . Amik juga gambar barang sekeping dua

Shopping ? takder nak soping sangat kat pulau tu . Banyak soping sotong kering , udang kering , ikan bilis kering ....sume kering2 hehehehhe . Ikan bilis adalah . Kawan rekomen suh beli ikan bilis . Tapi rege sama je . Malas ler aku nak buat berat bagasi aku tu .

Sampai beg mekap aku nyaris hilang ! nasib baik superhero ku SIMONTEL berjaya mencari nya semula . Hahhaa . Sebenarnya takder apa sangat dalam tu . Nama pun beg mekap . Ada shampoo bedak , bla bla bla . Tapi ada cincin aku 3 bentuk dalam tu termasuk cincin kawen . Tak ke naya kalo tak jupe ? kena kawen skali lagi lak nanti . Dah ler emas dah mahal skang ni hehehe

Sevenir ...macam cakap tadi beli makanan kering2 je banyak heheh . Kawan2 dah pesan tak nak key chain , jadi mmg tak beli . Beli sket2 je pada yang nak .

Kisah dua
Semalam balik keje hujan lebat . Aku plak kan naik Ferrari tak berbumbung tu . Kekeke . Yang model MODENAS kaler biru tu . Hahahhaha . Jadi basahlah . Tak jadi hal . Skali sampai dekat je umah , kena lalu bawah Komuter , kira nya shortcut ler . Lama tunggu tapi hujan macam tak nak teduh . Air naik tinggi bawah tu . Takut plak motor rosak .

Tapi lama tunggu , boring plak . Ada satu dua motor redah je . Tempat yg tenggelam tu , tak jauh ...dalam 15 kali langkah je . Langkah aku ler , kecik sket ...kalo langkah laki aku ...dalam 10 je kot ....kalo dia lompat ? 3 dah boleh hehehhe . Jadi bila dah lama tunggu .... kitorang pun amik keputusan nak redah je . Sebab umah dah depan mata . Cuma nak lepaskan tempat tu je . Jadi redah je ....sambil berdoa2 (dalam keadaan susah baru ingat nak berdoa) ....ekzos moto siap bunyi lagi ...bluurrppp blurrrrpppp blurrrppp (ceh pandai tak aku bunyikan ?) hehehheeh ....aku sambung doa (dah susah mmg doa je) jangan ler motor aku rosak esok ...kang berapa plak nak pakai duit . Motor aku tu jangan pandang enteng . Tu pernah makan duit sampai seribu tau . Kete aku tu pun tak pernah makan duit banyak tu . Hehehhehe . Nasib baik Allah kabulkan doa aku . Elok je motor aku hidup pagi tadi . hehehehhe

Kisah 3
Rentetan kisah hujan yang lebat , hari yang sama . Kami amik keputusan balik umah dulu , lepas isya baru kuar beli makanan . Aku ni kan isteri mithali gitu . Tu pasal hari2 makan kedai wakakaka . Nasib baik laki aku tu bukan kaki komplen . mueheheheheh

Jadi lepas isya , turun lah kami berdua dnegan bahagianya nak p makan malam ...you know what happened (eh tetiba cakap omputih) TINGKAP DEPAN TAK TUTUP ! skang boleh bayang ? dengan hujan lebat ....tingkap depan tak tutup ....

Aku dah nak hangin jugak . Tapi malas nak cakap . Tempat duduk husband aku basah ..kekekek (eh! tergelak plak) hhehhee . Sangat basah . Dia selamba je alas kain p kedai makan . Dah ler pakai suar creme .... sampai kedai makan mmg nampak basah . Dia biar je sambil bengang terhadap keretanya lom hilang Hahaha . Dahnya nak salahkan saper . Dia lah salah . Hehehhe . Takkan i plak kan (tak mungkin , tak mungkin) kekekkee

Balik makan , check tempat duduk belakang . Air bertakung . Lepas makan , MY MONTEL p amik mop bersihkan kete dia ....sempat lagi bagi ucapan kat aku ...

"honey nak temankan abang ?" kekeke

aku pun balas dengan muka selambanya "malas ....." kekekek . Baik tengok citer HANI kat TV3 ..saper suh tak tutup tingkap . Waakakakkaa ....sian SI MONTEL hehehehhe