Thursday, January 6, 2011

Kepercayaan Lama Masyarakat Melayu

Pernah dengar kepercayaan2 lama ? Mesti pernah kan ...antaranya jangan menyanyi kat dapur , nanti dapat laki tua (ct nyanyi kat dapurlah kot) hehehe , jangan duduk atas bantal , nanti bisul . Jangan tunjuk pelangi nanti kudung jari . Dan macam2 lagi .

Masa saya kecil (tak ingat umur berapa tapi kecik lagi) , pernah ada pelangi berdekatan rumah saya . Ayah saya tunjuk pelangi tu dengan jari dia lepas tu lipatkan jari yang sama konon2 macam kudung . Kami adik beradik pun tiru aksi yang sama . Jadi kami tahu yang mmg tak kudung pun kalo tunjuk pelangi tu .

Saya tidak dibesarkan dengan kepercayaan2 seperti ini . Saya lebih dititikberatkan dengan isu saintifik , klinikal dan logik .

Kenapa tak boleh duduk atas bantal ? bukan sebab bisul ...bisul tak disebabkan oleh bantal . Bisul terjadi disebabkan kekotoran yang wujud berkumpul lalu terjadiklah bisul . Tak boleh duduk atas bantal sebab tak eloklah . Bantal kan tempat letak kepala , yang p letak bontot kat situ buat apa . Kan tak senonoh tu namanya hehehe .

Masa saya bercuti ke Kedah (masa waktu study jugak) , waktu nak balik ke KL , ada barang tertinggal kat rumah . Jadi kawan saya pun kol pakcik dia suh ambilkan barang2 tu sambil kami menunggu dalam kereta disimpang jalan . Mula2 saya pelik kenapa tak patah balik dan ambil saja ? tapi logik saya masa tu fikir , mungkin tak nak bazir minyak kereta . Tapi lokasi kereta dengan rumah tu takder lah jauh sangat . Minyak pun rasanya tak gerak sangat .

Saya pun tanya kenapa . Kawan saya jawab lebih kurang macam ni (dah lama berlaku jadi tak berapa ingat ayatnya)

"tak boleh patah balik , nanti berlaku kemalangan"

Saya diam . Oh ! dia sangkakan macam tu ? Pada pendapat saya , kemalangan yang berlaku disebabkan kita patah balik bukanlah sebab malangnya berpatah balik . Tapi sebab kita terkocoh2 , nak cepat maka berlakunya kemalangan . Kalau kita tidak terkejarkan sesuatu,insyaAllah tak ada apa2 berlaku dengan izin Allah . Dan dengan izin Allah jugak , pakcik yang menghantar barang kami tu boleh kemalangan kalaupun dia tak patah balik (tapi dia tetap kena patah balik lepas hantar barang kami kan?) takkan dia nak ikut balik KL pulak ?

Satu lagi jangan ambil gambar bertiga , nanti salah seorang mati dulu . Lahai ..memang ler salah sorang mati dulu . Takkan nak mati skali pulak . Jarang2 berlaku tu mati sekali . Hehehe . Mati memang akan mati . Kawan saya dulu bersungguh2 taknak ambil gambar bertiga sebab isu ini . Saya tak boleh salahkan dia sebab mungkin dia dibesarkan dengan kepercayaan2 begini dan dia tak boleh salahkan saya jika saya tak percaya kerana saya tidak dibesarkan dengan kepercayaan begini .

Sesuatu yang di'ada2' kan oleh orang dulu2 tentu ada sebabnya seperti kepercayaan2 sebegini . Contohnya jangan menyanyi didapur , nanti dapat laki tua . Bukan sebab apa , kalau dah sibuk nyanyi , pekik2 ala ziana zain , joget2 ala stacy ...karang hangus plak ikan dalam kuali . Itu logiknya . Anak dara pun takut nak nyanyi sebab takut dapat laki tua . Tapi kalau tua dan kaya apa salahnya hahahha

Tapi sesetengah kepercayaan ni saya tak dapat rungkaikan dengan logik , seperti jangan cari kutu kat siang hari ...nanti jiran kaya ? maksudnya ? adakah melayu berhasad dengki selalu ? kalau jiran kaya , eloklah ...esok kita cari kutu kat rumah jiran pulak ...kita pulak kaya ...kan bagus kalau semua orang kaya ? heheheh

Apapun , ketaksuban terhadap kepercayaan sebegini ditakuti boleh menjadi khurafat , paling tidak 'menghampiri khurafat' . Kecuali ada logik disebaliknya .

Tapi kenapa nak berbunga bahasa begitu indah sampai terlalu jauh perginya ? terus terang kan senang . Bukan tak boleh nak berbunga2 sangat , takut nanti layu , tak sempat nak cium baunya ....(sekarang faham ? ke makin tak faham?) hehehehe

No comments:

Post a Comment