Wednesday, April 25, 2012

Chapter 10 - Bila Haziq Jatuh Cinta

"Ha? Haziq jatuh cinta? Biar betul?" Tersembur air sirap laici yang tadi dia hirup dengan penuh semangat tengah-tengah panas hari khamis tu. Dania angguk sambil balas mesej kat handphone dia, tengah gossip dengan Ilmeena...perkara yang sama HAZIQ JATUH CINTA!. Lepas tu dia letak handphone kat sudut kanan meja sebelah dengan dinding. Naufal pandang muka dia tunggu jawapan.

"Ha...." dia jawab sepatah. Hari ni memang dia feel 'radio karat'. Feel wartawan tak ada tauliah, feel Kiah ronggeng menyebar gosip serata kampung dan gosip tu gosip hanya pasal Haziq jatuh cinta! Gila HOT cerita ni. Dikalangan diorang lah. Kalau siar kat suratkhabar memang tak ada siapa peduli pun.

Awal pagi tadi masa dia call Ashraff cakap benda yang sama pun Ashraff keluar ayat yang sama.

"Ha? Haziq jatuh cinta? Biar betul?" Klise tak? Mahunya tak. Bila cakap dengan Dania pun dia keluar ayat sama;

"Ha? Haziq jatuh cinta? Biar betul?"

Ish! Apasal semua keluar ayat sama? Kot sama-sama terkejut pun, tak payahlah sampai ayat sama kot. Drama sangat nampaknya. Dania pun terkejut tapi tak adalah keluar ayat macam tu, yang sama je. Eh! Tak ke?

"Ish! Tak yah lah nak terkejut sangat. Haziq jatuh cinta je kot .... bukan jatuh kapalterbang!" Dia kerut dahi dengan mode separuh menyampah dengan drama ulang-ulang tu.

"Eh! Kalau Haziq jatuh kapalterbang pun aku tak terkejut macam ni tau" Naufal sambung dengan confident. sampai hati dia kata kawan dia jatuhkapalterbang dia tak terkejut? Kalau ajtuh betul-betul bukan dia pun sama nangis meratap mayat Haziq yang berkecai nanti ke? Jatuh kapalterbang tu. Mesti berkecai. Mahunya dengan ebrlinang airmata pungut cebisan mayat kawan dia tu. Ish! sadis...bayang pun dah sadis ni. Kalau jadi betul-betul tak tahu ler.

Nasi goreng kampung yang dia order dah lama sampai tapi dia belum jamah pun. Pandang pun tak. Punyalah nak tunjuk betapa cerita Haziq jatuh cinta ni lagi high profile banding nasi goreng kampung dengan telur mata dua biji yang dia order tu!

"Sebab yang jatuh cinta tu Haziq. Kalau Ash tu aku tak hairan. Dia tu kalau tak jatuh cinta baru hairan. Dia tu kerusi pakaikan skirt pun dia kata cun! Ini Haziq ni yang ajtuh cinta. Aku ingat dia dah mati nafsu pada perempuan!" Ayat Naufal tu sebabkan Dania pulak tersedak.

"Aku sangka buruk je..." dia pandang Dania dengan senyum tersungging kat bibir macma tahu je apa yang tengah berlegar kat kepala otak Dania tu.

"Serius ... " Dania pulak tokok setuju sebelum dua-dua tu sambung ketawa. Nasi goreng pataya Dania pulak sampai. Sempat dia order cendol sebab hajat dia dari office tadi nak makan kat kedai tu sebab nak makan cendol sambil mengumpat Haziq apatah lagi Haziq kata dia tak dapat nak joint lunch sebab ada hal lain.
Punya berkobar-kobar tu. Siap call Naufal banyak kali jangan sampai cancel!
'Hal lain?' hmmmm ....malas nak tanya, sebab rasa lagi seronok layan PRASANGKA BURUK yang hal lain Haziq tu ialah perempuan berkebaya biru dengan tudung putih yang dia nampak dengan Haziq kat lot parking dua hari lepas!

Bukan salah Naufal pun kalau dia rasa Haziq tu dah mati nafsu kat perempuan. Dania pun pernah fikir benda yang sama. Cuma tak tercakap je. Serba salah! Mahunya tak, Haziq tu kalau kira, ada rupa jugak. Memang lah tak handsome sangat. Tapi kalau banding dengan Naufal dengan Ashraff tu, kira Haziq paling ada rupa lah walau 'grade' The Three Stoogess tu lebih kurang je TAK HANDSOME!

Dulu Lisa model part time tu punya lentok kat dia, boleh dia tak layan. Ashraff kata Haziq buta, tak ada taste sebab perempuan cantik macam tu 'menyerah diri' boleh dia KATAKAN TIDAK macam iklan rokok. Kalau Ashraff, memang dah lama dia KIRA JADI je...cun wooo pinggang saiz 20 tu. Gila ramping.

"kau ni tak ada taste lah...." Ejek Ashraf sambil ekor mata dia pandang Lisa yang berkaki panjang dengan skirt pendek atas lutut menuju ke kereta dia tu.

"Sebab ada taste lah aku tak pilih dia, kalau takder taste baru aku pilih dia. Taste kau dengan aku tak sama grade" Haziq jawab mandatori!

Lepas tu tak ada cerita pasal "PEREMPUAN dan HAZIQ" lagi. Malas sebab rasanya cerita Haziq dan perempuan tu adalah sangat bosan mengalahkan baca suratkhabar bahagian iklan kerja padahal masa tu dia memang tak memerlukan kerja. Boringkan?

"Kau confident je Haziq suka perepmpuan tu. Entah-entah kawan je kot" Tiba-tiba semangat dia jatuh. Alah! padamlah hasrat nak tengok Haziq bersanding pakai songket warna pink kalau macam ni. Kenapa warna pink? Sebab dulu Naufal pernah kata kalau Haziq jatuh cinta dan kahwin dia nak sponsor songket sepasang warna pink. Mesti Haziq tuntut punya. Haziq tu kalau bab-bab janji dia memang ingat. Tak pernah lupa. Nak-nak janji orang pada dia. Kalau janji dia pada orang, dia memang selalu jugak lupa.

"Kalau kawan, dia dah kenalkan kat aku. Dia nampak aku tunggu dia kat bawah pokok dekat dengan guard house tu tapi dia boleh buat tak tahu je. Lagipun, muka dia punya berseri, macam bulan!" Penuh perasaan Dania bercerita tu. Kalau ada Ashraff dengan Ilmi ni, mesti lagi best sessi umpatan terhadap Haziq. Haziq pulak macam tahu je yang kawan-kawan dia tu nak mengumpat dia jadi dia tak nak joint sessi lunch tengahari tu.

"Aku ada hal nak buat ... sorrylah....weekend ni kita jumpa...wayang ...my treat!" Dia bagi offer macam tu. Haziq ni memang murah hati. Kalau yang buat salah tu Haziq, memang patut gembira sebab selalunya lepas tu mesti ada imbuhan.

"Nama dia Salmah" Dania sambung.

"Hebatnya..." Naufal tambah. Pinggan nasi goreng dia tolak ke tengah. Da order secawan lagi air, cendol! Tertarik dengan cendol Dania dan rasa tak nak kongsi dengan Dania sebab Dania nampak selera lain macam menghirup cendol dia tengahari tu. Tak sampai hati pulak nak kacau.

"Apa? Nama Salmah?" Dia soal balik.

"Tak...hebatnya kau....sepantas tu tahu nama dia" Naufal gelak. Dia sambung minum air. Nasib baik dia dengan Naufal dalam restoran berhawa dingin. Kalau tak memang masa ni Naufal dah berkepul-kepul dengan asapnya buat lemas Dania. Dulu bukan tak pernah Dania ni bising pasal Naufal yang hisap rokok punya kuat macam naga tasik chini tu.

"Kau kahwin dengan aku... aku berhenti smoking!" Huh! mandatori. Kahwin dengan Naufal? Benda terakhir dia akan fikir dalam hidup. Tu pun kalau sempat fikir. Harap tak sempat lah. Ni lagi ngeri dari mimpi Ju-On masa tidur malam minggu kat uni dulu. Tak sanggup! Sejak tu dia tak bising lagi pasal smoking tak smoking tu. Lantak Naufal lah. Tapi Dania pernah cakap dulu.

"Rajin-rajin kang kau cek jantung. Kot dah hangus jantung kau tu, cepat-cepat wasiat motor besar kau tu kat aku. Gitar buruk kau aku tak nak....tu kau bagi kat Ash...boleh jugak dia layan jiwa sambil petik gitar masa ko tak ada nanti. Kau dengan dia kan satu kelab. Kelab Asap!" Hampagas. Boleh dia doa kawan dia mati hangus jantung. Kata kawan baik dunia akhirat.

"Gila retro Haziq ...sampai nama pun nak retro" Naufal tak dapat nak tahan gelak.

"Retro bukan sebarang retro ...cun wooo...."

"Klasik?" Dia jungkit kening dengan tawa masih berbaki.

"Klasik ...tp bukan Antik" tawa berderai

Monday, April 23, 2012

Monday Blues + Byk Makanan + TQ Sheera and Kak Asmah

Isnin hari ni aku rasa malas kerja yang amat sangat hehehe. Tak tahu apsal tapi ada hari2 mmg malas tahap 7 petala langit. 7 petala langit ... kalo 7 petala cinta tu kira ok lagi. Sampai nak singgah beli nasi kerabu dekat dengan umah tu pun malas. Montel kata kalo dah nak makan pun malas, mmg kritikal tak boleh tolong dah hehehe.

Sampai opis memang perut lapar gila ...pagi tu kat rumah macam biasa....aku minum jus je...kalo sempat aku makan oat ...kalo tak sempat aku telan oat kat opis ...aku pun bukan suka sangat oat tu ..makan untuk kesihatan je hehehhe. Kan oat baik utnuk ajntung. Kalau esok2 mati sakit jantung jugak nak buat camner kan hehehe.

Jadi sbb dah lapar gila terpaksa lah aku lawan kemalasan aku p beli sarapan (drama tak bahasa aku) hahaha. Aku beli nasi lemak ...lauk kerang tambah sambal telur.... biasa ...mode tamak ....kelmarin aku siap amik sambal kerang ngan sotong skali ...sampai kak asmah perli aku "apa kena adik aku ni, lapar sangat ke?" hahahhaa

Jadi berbalik pada citer asal ....di hari isnin yang malas gila tu ...

Sheera telah baik hati bawak sandwich ....TARAAAA....

Apsal takder seni langsung aku amik gamba sandwich ni ... siap ada minute miting plak tu bawahnya hahahaha ....tu kaler hijau tu .... penutup tuppaware aku ...berintikan sardin tau ...aku letak byk2 ...aku kan tamak hahaha

Dan Kak Hasmah plak bawak mihun ..campur hati ...huhuhu peberet ...pun aku belasah jugak ...dalam takder mood nak teruskan isnin ..boleh plak aku jadi Majlis Daerah ..telan je sume ...hehehehe

Sudahnya nasik lemak aku ...HOLD ke lunch .... hehehe

Pada Sheera ...pada Kak Asmah ...TQ sesangat kerana MENCERIA kan ISNIN saya ni hahahaha

Apapun ...saya masih menanti RED VELVET Sumbangan MIMI PRODUCTION ....hahahah
saya harap Cik Mimi membaca luahan perasaan saya ni hahaahha

Sekian tima kasih

Wednesday, April 18, 2012

Thank You

Thank You utk PE aku ...yg baik hati belikan ROTI BOY .... aku rasa PE aku salu jugak belikan macam2 ...semoga murah rezeki yek ... (tgk aku puji baik punya ni ....hari tu dia kata baca blog aku je sakit hati sbb aku asek kutuk dia je,aku puji2 ni ..mana ada kan? hehehe)



Aku teringin nak makan PC aku punya belanja ...projek pun dah nak habis dah ni ...bila nak belanja je ...habis2 dia belanja helang sekor yang aku letak atas cpu aku tu ..tapi helang tak HALAL dimakan hahahaha. Sila rujuk ilustrasi hahaha.



Tersebut kisah ..hari tu dia memerlukan bantuan .... jadi aku pun berjaya menyelesaikan masalah dia tu ....takder lah masalah sangat ....tp segala benda yang puncanya TERDELETE fail ...dan lepas tu A3 request plak benda yang dah terdelete tu ...mmg ler MASALAH besar kan ...ko tahu jelah kalo yang mintak tu A3 ....dia tak kira lah macam mana gaya ko nak dapatkan benda tu ..dia tak nak dengar alasan ko terdelete fail tu .... dia tak nak tahu even ko kata ISRAEL ugut ko letak senapang gajah kat kepala suh delete pun dia tak nak tahu .... dia tahu kalo dia nak ...dia NAK JUGAK! Erk! Israel ada pakai senapang GAJAH ke? hahahahha

Meh aku story ....selepas aku berjaya (kengkononnya) tolong dia tu ....dia email kat aku ..."TQ" ...aku pun reply .."NO PROBLEM" ..macam biasalah kan ...tu dengan saper2 pun aku reply macam tu walaupun KDG2 PROBLEM jugak ..tp takkan aku nak cakap 'YES PROBLEM' pulak ... hahahhaa pastu dia reply email balik ..tau tulis apa ...meh aku tepek ...

ok thanks nah amik mcd nie... big mac ako blanje... uhuhuh





Hampeh tak? belanja gambo je? ... aku rasa aku kena issue MSRF form kat PC aku ni ...utk yang diluar kompeni aku ..MSRF Form ni di issue untuk merequest apa2 kat projek ke kat kompeni ...jadi aku rasa sbb PC aku mmg tak baca blog aku ni ...kena issue MSRF kat dia suh belanja hahahaha ....
 

 














Monday, April 9, 2012

Kisah PE yang gigih

Pernah tengok orang gigih?

Tengok ni PE aku ..... punya gigih nak bagitahu aku yang progress input dia, dia dah siapkan dari rabu lagi ...padahal patutnya hantar jumaat ..paling lewat kul 12.00pm

Punya gigih ..sampai sanggup letak sticker note kat monitor aku pagi tadi ....

Stiker tu tulis camni ...

XXX ko tau tak,WPR aku siap dari hari rabu lagi ....


Betullah kata DC aku ..PE aku ni memang SENGET hahahhaha . Notes ni diletak kat meja aku pagi tadi ...ISNIN

Yelah

1-Dia bengang sebab ada skali tu aku highlight nama dia dalam miting sbb lambat bagi aku input progress ...melambatkan keje aku nak siapkan report. Yelah, saper suh lambat ...minggu sebelumnya aku dah cover dah dia, aku highlight nama orang lain je ..... pastu lambat jugak...aku highlight lah nama dia kan?

2-Setelah berminggu2 dia eksen dengan aku dia siapkan input dia cepat ...mmg cepat ..tp ada orang lain lebih cepat dan aku akan kata KO TETAP GAGAL.....CUBA LAGI MINGGU DEPAN. Sebab Input tu kena bagi every week hehehhe

3-Minggu ni dia buat Rabu ...rabu, mmg awal la. Sebab selalunya khamis baru aku collect input dan jumaat aku akan mula memekak kat sesaper yang tak bagi tu hehehe... tapi aku tak perasan dia bagi rabu ...dan lagi aku tak sangka plak dia begitu GIGIH sekali ...sampai sanggup tinggalkan note kat meja aku nak bagitahu BETAPA DIA BERUSAHA hahahaha

Apapun apda PE aku ....MAAH PE PEMURAH tu

Yelah ....Ko

SUNGGUH GIGIH ...DAH AKU SUNGGUH IMPRESS DENGAN KESUNGGUHAN KO TU ....

Sori lah tak perasan last week ko bagi input awal hahahhaa

Apapun TAHNIAH ....anda JUARA Minggu ni ..mengalahkan HOMER juara bertahan setiap minggu wakakaka

Sila kekalkan prestasi ANDA ....





Friday, April 6, 2012

Mereka2 yang lahir ..OKTOBER

Memandangkan aku dah takder idea ...takder input nak letak kat blog aku ni sejak beberapa minggu lalu ...kalo dalam istilah project tu ...takder 'progress' nak letak dalam weekly report ....kalo in figure ...progress is ZERO! hahahaha

Jadi aku terpikir nak letak benda ni ....

CIRI2 seseorang tu mengikut bulan kelahiran ...sila jangan percaya sepenuhnya memandangkan aku tidak membuat sebarang kajian dan lagi post ini hanya utk suka2 ....

Dan ditambah lagi ..aku tidak membuat sebarang COURSE kenali potensi diri anda melalui tarikh lahir ahhahahahha . Macam mana aku nak buat kalo aku sendiri tak baper nak caya?

Aku dengan Montel ...lahir Oktober ... ayah aku pun lahir oktober (sbb tu aku ni kategori ANAK AYAH) hahahaa bulan lahir pun sama ..pastu cari husband ...lahir sebelah2 hari je ..Montel 9 oktober ...ayah aku 10 oktober ...best fren aku plak lahir 28 oktober ...aku lahir 29 oktober hahahaha ...jadik senang cakap ..aku mmg suka dengan mereka2 yang lahir OKTOBER kerana mereka begitu memahami aku (kononnya) .... muehehehehe

Meh kita tengok ...dan kaji ..aku letak aku punya kaler hijau ..montel kaler merah

OKTOBER


suka sembang (aku suka jugaklah ....tp dengan yg rapat2 dengan aku je. Kalau yg tak rapat aku tak suka sangat sembang ...tu pasal orang kata ...aku ni kalo tak kenal mesti ingat PENDIAM...tapi bila dah kenal ...tukar kategori TAK TAHU DIAM hahahahah, montel tak suka sangat sembang ...dia pendiam byk dari aku..kalo dua2 suka cakap ..saper plak nak dengar?)

suka orang sayang padanya (sume orang suka ...saper plak suka orang yang nyampah dengan dia hahaha)

suka ambil jalan tengah (selalunya ...sbb tak larat nak gaduh . Montel , kalau dengan aku salu je mengalah...sbb tak kosa nak layan kot hahahah)

sangat menawan dan sopan santun (erk! i reserve my comments!) wkakakakkaa

kecantikan luar dan dalam (pun sama...i reserve my comments) wkakakakaka

tidak pandai berbohong dan berpura-pura (tgk keadaan jugak...kdg2 pandai jugak . LEBIH PANDAI DARI BIASA heheheh)

mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan (simpati ye ...baik? entah ... pentingkan kawan? yelah kot ..sbb kawan aku ada berapa kerat je pun) hahahahha

sentiasa berkawan (tak ...aku lagi suka sendiri2 kot ....sbb tu kawan tak ramai sampai ada yang kata aku ni KERA SUMBANG hahahah) sampai ahti sama kan kera dengan aku hahahah

hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama (betul ..dan betul ..sbb malas nak penatkan kepala otak) hehehe

cepat marah (ni sangat betul hahahahhaa)

macam pentingkan diri sendiri (erk? ye ker ? hahahaha)

tidak menolong orang jika tidak diminta (ye kot...tp kalo orang mintak tolong ...i ok je kalo nak tolong heheheh)

suka melihat dari perspektif sendiri (hmmm...agaknya lah)

tidak suka terima pandangan orang lain (tak tahu ..tapi montel kata aku ni KUKU BESI dan GILA KUASA ) wakakakka

emosi mudah terusik (agak lah ...)

suka berangan-angan dan pandai bercakap (penulis mmg kena pandai beranganlah ..kalo tak macam mana nak siapkan manuskrip sampai 600 muka surat?)

emosi yang kelam kabut (hehehhe ....cepat risau pastu sampai masuk2 dalam mimpi) kekekkee . Montel ...extra COOL ...tu pasal aku pilih dia hehehehe

daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan ) (hmmmm entah)

suka melancong, bidang sastera, dan seni (melancong tak suka ...suka duk umah je ...sastera sangat suka ... seni? tak tahu apapun pasal SENI) wakakakakka MONTEL suka seni ...pandai melukis

pengasih, penyayang, dan lemah lembut (lemah lembut tu paling merepek...TAK LANGSUNG) hahahah

romantik dalam percintaan (lagilah merepek ... montel bunga pun kedekut nak bagi ...ROMANTIK mende?)


mudah terusik hati dan cemburu CEMBURU-(SANGAT2 BETUL)....tak caya tanya MONTEL hahahhaa

ambil berat tentang orang lain (tengoklah saper ...kalo aku nyampah ngan dia ..malas nak amik berat ...tak kisahlah berapa berat dia pun) hahahahha

suka kegiatan luar (SALAH SANGAT) MONTEL SANGAT SUKA hahahahhaha

orang yang adil (hahahahhaa tak tahu nak KOMEN)

boros dan mudah dipengaruhi persekitaran (boleh tahan jugak ler ...tp tgk jugak apa bendanya)

mudah patah semangat (hahahahah BETUL , BETUL ...dan BETUL) tapi selalunya cepat BANGKIT semula tau ....

ok ..tu ajer hahahaha .... cuba korang tgk bulan korang ..pastu tgk sama tak dengan diri korang wakakakka





Wednesday, April 4, 2012

Chapter 8

"cinta pertama tu, susah nak lupa ....ko apa tau pasal cinta" Dania jungkit kening pada Haziq, sengih sambil perli. Tangan ligat suap spageti masuk dalam mulut. Tadi mulanya dia rancang nak dating dengan Haris tunang dia. Tapi Haris yang kerja pilot tu on call pulak ...cancel. Tak dapat keluar dengan Haris, dia ajak Haziq. Haris, Haziq...bunyi pun dekat-dekat. Tak adalah beza sangat kan. Dia dah bagitahu Haris siap-siap untuk mengelakkan insiden cemburu-cemburu yang mana wanita berhati waja macam dia tak kuasa nak layan.

Haris ok je. Dia kenal Haziq, kenal Naufal, kenal Ashraff cuma Dania rasa lagi elok kalau dia cakap sendiri walaupun jawapan Haris macam selalu.

"Alah ..setakat Haziq...kalau you nak, dari dulu lagi you dah tackle dia" ayat dia yang tak tahan tu... 'you tackle dia' bukan 'dia tackle you' . Mentang-mentanglah kes dia dengan dengan Haris dulu, Dania yang tebalkan muka tackle Haris. Dia jadikan modal pulak. Kalau tunggu Haris, memang tak bertukar status tunanglah sampai sekarang ni.

"uwekkkk" Haziq buat gaya nak muntah depan makanan tu. Dania gelak tengok reaksi Haziq.

"kau apa tahu ....awek pun tak ada..." sekali lagi dia kena kan Haziq.

"susah ada awek ..." dia jawab dengan muka kosong. Dengan kemeja biru dia, dengan neck tie yang dah dia tanggalkan dan letak kat sisi meja. Blackberry yang dia baru beli dia letak kat sebelah kanan saja nak tayang kat Dania . Nak suruh Dania tanya padahal Dania tak hairan langsung. Blackberry Dania tu dah nak reput dah baru Haziq teringin nak beli blackberry. Kalau tak , dia pakai je Nokia dia yang kamera pun tak ada tu. Bayangkan betapa OLD SEASON nya handphone dia sampai kamera pun tak ada.  Ni beli blackberry pun sebab Nokia dia tu dah 'kembali ke rahmatullah' dan rasa tak ada nyawa kalau tak ada handphone.

"susah ada awek ke ....ko yang tak ada awek nak lekat?" dia jungkit kening. Haziq ni dari dulu memang tak pernah ada awek. Adalah yang ushar-ushar dia. Dia ni walaupun rambut kembang gaya Afro tu, gaya Alleycat....kira menawan jugak tau. Tak tahu lah atas sebab apa. Sweet talker lah kot.

Bila ada awek mengorat ... dia tak nak dengan alasan

"tak nak lah aku .... perigi cari timba" ha ..boleh bayang betapa typical malay man dia ni? dia kalau cari awek, nak yang typical malay jugaklah. Yang pandai pakai kain batik, yang tak pandai facebook, senang cakap kalau boleh nak macam cerita Uda dan Dara P Ramlee tu lah . Yang 'Dara tumpang lalu mak ...dara tumpang lalu pak ....'Tu pasal tak laku-laku. Mana nak jumpa!

Bila suruh dia pulak mengurat, jawapan dia

"tak naklah ... tak suka yang macam tu" Ish! belum pernah yang dia kata dia suka tau. Semua tak suka je.

"kau ni straight kan?" Dania gelak sebelum ayat habis. Dia pandang Haziq yang tak jadi nak suap mihun sup tadi dalam mulut.

"choi lah mulut kau ni...." dia angkat garfu buat gaya nak cucuk mata Dania.

"kalau susah-susah ...kau adjust je Ilmeena ...."

Sekali lagi Haziq tak jadi nak suap mihun dalam mulut.

"kat opis kau tadi ada parti mabuk-mabuk ke apa?" dia tanya dengan muka serius tapi lepas tu gelak. Dania pun gelak sama.

"ok apa ....dah kenal lama ...tak yah icebreaking lama sangat. Ilmi tu adorable jugak apa" gila ayat berterus terang. Haziq tolak mangkuk misup kat tengah meja. Tarik jus buah naga dan sua straw kat bibir dia, minum dengan penuh gaya sambil pandang Dania.

"adorable?" Dia tanya lepas minum seteguk.

"tell me ...kalau tak ..." Dania jungkit kening tunggu jawapan Haziq. Tahulah idea tu sengal. But no harm to try kot..... kot lah jadi . Mahunya Naufal dengan Ashraf pengsan 3 kali. Jangan meninggal terus dah lah. Takkan nak hilang dua kawan baik sekali gus kot. Lepas tu Haziq kahwin Ilmeena. Siapa pulak nak layan dia nanti? Haris kan selalu fly ....kesian lah dia tinggal sebatang kara nanti.

"adorable lah jugak" dia jawab mentah. Dania terus tuding jari kat Haziq sambil gelak.

"adorable je ....tak mesti suka simpan perasaan ke apa ....please ok ..jangan rosakkan persahabatan kita....friend...like a china doll ...once broken ...it will never be as beautiful as it was before"

"eleh..." Dania cebir dengan jawapan Haziq.

"betul tak ada perasaan?"

"betul ...dengan confident ni ...."

Tuesday, April 3, 2012

Chapter 7

"Tak kisahlah apapun alasannya ... apa yang kita buat ni , tetap salah...." Ilmeena raup muka dengan kedua tapak tangannyanya. Mata dia merah tahan kelopak air mata yang dah basah.

"Jadi?" Khir buat muka tak puas hati. Merah muka dia sebab marah. Marah semalam bila Naufal maki dia kat parking kata dia jantan tak sedar diri tak habis lagi, hari ni marah sebab Ilmeena tiba-tiba mintak putus. Tiba-tiba je. Dengan muka kering je.

"Percayalah ...apa yang kita buat ni ...salah .... tak betul ...kita cuma keliru dengan perasaan kita je" Ilmeena capai handbag kat tepi meja. Dia pandang Khir tiga saat sebelum angkat kaki menuju ke pintu, biarkan Khir pandang dia dengan ekor mata.

"Semua ni? Dua tahun ? Keliru?" Khir rentap tangan Ilmeena. Ilmeena mengeluh pandang muka Khir. Macam mana dia boleh terbabit dengan skandal Khir ni? Kenapa dia layan 'perasaan' tak betul dia pada Khir ni awal-awal dulu? Kalau dia tak layan, tak adalah jadi macam ni.

"Sebab Khir tu macam Izwan Kaberet tu kan?" Dania pernah cakap macam tu petang beberapa hari lepas masa balik jogging . Dia ni kalau sebut nama Izwan, memang belakangnya kena letak KABERET! Baru dia puas hati. Kalau tak, taka da feel nak sebut nama tu.

Janjinya nak jogging bertiga dengan Haziq tapi boss Haziq mintak dia datang office sebab ada kerja urgent yang kena selesaikan hari tu jugak, Naufal balik Penang, Ashraff macam biasa, jumpa awek dia yang cun macam bintang filem Indonesia tu.

"Kau jangan ingat aku dengan Haziq, Ash, Naufal tak tahu Ilmi ...."

Diam ....

"Kau tak boleh lupa dia?" Dania bersuara rendah. Pandang Ilmi yang tak jawab apa sejak dari tadi. Dia tahu sangat perangai Ilmeena ni. Dia tahu apa yang terlintas kat hati Ilmeena. Tak payah Ilmi cakap. Haziq, Naufal, Ash ...pun tahu ....samaada nak buat faham atau buat-buat tak faham...

Diam ....

"Kau bukan suka kan Khir kan? Kau suka Izwan yang ada dalam diri Khir kan?" Dania soal lagi . Dia ni selagi tak dapat apa yang dia nak , dia tak berhenti punya. Dia ni memang kaki paksa paling teruk dalam dunia. Dulu dia pernah perang dayak dengan Naufal pasal paksa-paksa macam ni. Lama jugak tak bertegur. Ingatkan nak PANGKAH sampai mati. Nasib baik tak.

Diam ...

"Cakap Ilmi ....kalau kau tak cakap ...aku tak tahu ...aku tak boleh nak tolong ...." Dia pegang tangan Ilmi. Mata dia dan Ilmi bertemu.

"Tak ada beza kau tahu atau tak..." Dia bangun dari tempat duduk tadi . Letak balik tuala kecil yang dia guna untuk lap peluh tadi kat leher.

"Tapi aku kan kawan kau Ilmi ...."

"Kau, Haziq, Naufal, Ashraff......memang kawan aku ...tapi..."

"Semua yang kitorang buat ni ...untuk kebaikan kau Ilmi ...."

"Itu aku tahu...." Dia jawab senada. Dia ni semua tahu. Tapi sampai berskandal dengan Khir laki orang yang muka tak semengah tu, kategori tahu jugak?

Ilmeena singgah ket gerai depan taman tu, beli air mineral dua botol sebelum sebotol darinya diserah pada Dania.

"Jadi....?" Dania kerut dahi lepas teguk air mineral tadi. Ikut hati dia, nak singgah beli nasi lemak sambal sotong kat gerai bawah jambatan dekat dengan office tu. Tapi bila fikir berat badan dia yang dah naik dengan tidak terkawalnya tu .... dia tarik balik hasrat tu memandangkan diet adalah perkara terakhir yang dia akan buat. Makanya dia tak nak buat sesuatu yang akan memaksa dia diet.

"Entahlah ...." Adakeluhan berat dilepaskan. Dania pandang Ilmeena. Dia rangkut bahu Ilmeena lembut.

"Apapun terjadi ..kau tetap kawan aku ....macam dulu-dulu jugak" dia bisik lembut sambil lentokkan kepala kat bahu Ilmeena. Macam selalu dia buat. Dania ni memang speses ulat ...speses suka mengulik kat sana sini. Kat perempuan lah. Kat jantan tiga ekor tu tak pernah lah dia buat. Kalau dengan janjtan 3 ekor tu ...dia tukar mode harimau bintang je. Garang bukan main.

"Ye ker ....baru aku ada skandal dengan Khir korang dah nak putus sahabat dengan aku ...." Ilmeena senyum sumbing. Saja nak kenakan Dania. Dia yang tadi lentok kat bahu Ilmeena bangun pandang Ilmeena.

"Eh ..kesianlah kat kitorang ....dia tu tak handsome lah ...."

"Kalau tak handsome pun apasal nak kesian kat korang?" Ilmeena kerut dahi.

"Mahunya tak kesian....nak jumpa kau nanti ..kena jumpa dia ...huh ..sakit mata ...." Dia gelak. Ilmeena pun gelak sekali.

"Kau gelak? bukan kau patut marah ke aku kutuk kekasih hati kau tu...." Dania jungkit kening.

"Entahlah ... "

"Dia dah tak menarik kat mata kau lagi? cakaplah kau dah jumpa orang lain yang handsome, kaya ....dan...."

"Dan merepek ..." satu tamparan lembut singgah kat bahu Dania.

"Taklah?" Dia kerut dahi pandang Ilmeena. Serius ke dia harap macam tu? Dongeng. Takkan sepantas tu. Lagipun lelaki handsome dan kaya yang selalu ada dalam novel tu , nak cari kat mana? Ingat senang? Ada berapa kerat je kat Malaysia ni. Tu pun kebanyakkannya artis dah sambar. Yang macam Ilmeena ni....dapat asap jelah.

"Susah-susah ..kau kahwin je dengan Haziq ..." Idea sengal tu tiba-tiba datang. Mentang-mentanglah antara 3 orang tu cuma Haziq je belum ada makwe. Boleh dia rekomen.

"Tak nak aku ...... rambut dia kerinting ...nanti anak aku rambut kerinting ....tak cun"

"Oit ...aku cakap kat Haziq....rambut dia tu kan aset berharga dia" Dania tak tahan nak gelak. Terus muka Haziq dengan rambut Afro dia tu terbayang kat mata.





Monday, April 2, 2012

Lagi ...Post Suka-suka



Aku mahu jadi matahari
Yang selalu menghangatkan dirimu

Seperti kau yang selalu seperti bulan
Menerangi malam gelapku

Aku mahu jadi pelangi
Yang selalu memberi warna dalam hidupmu

Seperti kau menjadi bintang
gemerlapan buatku

Aku mahu miliki sebelah tanganmu,sebelah kakimu,sebelah matamu ...DAN seluruh hatimu...