Tuesday, November 30, 2010

Penat Saya Menanti ...Rupanya Salah Dengar

Minggu ni saya memenuhi ruang minggu dengan satu harapan ..."minggu ni free copy untuk novel baru akan sampai" . Ikut sms dari editor , jumaat tu dia dah pos pada saya . Saya pun menanti ler dengan penuh perasaan . Bab2 menanti ni , memang saya 'sangat tidak bagus' . Tapi terpaksa jugak menanti . Yelah , dalam donia ni , bukan sume benda yang kita kena buat tu adalah benda yang kita suka . Banyak benda yang kita tak suka kita kena buat jugak .

Contoh .... p keje ...kan ke malas nak p keje tu . Tu lom kira hujan lagi . Lagilah malas . Rasa baik tidur je kat umah . Tapi sebab nak nikmat 'cucuk dinding' tiap hujung bulan tu , kita gagahkan je [cucuk dinding tu ...cucuk ATM ler]. Duk umah pun bukan boleh buat apa . Balik2 tengok sinetron Indon yang sampai ratus2 episod tu . Citer yang boleh merendahkan daya fikir kita . Boleh jadi tumpul sebab masalah2 kecik pun takleh nak selesaikan . Kalau jadi pemimpin negara tu , mahunya tergadai negara kita ni hehehe

ni aku citer apa plak ni ...tadi nak citer lain hehehe

Berbalik pada citer tadi , saya pun tunggu ler dengan penuh perasaan . Dalam hati tu ada juga cakap . "cepatnya dapat free copy , cepatnya printing ..." sbb baru dua hari sebelumnya tu saya baru respond pada review yang editor bagi . Agreement pun belum sign , macam mana plak buku dah siap print ? dah ada free copy . Efisyen gila ni ..lebih hebat dari biasa .... kekeke

Hari selasa , saya dapat agreement . Nipis je poslaju tu . Kata ada 10 free copy ... takkan 10 free copy tu nipis sangat ? ni kalah buku latihan masa darjah dua dulu .
Saya pun bukak envelope ...sah ...agreement je dalam tu . Terus capai hp , sms editor ...tanya mana free copy nya ?

dia pun kata "masih printing ...siap nanti i post" ..lahai ...aku salah dengar ke rupanya hahahaha ...patutnya sumenya macam terlalu pantas je ....oklah ...takperlah ..tunggu jelah ...apa nak buat ....

Aku ni ...setiap kali novel kuar ...musti tak sabar2 nak tengok ..tak sabar2 nak baca ...padahal kan aku yg tulis novel tu ...ituler citer nya ..takder nya ubah2 pun ...editor pun betulkan typing error je ..kalo ada ubah2 citer ..mesti editor dah bagi tahu ...tapi nak jugak baca ...sampai mak aku pun perli ...hahaha

Elephant Infant Syndrom

Pernah dengar pasal ni ? Elephant infant syndrom . Secara mudahnya , ia adalah rasa putus asa dan tak mahu mencuba disebabkan kegagalannya pada masa silam . Elephant yang diikat pada tali sewaktu kecil , akan berusaha melepaskan dirinya dari tali tu setiap hari . Dia akan cuba dan cuba tapi dia gagal . Sebab waktu tu dia masih infant , masih kecil . Dia tak berdaya . Hari2 mencuba , dia akhirnya berputus asa dan tak mahu mencuba lagi .

Walaupun setelah dia menjadi dewasa , dengan tali yg sama yang mengikatnya pada waktu dia masih kecil , dia tak cuba lagi membebaskan diri dia sebab dia merasakan walau bagaimanapun dia berusaha dia takkan berjaya . Sedangkan badan dia dah besar dan dia lebih kuat berbanding waktu dia kecil . Tapi sebab dia dah putus asa , dia tak lagi berusaha .

Inilah Elephant infant syndrom . Kita ? sejauh mana kita mempunyai syndrom ni . Pernah tak putus asa ? pernah kan .. rasa kecewa , rasa malas nak cuba lagi sebab tak ada hasil pun . Kenapa perlu putus asa . Allah tak suka orang yg putus asa .

Bangun , cuba dan cuba lagi . Ingat , berjaya atau gagalnya kita , bukan diukur dari berapa banyak kali kita jatuh , tapi berapa banyak kali kita kembali bangun dan berlari semula .

Suatu masa dulu saya pernah gagal , saya pernah kecewa sebelum Allah memberi saya peluang kedua . Saya ingat ayat ibu saya "bangun ....dan lari lagi" .

"Don't let your past dictate who you are, but let it be part of who you become."

Monday, November 29, 2010

MAHA 2010

Sabtu lepas , p jalan2 kat MAHA 2010 kat serdang . Punya ramai orang , sesak . Tak jalan sampai habis pun ...panas dan lemas . Tapi mmg superb . Macam2 ada . Tak sempat nak carik gerai makcik yang goreng pisang , celup tangan dia kat minyak panas tu . Sebab dah penat sangat . Kedai banyak gila . Panas dan lemas .

Macam2 ada jual . Pokok2 bunga , orked pun cantik2 . Tapi aku tak beli pun . Aku ni bukan boleh tanam2 bunga ni , kang dua tiga hari mampos lah tu hehehe . Habis2 lama pun hayatnya sebulan , tu pun dah kira panjang umur sangat . Jadi aku malas nak membazir disamping aku tak berapa rajin sangat nak tanam2 bunga . Rumah pun tak ada tanah (apartment lah) jadi takyah ler susah payah tanam bunga , buat naya kat pokok tu je . Dia pun nak hidup jugak . Aku ni mmg semulajadi lahir takder bakat tanam2 pokok walaupun mak bapak aku sangat cintakan alam semula jadi hehehe .

Lain2 macam burung walit , lembu , kambing sume tu ...aku tak sempat tgk . Penat jalan .

Beli apa ? makanan jelah . Hahaha . Aku kalo p pameran2 ni beli makanan je rajinnya . Beli amplang , makan tradisi sabah . Maklum ler , tahun ni tak dapat balik sabah disebabkan masalah2 kritikal . kekekeke . Pastu beli beberapa makanan lain .

Overall , MAHA kali ni mmg superb . 'Pertanian adalah perniagaan' ...heheheh
tapi aku takleh lah involve perniagaan ni ....kang cepat pulak lingkupnya . Bagi sokongan jelah kekekek

Friday, November 26, 2010

Sindrom "TAHU SEMUA"

Masa saya sekolah , sindrom ni kami panggil Profesor Serba Tahu (PST) , kalau ingat lagi dalam majalah GILA-GILA dulu ada watak ni . Kalo generasi 80-an ingat sangat kot . Majalah lawak ni popular era 90an ...kira zaman2 tu kitorang memang beli dan baca majalah ni sebab masa tu internet lom meluas lagi . Komputer pun jarang nak dapat pegang . Kalau dapat masuk kelas komputer tu kira bangga gila lah !

Keluarga saya , adalah keluarga pertama yang ada komputer kat kg dulu . Kami guna untuk main game , buat surat , buat kad (kalo tak silap masa tu pakai bluemountain) , balas email ...dan search beberapa benda lagi (bukan benda lucah ye kawan2) . Maklum ler ...bapak saya tu kan dulu cikgu ...kita pemikiran dia kedepan sket lah walaupun skang dah keje ladang . Eh! tak ...tak kerja ladang dah ...dia upah indon kerjakan ladang dia hehehe sebab dia dah agak berusia .

Ni dah jauh menyasar pada tajuk kekekeke

Berbalik pada tajuk , Sindrom tahu semua ni , ingat lagi pada salah satu 'jenis' kawan saya yang saya cerita dulu ? yang tahu semua benda dan kenal semua orang . Kira contact2 dia ni , memang kalah Najib Tun Razak . Najib pun takder contact banyak tu . Rasanyalah , sebab saya pun bukan pernah jumpa Najib tu . Hehehehe .

Cerita pasal apapun , kawan saya ni mesti kenal . Cerita pasal permaisuri Aishah , cerita pasal mantan perdana menteri chedet , cerita pasal isteri DrSMS , cerita pasal pembaca berita TV3 Azura Karim , semua dia kenal . Dia kenal semua mereka2 ni . Pernah jumpalah , sedara maralah , kawan atas kawan kawan lah , kenalan bos lah , mak keje satu opis lah . Sampai kami sume jadi 'trauma' nak sebut nama saper2.

Kalau cerita pasal jenis2 penyakit , boleh tanya kat dia . Kalah Dr Pakar kat Hospital Kuala Lumpur (tapi pelik naper dia tak jadi doktor) . Cuba sanggah dia cakap , kamu pasti menyesal . Hahaha . Sbb dia tetap kata fakta dia betul .

Kdg2 boring juga jumpa makhluk2 macam ni . Tapi yelah , mana ada manusia sempurna dalam dunia ni . Mesti ada kurang sana sini kan . Sama macam kita jugak ...

Emmmmmmmm......

Bila hati mu ...kecewa

Kadang2 kita rasa kecewa , bila apa yang kita nak Allah tak tunaikan pun walaupun kita dah sehabis daya berusaha , berhabis segalanya demi mendapatkan apa yang kita hajati tu . Puas kita doa , hari2 mintak tapi Allah tak tunai juga . Kadang2 hati jahat ni bisik juga , kenapa Allah tak nak bagi ? Allah tak sayang ke ? apa dosa aku ? kenapa orang yang jahat tu mintak dapat je , orang jahat tu macam2 kejayaannya . Senang je hidup walaupun dengan hasil jahat . Kita ni jahat sangat ke ? tu kalau ikut hati jahat .

Tapi hati baik pulak bisik "Allah sayang , sebab tu Allah nak bagi ujian , nak tinggikan darjat" , dan lagi ...Allah mesti bagi cuma masanya belum sampai , belum masa yang sesuai . Dan lagi ...Allah bagi banyak benda , kita je tak bukak mata , kenapa satu benda yang Allah belum nak bagi ni kita asyik ungkit2 ?

Pilih nak ikut mana ? hati jahat ke hati baik ? tapi kita manusia biasa , kadang2 ditewaskan perasaan . Nak2 kalau masa tertekan . Banyak sangat tindakan luar batasan yang kita lakukan . Cuma bunuh dan bakar je tak buat . Kita tak buat , orang lain ada yang buat , kelar leher bini pun ada , potong 'burung' laki pun ada , hatta merompak nenek yang umur sayup2 pun ada . Nasib baiklah bisikan hati jahat kita ni tak sampai tahap tu . Kira tahap2 jahat "manusia normal" lagilah . Cuma tak sampai tahap 'ahli syurga' hahaha

Betul kata hati baik , Allah bagi banyak benda , kita je tutup mata , buat2 tak nampak . Saya ada kerja yang baik (walaupun gaji awal bulan tu selalunya tinggal dua tiga hengget je hujung bulan , tu pun selalunya salah sendiri beli benda bukan2) , saya ada suami yang baik (walaupun tak pernah bagi bunga sebab dia kata bunga tu membazir , baik beli barang makan , apa punya tak romantik) , saya ada ibubapa yang sentiasa menyokong jatuh dan bangun saya , kawan2 yang pelbagai ragam , dari yang terlalu baik , sampai ke kaki komplen , mulut macam petir , speses yang kenal semua orang , speses nak tunjuk pandai dan macam2 lagi . Oklah tu , takkan sume nak yang baik2 (macam ler diri sendiri tu baik sangat)

Saya harap ...saya bertahan dengan ujian ini . Saya harap saya boleh tahan dengan kerenah manusia yang tak sensitif dan tak peka ni , saya harap saya tak perlu bunuh orang untuk senangkan hati saya , saya harap saya tak perlu tampar orang untuk buat dia diam . Saya harap , Allah sabarkan saya . Allah lebih tahu ...

Thursday, November 25, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa ....

Seorang kawan forward email dari seorang makhluk ciptaan Allah yang kononnya lulusan universiti luar negara ni . Luar negara tau . Tak tahu lah luar kat mana ... sebab kadang2 manchester , kadang liverpol entah dia tahu ke tak tempat2 tu ..main sebut je .

Berbalik pada email tadi , kawan ni tak paham ayat 'mat salleh setengah masak' ni . Kalo ko paham tolong terangkan kat ahkak ....dia kata macam tu ...dalam email tu lah dia kata . Ayat nya macam ni .

It been arranged by EDCC and discipline eng from SBO..In the futurehopefully yes or not.TQ

ayat pertama tu dah paham dah . Ayat kedua tu , pk dua tiga kali . Tak jugak paham2 sampai perlu bantuan kamus dewan jilid ke8 (dah kuar ke version ni ?) . Jadi saya dengan senang hati selaku org yang hari2 ngadap muka makhluk tuhan setengah masak ni pun terangkan lah . Ayat tu bermaksud "tengoklah , masa2 akan datang , boleh ke tak"

walaupun kalo ikut translation betul2 dari aku yg lulusan universiti tempatan grade kelas dua atas ni ( tak mampu nak grade kelas satu) ayat tu membawa maksud "pada masa depan , sangat berharap ya atau tidak" ...ni bunyik macam translation citer omputih kat cd cetak rompak . Penah beli tak ? cewah2 ...sume pakat tak ngaku penah beli cd cetak rompak . Hahahaha .

Jadi kesimpulannya ...toksah ler berlagak sangat . Kalo setakat lulusan (Universiti Jambi) tu , ngaku jelah . Toksahlah nak kencing banyak sangat sampai hancing satu opis . Orang pun tengok berbulu je . Ni yang berbulu ni orang tau . Kalau monyet ke kera ke tgk berbulu tak per jugak , dah memang tu ciptaan Allah yang diciptakan dengan bulu hehehe .

Pada yang membaca post ni ...toksah ler tanya Universiti Jambi tu kat mana . Aku pun tak tahu , aku main tulis je . Hehehe

Wednesday, November 24, 2010

Al Kisah - "Terbeli"

Bercerita dengan kawan2 kisah buku baru saya yang akan terbit bulan depan . Jangkaan terbitnya bulan depat . Harap terbit seperti yang dijangkakan . Editor pun dah kol , confirmkan agreement , adress dll . Jadi beranilah nak cerita . Bukan apa , kadang-kadang kata bulan depan , bulan demi bulan tak juga sampai "bulan depan" . Tu belum kira isu royalti , kata nak masuk sehari dua lagi . Jenuhlah tengok maybank2u tu 3 saat sekali , tak juga ada . 2 minggu lepas tu baru masuk . Hei tak apalah . Masuk juga . Lewat dua minggu apa salahnya . Bukan dua tahun pun hehehe .

Jadi masa cerita pasal novel ni , seorang kawan pun kata
"ni buku ko ke ?" dah biasa sangat dengan soalan ni . Selalunya disusuli dengan permintaan nak 'free copy' hahaha .

Jadi jawab jelah ..."ye ...."

dia kata lagi "aku da beli ..." wah! tak sangka ada juga kawan se opis aku ni ajdi penyumbang pada royalti aku tu . Hehehe .

"terbeli" dia kata lagi . Tak kisahlah kategori "terbeli" ke , "sengaja beli" ke , hatta kena ugut suruh beli pun , yang penting beli , royalti aku jalan jugak kekeke

"tapi aku ikhlas tau beli" dia sambung lagi .
ye ..ye ..aku tau ko ikhlas . heheheh .

Apapun terima kasih sebab menyumbang , terima kasih sebab sudi beli , teri kasih sebab bagi sokongan walaupun masa tu ko tak tahu aku yang tulis buku tu heheheh

untuk Sharifah Nabiha Syed Mustafa ...."terbeli" pun tak apalah ....yang penting beli ....TQSM

Perihal - Mudah Sangat Kecil Hati

Pernah tak ada kawan yang senang sangat nak kecik hati ? sikit-sikit nak kecik hati , sikit-sikit nak tarik muka , sikit-sikit nak boikot . Pernah ?

Rasa bosan tak kalau ada kawan yang macam ni ? nak bosan macam mana , bak kata suami saya , kadang-kadang perangai kita pun membosankan orang . Jadi terima jelah kelemahan dia tu . Yang boleh tutup mata , tutup mata jelah . Kecuali kesalahan dia tu besar sangat macam pecah rumah orang ke , bunuh orang ke , buat rampasan kuasa kat sempadan thailand ke , kira logiklah kita nak amuk dia .

Tapi soalnya kalau hari-hari kita je nak pejam mata , tak larat jugak . Yang jadi hal tu , orang macam ni selalunya tak jaga pun hati orang , tapi pakat nak jauh hati bila orang sakitkan hati dia ( berapa banyak hati da....) hehehehe

yang muda kata - biasalah orang muda ...darah muda ...
yang tua kata - orang tua ...mmg cepat terasa ...

aduilah ...camner nak tolong hehehehe

Monday, November 22, 2010

Makan Gaji VS Kerja Sendiri

Pernah tak rasa penat kerja makan gaji ? Nak2 time kena marah dengan bos , time meja penuh dengan segala macam kerja dan telefon asyik berbunyi minta itu dan ini . Belum masuk kisah kena bambu dalam meeting lagi . Kisah tak naik gaji bila cukup tahun tapi kerja sentiasa bertambah2 dari tahun ke tahun dengan alasan "anda sudah berpengalaman" tapi malangnya ... pengalaman anda itu tidak "di ringgitkan !"

Rasa nak buat sesuatu , mulakan perniagaan tapi perniagaan apa . Saya sejak sekian lama sudah berjinak2 dengan perniagaan . Waktu zaman sekolah dulu , mak saya tukang jahit , tempahan mak memang banyak terutama musim cuti sekolah dan perayaan . Kadang-kadang mak dapat tender jahit uniform kilang . Kami adik beradik akan ambil upah jahit butang baju , satu helai 50sen . Duit 50sen tu besar sangat untuk budak-budak sekolah yang tak perlu bayar bil rumah dan kereta pada masa tu . hehehe .

Mak pun ada mesin jahit tepi . Saya yang 'pajak' mesin tu . Jadi kalau ada yang nak datang jahit tepi baju , saya akan jahit dengan upah seringgit satu baju . (tanpa modal apapun termasuk benang dan letrik) kekeke . Mak pun akan letak semua baju2 tempahan dia pada saya . Dan akan terima upah juga dengan nilai yang sama .

Selain dari tu , saya akan jahit tikam leher baju . Jahit mata lalat kat baju kurung perempuan tu . Satu baju ...RM5 . Saya masih ingat , saya ada bil yang saya gantung dekat mesin jahit menandakan berapa banyak baju yang telah saya jahit , sampai masa mak saya akan panggil dan saya akan kira berapa yang mak perlu bayar . LUMAYAN ..... kadang2 dapat RM50-RM100 . Ingat tak banyak ke untuk budak2 sekolah ? zaman tu ..kira15 tahun dulu . Huh !

Sekarang , saya pun ada ambil upah jahit baju . Sambilan . Baju kurung , baju kurung pahang ...dan beberapa jenis baju yang mudah2 . Maklum ler , dulu tak sempat nak belajar jahit banyak2 . Mak pun malas nak ajar saya yang dia kata rajin melawan ni . Hahaha . Jahit baju kat KL ni , memang untung banyak . Lagipun saya cuma charge RM25 je untuk sepasang baju kurung .

Lagi ...saya buat kek . Jual sampingan juga ....Butter cake , marble cheese cake (ni paling disukai) . Sekarang ni tengah fikir2 nak jual coklat . Emmmmm .... tgh upgrade skill . Kena betul2 mahir ...baru boleh buat .

With Luv -
9 dari 10 pintu rezeki itu , datangnya dari perniagaan ....

Friday, November 19, 2010

Kali Pertama ....

Semua orang ada 'kali pertama' dalam hidup . Kali pertama menjejakkan kaki kesekolah , kali pertama memandu selepas lulus lesen memandu , kali pertama jauh dari keluarga ketika diuniversiti , kali pertama jatuh cinta , kali pertama putus cinta dan macam-macam kali pertama lagi . Perkara paling susah dalam hidup , ialah memulakan yang pertama . Tapi jangan lupa , ada quotes menyebut "a hundred miles begins with a first step" kalau tak pernah mula , macma mana nak sampai ? Kenapa perlu membuang masa merungut tanpa ada usaha mengatasi masalah yang dirungutkan ?

Seorang teman pernah merungut tentang kerjanya melambak2 diatas meja , dia penat . Letih dan rasa tak tenteram selagi ekrjanya tak siap tapi waktu tu dia dibahu meja saya sambil minum kopi !

Kali pertama yang saya nak cerita kali ni , pasal adik lelaki saya . Kali pertama bawa girlfriend dia balik rumah . Nak bagi kenal dengan ibu , abah dan adik beradik aku yang kepala semua bukannya betul sangat ni ....hehehe mak akulah kata camtu .

Peraturan dalam keluarga aku , boleh bawak kekasih balik rumah 3 kali je . Lepas 3 kali dah kena kawen . Jadi bila sebut nak bagi kenal awek , mesti mak aku akan tanya "dah cukup duit ?"

Jadi hari rabu bersamaan hari raya haji bersamaan 17.11.2010 adik aku pun bawa awek dia tu datang rumah . Berkenal-kenalan sambil makan ketupat , sambal kacang , sayur goreng , ayam masak merah dengan kari kambing . Oh Ya ! kari kambing tu awek adik aku tak makan , kami2 je makan hahahha

So , panel hakim belum buat keputusan , tapi mak ayah aku selalunya tak ada hal sangat . Kalau kurang seinci dua tu , memang mak ayah aku tutup mata je kalau anak-anak dah nak . Hehehe
Emm ...teringat kali pertama bawa suami balik rumah beberapa tahun dulu ....

Sunday, November 14, 2010

Persahabatan ....Kemaafan

Sewaktu di universiti , seorang teman pernah memberi ungkapan ini pada saya "Friend-Like a china doll . Once broken , it will never be as beautiful as it was before"

ok ...itu dulu , hampir 10 tahun dulu kerana teman ini saya kenali ketika di matrikulasi . Sekarang dia sudah di Australia menyambung pengajiannya , Arnida Hani . Kisah yang saya tulis dibawah ini bukan kisah dia , cuma dia mengingatkan saya pada madah indah itu .

Setelah hampir 10 tahun , saya dikunjungi mesej dari seorang wanita , teman waktu dizaman pengajian, memohon maaf atas keterlanjuran lalu yang telah dia lakukan pada saya . Dia telah berkali-kali mengirim pesanan di peti facebook saya , meminta saya menerima 'permintaannya untuk menjadi friend' di laman sosial itu tapi saya mengabaikannya . Dia juga berkali-kali menelefon tetapi tidak saya jawab . Pesanan SMS nya juga tidak saya balas. Saya punya sebab ...lalu mesej terakhirnya beberapa hari lalu separuh merayu dengan saya supaya saya memaafkan dia , Dia rasa tertekan dan dihantui rasa bersalah di atas kesilapan lalunya .

Hati saya terusik . Benar , dia bersalah . Dia mengkhianati kepercayaan saya . Dia tidak menghargai perbuatan baik yang telah saya dan keluarga saya buat untuknya sementelah keluarganya jauh di Sarawak sewaktu zaman pengajian . Saya terkilan .

Apa yang dia lakukan , biarlah hanya 'kami-kami' yang tahu . Saya sudah memaafkannya . Tapi jika soalnya hati , tentu saya mengambil masa . Lama saya sudah maafkan dia , sebelum dia memohon maaf lagi . Saya tahu dia manusia biasa , melakukan kesilapan seperti saya juga . Lalu siapa saya untuk mendera dia terus dihimpit rasa bersalah ? bagaimana jika saya berada ditempatnya ? dia cuma keliru dengan perasaannya waktu itu , dia kecundang dengan rasa yang dia ada hingga lupa pada siapa yang sepatutnya . Saya sudah maafkan dia !

Tapi untuk kembali seperti dulu , tentu ia akan mengambil sedikit masa . Saya sudah membalas mesejnya , menyatakan kemaafan agar dia tidak terus rasa tertekan dengan 'cerita lama' itu .

Allah tentu ada sebab . Pepatah orang putih kata "every cloud has a silver lining" . Kalau tak kerana 'insiden' itu , tentu saya tidak bertemu suami saya sekarang . Tentu saya akan terus bercinta dengan orang yang salah . Allah punya sebab .

Buat dia ....'aku dah maafkan semuanya . Kalau mati menjemputmu dulu , aku dah maafkan semuanya . Dah halalkan semua . Dan kalau mati menjemputku dulu , aku harap , semuanya bersama mu dah langsai'