Saya di ajukan soalan ni
"kalau tak buat kerja sekarang ni ? boleh pilih kerja apa yang ko nak buat , apa kerja ko nak buat ?"
ni namanya soklan isi2 masa lapang sebab dah tak tahu nak sembang apa . Jujur aku pun tak tahu nak jawab apa . Aku nak jawab , aku suka kerja sekarang ni . Kekeke . Bunyi macam poyo ? tak adalah poyo sangat . Ni kira lahir dari hati tau . Tidak bermotifkan wang wangsung hehehe .
Nak jawab apa astronault ? huhuhu ...naik MAS ngan airasia pun aku siap baca doa tolak bala , lagi nak naik roket ....tak sempat naik , takut meninggal sakit jantung je .
Nak jadi doktor ? huhuhu . Aku ni takut darah . Takut injection , takut nak makan ubat . Jadi doktor apa aku boleh jadi ?
Jadi cikgu ? aku ni tak sabar orangnya , jadi utk mengurangkan bilangan murid kena baling kerusi , kena hentak pakai siku , kena hempuk pakai dagu , baik aku pk kerja lain .
Jadi lepas pk punya pk ...baik ler aku kerja apa yang aku kerja sekarang ni
OK ...kerja ni takder lah best sangat , takder lah nampak penting sangat . Kalau saya benti pun , Malaysia masih berjalan macam biasa . Najib Tun Razak insyaAllah masih perdana menteri , Anwar Ibrahim , insyaAllah , masih bukan Perdana Menteri , harga minyak insyaAllah takkan turun , KLCC insyaAllah takkan runtuh dan InsyaAllah , boss saya akan masih antara melayu terkaya Malaysia .
Cukup utk menampakkan kerja saya tidak begitu penting ? Hmmm .... suami saya kata "utk bekerja dengan baik , kita perlu untuk mencintai kerja kita" . Kalau kita tak cinta , macam mana nak bekerja dengan baikkan ?
Macam kita cintakan seseorang . Kan kita bertungkus lumus memenuhi setiap impian dia . Kan kita buat semua yang dia nak , tak buat apa yang dia suka dan macam2 lagi . Macam tu juga kerja .
Kompeni ni mungkin tak hebat mana . Tapi saya bersyukur saya disini . Saya pernah bekerja dengan sesuatu yang lebih teruk . Kerja banyak , gaji sikit , hati pun sakit . Boss sentiasa ada kat belakang utk cari salah kita . Hmmm malas nak cakap isu kaum !
Kalau nak cakap pasal hebeh rebeh kompeni ...kurang tak cukup nya kompeni ni ...sampai subuh esok pun tak habis . Saya berpendapat begini , kalau nak cari kerja lain ...biarlah pasti betul2 lebih baik . Kalau setakat kita pergi sebab nak padankan muka kompeni , padankan muka boss , kita silap besar , sbb pengganti kita pasti akan ditemui .
Kalau tiba masanya pergi , kita pergi ...tapi biarlah dengan cara yang disegani
Kesimpulan saya , masih sama ...saya suka disini , dan saya amat suka kerja saya ...hmmmm PC je saya kurang suka kekekekek . Tapi masih boleh menaip blog , masih boleh surf internet sampai pengsan ....so maksudnya "oklah kan" heheheheh
No comments:
Post a Comment