Thursday, December 30, 2010

Selamat Tahun Baru ....

Ada sehari lagi nak masuk tahun baru . Tapi update hari ni jelah , esok takut tak sempat . Kekekek. Selamat tahun baru untuk semua ... untuk diri aku jugak ..semoga azam baru tercapai hehehe .(ada ke? ke forward azam lama)

Esok cuti ....sbb mesia menang bola ... tima kasih ler skuad bolasepak mesia . Dapat ler aku berkemas umah aku yang dah macam kena landa todak tu . Dua tiga minggu ni mmg bz gila . Tak sempat nak berkemas .

Sibuk siapkan hantaran adik nak bertunang lagi . Pastu balik kg lagi . Macam2 acara lah . Tak tahu ler macam mana rupa rumah Najib Tun Razak kalo takder maid kekeke .

Sabtu nak bercuti ke Pangkor . Huhuhu . Isnin cuti lagi . Tak tahu lah best ke tak . Ada yang cakap best , ada yang tak . Tak kisahlah , yang penting tak kerja . Itu dah cukup best dah . Sebenarnya kerja aku ni takder lah tak best sangat , kalo dah tolak2 dengan perangai PC tua aku yang tahap muzium berhantu ni , mmg best sangat kerjaya aku ni kekeke . Aku sangat sukakannya mueheheheh (i ikhlas tau)

Cuma nak berehat . Tahun ni mmg takder dapat bercuti . Sebab tahun ni pindah umah baru dan duit dah banyak habis kat umah baru tu . Jadi nak ebrcuti pun sepoi2 bahasa je nih .

Ni pun harap esok maybank clear lah cheque aku tu . Kalo tak , nak modal apa aku p Pangkor ni kekeke . Laki aku tu gaji 1 hb . Tak kisahlah tsunami ke , petir berdentum ke , Israel letak parang kat leher pun , gaji tetap 1 hb hahaha . Jadi takleh nak harap gaji dia .

Kalo tak ...ada lah jugak beberapa duit tu kekeke .

Redho jelah .....

Pada semua , selamat bercuti , selamat tahun baru ...semoga tahun depan lebih cerah dan indah .

Ada kawan kata ayat ni "you are the best ..among the worse ..." kekeke

oklah lah ...dari the worse among the worse ...what a waste ! kekekeke

Piala Suzuki ...Malaysia Menang

Pertama nak cakap ..."tak sangka menang" hahaha . Bunyik memang macam keterlaluan . Tapi dinasti bolasepak Malaysia memang lah tak pernah sebaik ni . Kalau lawan , menang kalah memanjang . Sampai bekas PM , Pak Lah pernah cakap , lawan dengan negara yang berantakan berperang pun Malaysia boleh kalah . Padahal kerajaan sediakan macam2 kemudahan . Ranking jangan cakap lah ...sume tiga nombor je ...kalo ada 4 nombor , mmg pasukan mesia dah chop dah 4 nombor tu (macam nombor ekor pulak)

Tapi kali ni kita menang . Mungkin era kebangkitan semula bola sepak negara . Macam zaman Mokhtar Dahari (anak dia ni dulu belajar sama2 kat UPM , skang keje kat Bukit Jalil) .

Punyalah orang mesia suka . Dari pagi cakap pasal bola je . Kalau hari ni siti nurhaliza beranak pun orang tak ambil kisah dah . Sebab nak cerita pasal bola je . Punya hepi takleh cakap . Maklum ler , 14 tahun tunggu . PM Najib siap umum cuti lagi . Ni baru Piala Suzuki , kalau World Cup , mahunya dia umum cuti 30 hari . Hahhaa . Naya je .

Tuesday, December 28, 2010

Saya .... antara gemuk dan kurus

Sewaktu diuniversiti , saya mengalami 'zaman gemuk' yang sangat tak best . Menerima macam2 gelaran yang kdg2 bikin tensen kepala otak je . Saya cuba berdiet beberapa kali tapi gagal . Kawan2 lelaki pernah mengusik saya "ko ni tak payah ler naik bas ...guling2 je p dewan kuliah ...ko kan bulat je" hampagas tul hehehe

Suami saya pulak pernah kata "nasib baik masa kita jupe , honey dah kurus ..kalau gemuk , mungkin abg pk dua tiga kali" saya gelak . Sebab sekarang dia yang gemuk dan berhempas pulas nak kuruskan badan , bukan saya ! Itulah , ketulahan sebab mengata saya gemuk !

Sbb utamanya , mmg rajin sangat makan . Dulu duduk Kolej Pertama . Sesaper study UPM tahulah . Kolej ni namanya Kolej Mohd Rashid . Depan skali kalo kat UPM tu . Sepanjang masa mmg mewah makanan . Ada macam2 makanan jual kat depan kolej ni hehehe . Sampai tengah malam pun makan . Ada je makcik jual nasi lemak ler , mee goreng ler , sandwich ler , sebut je , semua ada . Macam poket doraemon . Sentiasa makan . Sampai dulu kawan kata perut aku ni dah nak kena overhaul sbb kapasiti dia dah melampau kekeke .

Sampailah satu masa , saya demam dan tak baik2 walaupun dah bagi ubat macam2 . Akhirnya doktor sarankan saya turunkan berat badan , mungkin hormon tak stabil sbb badan gemuk kekeke .

Saya makan ubat yang doktor bagi , selera makan berkurang , dan berat badan pun turun . Alhamdulillah , akhirnya saya kurus jugak . Kekeke

Sekarang dah lama tinggalkan zaman gemuk . Kawan2 yang jupe asek tanya benda sama "macam mana boleh kurus ?" susah nak cerita panjang sambil bagi testimonial dengan bahan bukti bertulis dengan gambarajah skali . Jadi selalunya mmg malas cerita . Kalau cerita pun takut dorang tak caya , ada je yang menuduh aku ni makan ubat kurus . Aku ni nak makan panadol pun tak berapa berani tau . Lagilah ubat kurus kekekek .

Orang kata saya kurus sangat . Ye ker ? husband saya kata ok je . Jadi saya ok lah . Doktor pun kata ok , kecuali tekanan darah saya yang rendah . Yang lain2 doktor kata ok , jadi apa masalah sangat kan ? heheheh

Orang kata jugak , kalau kurus sangat pun tak best , nanti takder benda nak pegang ....ye ker ? saya mempunyai beberapa kawan yang macam ni . Yang konon tak nak kurus sangat . Konon jelah . Tapi akhirnya dia sendiri mengaku tensen sebab tak boleh kurus , kurung diri dalam bilik sbb nak elak makan . Sihatkah macam tu ? At least saya tak perlu kurung diri dalam bilik utk elak makan . Dan saya jugak tak perlu berpura2 gembira dengan berat badan saya yg kononnya banyak isi dan syok dipegang tu tapi menderita sebab takleh nak kurus hehehe .

Saya pernah melaluinya . Pernah gemuk dan pernah rasa tertekan sbb macam2 buat tak jugak kurus (macam2 tu tak termasuk kurangkan makan !) hahaha .

Pendapat saya begini , tak kiralah gemuk atau kurus , yang penting sihat . Kalau dia gemuk dan dia sihat , tentu tak jadi masalah . Sesetengah orang kan secara genetik mmg gemuk walaupun kajian perubatan membuktikan baka gemuk yang diwarisi adalah dalam persen yang sangat rendah .

Dan kalau dia kurus dan sihat pun apa masalahnya ? kdg2 kita je kata kalau kurus sangat tak cantik . Tapi hakikatnya yang kurus tu jugaklah jadi pujaan . Tengok je Nasha Aziz , ingat kalau Nasha Aziz tu badan dia macam Dina Malaysian Idol , orang teringin ke ?

Utk yang gemuk , atau yang kurus .... amalkan gaya hidup sihat . Apa guna kalau badan berisi tapi tak sihat dan apa guna kalau badan kurus tapi sakit . Saya sihat dan saya suka dengan diri saya sekarang ....apa masalah nya ?

Senyum .....

Masa zaman sekolah , sampai lah ke uni , aku ni kira golongan yang suka senyum . Senyum sana sini . Tegur mmg taklah . Aku ni kan kategori berat mulut . Sebab tu kawan pun tak berapa kerat . Tapi kalo senyum mmg rajin , sampai kawan2 kata aku ni speses 'senyum bersepah2' . Hahaha . Nak buat macam mana , dah terbiasa .

kdg2 bila aku senyum kat org , kawan2 tanya "ko kenal ke ?" aku jawab lah ..."tak pun ..." tapi senyum . Yelah , takkan nak tarik muka pulak kan ? macam tak kena mengena je .

Tapi masa berubah . Saya tak pasti kalau saya turut berubah . Pagi tadi masuk perkarangan office , saya di sapa salah seorang guard kat lobi .

"morning ...."

saya tengok muka dia . Kosong . Bukan apa , sbb masa tu tgh pk benda lain . Hehehe .

Dia kata balik ...

"senyum lah sikit dik , pagi2 hari ni" aku pun terus senyum . Terus pk kat kepala
"eh aku tarik muka ke tadi ?"

Tak perasan sama ada aku senyum ke tak . Yelah , kita mana nampak muka kita sendiri . Muka orang kita nampaklah kan ? kecuali kita bercermin . Takkan aku nak tgk cermin 24 jam . Karang dikatanya aku 'mabuk cermin' plak kekeke .

Teguran pak guard tu sebabkan aku terfikir , selama ni aku dah kurang senyum ke ? mana pergi senyum aku yg bersepah2 tu ? ke dah habis dah sebab dah terbazir sebelum ni ?

Atau , sebab pagi tadi aku masuk office dengan barang banyak . Kawan kirim , berat .... (gila berat sampai aku takleh nak senyum ) hahaha macam ler angkat balak 7 tan .

Entahlah . Saya harap tak menerima teguran serupa pada masa akan datang . Sebab saya tak suka muka orang masam , saya harap saya tak buat muka masam yang sama .

Jadi ... JANGAN LUPA SENYUM ....senyum tu kan sedekah ...

Thursday, December 23, 2010

Islamnya Kerana Cinta

Beberapa tahun lalu , saya telah memilih seorang lelaki bukan berbangsa melayu sebagai suami . Bukan tak nak kat melayu , melayu yang tak nak kat saya . Hahaha . Kalau ikut pun , dari dolu2 , tak pernah pun ada pakwe melayu ni . Pernah ler nak ada , tapi kawan dah sambar dulu . Jadi tutup kes , saya redha jelah . Hahaha . Bak kata Wati kawan baik saya dulu "dia tak cukup hensem utk ko" muehehehe (ayat nak bagi senang hati je tu ...walaupun , mmg tak hensem) kekeke

Masa kat uni dulu , masa saya kenal bf saya ni pun ramai kawan2 tak suka , ramai yang tak setuju dan antara ayat yang saya ingat sampai hari ni ...

"dah takder melayu sangat sampai kapir ko nak buat laki?" hehehe . Sungguh sopan ayat dia . Tapi masa tu saya dalam mode malas nak layan . Kalo ada mood nak layan , saya pun nak jawab "kalo ada pakwe melayu pun , masa smyg jumaat dating dalam TGV , takder makna jugak ..."

Ada jugak yang melarang dengan nada concern "ko dah habis pk ke ?" hahaha . Saya tahu dia tak setuju , tapi yelah nama pun kawan . Saling ingat mengingat . Masa tu dalam hati gelaklah jugak , yelah ...macam ler confirm kawen dengan yang tu . Jalan jauh lagi apa .

Tapi kalo dah jodoh , kawen juga . Bila saya kawen . Soalan dah bertukar . Tu masuk islam sebab nak kawen ke ? soalan skeptikal ni saya selalu sangat terima . Mula2 dulu nak marah jugak , tak suka jugak . Tapi bila dah lama2 , dah imun . Dah tak rasa apa dah . Macam rasa makan nasi je . Hari2 pun boleh , kalau takder baru nak tanya2 apsal takder hehehe . Macam nak paksa je suruh tanya . Hahaha .

Soalan saya , salahkah kalau benar dia masuk islam kerana cintanya ? kerana dia nak kawen ?

Penyebaran agama islam melalui perkahwinan sudah berlaku sejak zaman nabi lagi . Nabi tak larang pun , maknanya boleh lah kan ? kalau tak boleh , nabi dah larang . Tapi tak . Kenapa kita pulak yang sibuk2 nak persoal ikhlas atau tidaknya seseorang itu masuk islam ? adakah keja kita ? bukankah kerja kita tu berdakwah .

Berapa ramai kita dah islamkan ? ada dua tiga juta ? nak islamkan orang ni bukan kerja senang . Jadi kalau orang lain dah dapat islamkan seseorang tu , apa salahnya bagi support ? tolong bantu mana yang boleh . Kalau tak boleh bantu , takyah tolong susahkan orang pun dah cukup baik dah Duduk diam2 , jangan kondem banyak sangat . Dalam kubur nanti kalau Allah tanya apa kita dah buat untuk islam , apa kita nak jawab ? adakah kondem orang masuk islam sebab cinta tu dikira sebagai sumbangan pada agama ?

Dari pengamatan saya , sepanjang proses ini , rakan2 yang mengatakan diri mereka tak banyak ilmu agamalah yang banyak membantu . Menolong mana yang boleh . Tak pernah nak persoal . Tak pernah kata tidak bila perlukan bantuan . Maklum lah masa tu baru2 lagi keje . Mana ler ada duit . Kereta jauh sekali . Hantar bersunat pun naik motor honda buruk . Balik bersunat siap boleh singgah kedai mamak dulu , makan2 , abru balik rumah kekeke .

Yang mengaku tinggi ilmu agamanya ? yang dah naik haji sebelum umur 20 ? yang pangkah parti lambang bulan tu ? emmmmm ...jawab camtu jelah , malas nak sebut perkataan tu . Harap serban je besar bakul durian ....[harap faham , saya tidak menghina sunnah ... cuma menerangkan imej islamnya tak seiring cara islamnya]

Salahkah dia masuk islam kerana cinta kalau sesudah islamnya dia jadi umat islam yang baik ? tak tinggal sembahyang , rajin belajar agama , minat dengan ceramah agama , ada ustaz idola . Salahkah ?

Saya selalu menerangkan begini . Islamnya dia , kerana hidayah Allah . Tak kiralah macam mana tergolek dog pun dia jatuh cinta dengan melayu , kalau Allah tak bagi hidayah pada dia , maka tidak islam lah dia . Suami saya dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang pada ajaran kristian , seorang yang tidak lekang dengan bible , tidak pernah tinggal smyg di gereja malah dikata2 sebagai bakal orang kuat gereja seperti ayahnya juga . Dia pernah berkata kepada saya "tak ada siapa boleh larang saya ke gereja selagi saya masih penganut kristian" . Lalu sewaktu dia dah jadi 'couple' saya pun dia masih ke gereja . Tapi dia tak ganggu pegangan saya . Tak pernah cuba berdakwah pada saya tentang agamanya . Saya menghormati agama dia selagi dia menghormati agama saya .

Konsepnya sama seperti mati . Seseorang tu tak mati sebab kena langgar lori , bukan juga sebab jatuh bangunan , bukan sebab sakit kanser . Tapi dia mati sebab ajalnya dah sampai . lori , bangunan semua tu jadi sebab je . Kalau ajalnya tak sampai , tertimbul ais kat kutub utara pun takkan mati !

Jadi takyah lah sibuk2 nak buat kerja Allah , kita buat kerja kita sudah lah . Pemikiran skeptikal ni susah nak ubah ...kecuali dia sendiri nak ubah . Semoga diberi hidayah . Syukur kita ni lahir sebagai Islam . Kalau kita lahir kapir .... entah macam mana .

Saya selalu berfikir begini , Allah memilih saya untuk membawa dia , suami saya .
Meniti diatas jambtan yg kuat,berlari dipadang yg luas,berenang dilaut yg tenang,itu tidak menjadikan kita seorang yg hebat dalam bidang itu,cuba kita meniti di jambtan yg goyang,berlari diatas lumpur dan lopak air,berenang dilautan yg bergelora ombak,pasti menjadikan kita seorang yg tabah,kuat n hebat

Saya menerima ayat ini dari seorang teman . Saat saya rasa saya sudah tidak kuat utk bangun kembali . Saat saya rasa hampir putus asa , takut untuk mencuba lagi dan saya rasa hilang perhatian dari yang diAtas sana .

Saya tahu , itu bisikan syaitan . Mana mungkin yang diAtas sana lupa pada hambanya . Mana mungkin . Kalau saya yang lupa padaNya , barangkali ye .

"sabar , Allah sedang menduga"

itu ayat yang saya pernah beri pada dia . Saat dia tak mahu bangun lagi dan meratapi hidupnya . Dan hari ini dia sudah kembali berdiri dan berlari . Seperti yang saya pernah lakukan dia . Dulu dia kata mahu sekuat saya , sehebat saya dan seyakin saya . Tapi hari ini , 'ikonnya' itu sudah separuh putus asa .

Tak pernah jatuh itu tak hebat . Kalau tak jatuh , tak tahu macam mana nak bangun . Orang yang saban harinya penuh dengan liku pasti akan lebih segak melangkah , lebih yakin , berani dan tabah berbanding orang yang jalannya lurus dan terus . Dia tentu akan mudah
berputus asa walau ujiannya tak seberapa .

Sabar , hari ini langit kita mendung . Mentari ditempat lain . Esok lusa , mentari itu pasti singgah ke sini .

Bangun , dan yakinlah ...Allah akan selalu ada disitu . Melihat , mendengar dan membantu .

Suami saya selalu berkata "honey kan kiut ...orang kiut mesti kuat" hehehe . Saya menangis waktu saya menulis . Ayat tu , saya yang selalu kata . Saya selalu kata pada dia , "honey kiut ..." hahaha . Dia ulang ayat saya . Dia kata Allah sayang saya , sebab tu jalan saya seperit ini .

Entahlah . Saya berpaut pada mereka . Jangan mereka rebah , nanti pada siapa lagi boleh saya harap ?



Tuesday, December 21, 2010

Mengadu Domba

Saya dihubungi oleh seorang kawan ... saya katakan dia A je . 'A' ni kawan baik saya sejak sekian lama . Jadi dah nama nya kawan baik maka saya kata lah dia baik . Takkan saya nak baik dengan orang jahat pulak kan ? kalo setakat kurang baik dia yg sket2 tu ...tutup mata jelah . Saya pun bukan baik sangat hehehe . Boleh je dia tutup mata . Bukan salah besar pun . Bukan bunuh orang , rogol orang ke ....jadi masih boleh kalo nak tutup mata .

Lepas bersembang2 macam selalu , dia pun tanya "ko ada kol B ?" . B ni pun kawan baik saya jugak . Saya pun jawab jelah ..."ada" ...kalo saya tak kol B , B kol saya . Nama pun kawan kan .

Dia kata lagi ..."ko nih hati2 sikit dengan B tu ..dia tu bla bla bla" saya dah mula rimas . mode seronok cerita tadi dah tukar mode menyampah . Bukan menyampah ngan dia . Tapi menyampah dengan perangai suka adu domba ni . Saya tahu A dengan B ni ada 'kisah silam' . Saya paham kalo dia tak suka dengan B . Saya paham kalo dia sakit hati dengan B walaupun saya dan kawan2 dah buat macam2 nak bagi dua orang ni berbaik . Tapi janganlah babitkan saya .

Saya tak cakap apa2 kat dia . Sbab kalo saya cakap pun , saya tahu dia takkan terima . Karang dia kata saya sebelahkan B pulak . Dua2 ni kawan saya . Tak naklah nampak sebelahkan A atau sebelahkan B ...

Saya cuma tukar tajuk bila dia dah mula masuk jarum . Macam tu lah saya buat setiap kali dia dah mulakan scene adu domba ni .

Buat A ...sudah2 ler . Aku faham rasa sakit hati tu , tapi sampai bila ? teruskan hidup . Kalau tak boleh terima pun , biarkan dia lalui kehidupan dia . Kita teruskan kehidupan kita .

B tak pernah citer yang tak elok pasal A pun ... jadi sudah2 ler . Jangan babitkan aku pulak . Kalau rasa nak aku bergaduh dengan B , tak kawan B ....mmg tak . Aku tak nak sebelahkan sesiapa . Sebagai kawan , aku dah buat apa yang aku patut buat . Aku pun pernah sakit hati kat orang . Aku paham , aku pernah dilukakan ..aku paham . Tapi jangan buang masa nak curah garam dalam luka tu . Diri sendiri yang sakit ... jalan masih jauh .... kalau panjang umur , esok kita masih perlukan kehidupan ... jangan rosakkan masa depan sendiri .

Aku sayang dua2 nya ... dan aku tak nak kehilangan kedua2 nya ....

Penantian Suatu Penyeksaan

Kebelakangan ni saya asek diajukan soalan yang sama

"bila novel baru nak kuar ni ?"

dan saya akan jawab dengan skema jawapan yang sama

"entah ...kata dah printing"

sambil buat muka malas nak jawab , bengang dan sakit hati menunggu lama . Saya tak tuju pada yang bertanya . Tapi tak juga tuju untuk editor , publisher atau sesiapa . Cuma mesej saya

'saya sangat tidak berbakat untuk kes2 yang memerlukan saya menunggu !'

Yang bertanya ni pun tak sabar nak free copy ....paham ..paham ...hehehe ....

Saya dah pun sms editor pagi2 hari tadi ... dengan bahasa begitu sopan saya tanya bila lagi nak dapat free copy ...dah tak sabar ni . Saya cakap terus terang je , memang dah tak sabar sangat dah pun hehehe .

Dia pun jawab "saya cuti seminggu..selasa depan saya uruskan semuanya"

saya pun kata "ok ..and hepi holiday" dengan muka kuciwanya hahaha . Maknanya saya perlu menunggu seminggu lagi . Gitu gini jadi dua minggu ...entah bila . Buku tu janjinya nak kuar tahun ni . Yang tu malas lah nak ungkit .

Tunggu jelah minggu depan . Advance royalti lagilah jangan cerita , tak tahu musim akademi fantasia ke berapa baru nak masuk . Patutlah penulis mesia ni ada yang sampai jatuh muflis kekekek .

Apapun , saya memang tidak berbakat langsung dalam hal2 menunggu . Betul kata orang , penantian suatu penyeksaan ....

Thursday, December 16, 2010

Cukup Positifkah Saya ?

Sebut memang senang . Buat ? kalo nak seribu daya , kalo tak nak seribu dalih . Jadi terus hilang daya , terus tak beralih2 ...kat situ jelah . Takder kemajuan . Takder masa depan ..masa ke belakang je . Hahaha .

Seorang teman pernah berkata "nama aku ni takder makna , sebab tu lah hidup aku tak bermakna" . Dia berkata dengan nada kecewa . Saya faham perasaannya . Kami sangat rapat , jadi saya tahu . Kalau tak banyak , saya faham sedikit kekecewaan dia . Lepasan ijazah universiti tapi dapat kerja tak berbaloi dengan yang dia ada . Susah payahnya dia masa kat uni dulu dia rasa tak berbaloi . Saya faham .

Dan saya tahu , kdg2 dia cemburukan saya . Bukan cemburu jahat . Cemburu baik . Mungkin sebab dia nampak apa yang saya usahakan membuahkan hasil yang lebih baik . Saya menulis suka2 , akhirnya manuskrip saya terjual . Saya jahit baju suka2 , akhirnya jadi sumber pendapatan sampingan . Sedang dia buat macam2 ...tapi takder hasil . Saya ajar dia buat kek , bolehlah dia tambah pendapatan sikit2 ....tapi yang jadi , kawan2 opis asek suh buat kek nak makan free . Hehehe . Tak membantu bangsa tul lah kawan2 opis dia tu hehehe .

Banyak yang dia rungutkan . Satu hari saya berkata pada dia .

"aku lebih kat sini ..kau lebih kat sana ...."

dia mengeluh juga . Dia tanya pada saya , apa lebihnya dia ? (at least ko lebih tinggi lah dari aku ..aku kan paras bahu ko je) hahahahah

saya pun jawab "ko lebih anak ...ada 3 dah tu ...aku sorang pun belum ada ...takper lah ..bahagian kita masing2"

Dia diam . Saya harap dia faham . Saya harap dia boleh bertahan dan terus berusaha . Saya harap dia akan terus bersabar dengan kerenah anak yang nakal . Takperlah , orang kata anak yang nakal tu bijak . Ko kan supermom . Kalo tak supermom , takderlah ko masak laksam manual walaupun anak 3 , nakal2 camtu sedangkan orang lain selalu kata ada anak susah nak masak . Hahaha .

Kdg2 , kita rasa orang lain lagi best dari kita . Kita lupa nak pandang benda yang best2 pada diri kita sebab hari2 asek nak merungut apa yang kita takder . Lupa nak ingat apa yang kita ada . Mata , tangan , kaki ...kan susah kalo takder .

Ingat kalo takder mata boleh tgk tv citer Seribu Kali Cinta ke ? Ingat kalo takder jari boleh taip blog ? Kalo takder tangan boleh bawak kete ? tu pun nikmat kan ? tapi dah selalu dapat ...tak perasan . Dah hilang kang baru tahu . Heheheh . Harap2 tidak lah .

Kdg2 saya pun sama . Jadi negatif pada satu2 masa . Sia2 je baca buku motivasi berkepuk2 . Sampai penuh stor dengan buku motovasi , Tuah Iskandar lah , Fazilah Kamsah lah ...dengan entah saper2 lagi tu . Buat bazir idea dorang je . Hehehe

Saya tak tahu positif mana diri saya . Tapi saya mengaku , kadang2 saya jadi begitu negatif sehingga saya berjaya pujuk diri sendiri . Saya berusaha untuk sepositif yang mungkin . Saya pernah lebih teruk dari ini dan saya mampu bangkit dan berlari semula . Jadi kenapa saya perlu memandang rendah pada diri sendiri ?

yelah ..saya mmg ler rendah ...148cm je , badan kecik je .... tapi jiwa saya besar , hati saya besar , cita2 saya besar ..... sampai suami pun saya dapat yang BESAR ...apa lagi yang saya tak percaya ? hahahahah

Wednesday, December 15, 2010

Tahun Baru , Cerita Lama

Diam tak diam , tahun 2010 dah nak sampai hujung . 2011 dah nak datang tak berapa hari lagi . Cepatnya masa berlalu . Kata orang , makin dekat kiamat , makin cepat masa berlalu . Huhuhu . Sekarang ni memang cepat masa berlalu . Rasanya baru semalam isnin , tiba2 dah jumaat . Tapi nak melepaskan isnin tu punyalah perit . Rasanya kalo boleh pilih , mmg tak nak hari isnin . Nak masuk hujung minggu je terus jumaat . Terus cuti sabtu ahad . Hahaha . Ni undang2 negara mana entah . Tak produktif langsung ! mahu bankrup mesia nanti .

Ada azam baru ? aku ni mmg tak kosa sangat nak berazam2 . Bukan apa ....azam je lebih . Buatnya tak . Buat naya kat pakcik Azam je hehehe . Tapi orang kata , eloklah ada azam , bukak lembaran baru . Jadi kadang2 tu aku ada jugak ler azam sket2 (tak termasuk azam nak melunaskan azam tahun sebelumnya) ni kira azam paling selalulah ni . Hahahha

2010 dulu , azam aku nak simpan duit byk2 . Kalo nak kira , aku ni takder lah kuat soping sangat . Kadang2 je beli benda merepek2 ni . Hehehe . Mood soping aku tu jarang2 sangat nak jadik . Sebab aku ni kategori kedekut jugak . Termasuk nak beli barang sendiri . Lagilah kalo rege ratus2 , ribu2 , mmg aku pk dua tiga ribu kali nak beli . Akhirnya tak jadik beli . Hehehe .

Azam nak simpan duit banyak tu , tak adalah banyak sangat . Tapi banyak sket lah dari tahun sebelumnya . Kira berjaya juga aku tunaikan azam aku .

Azam 2011 ? entah ....tak sempat nak pk . Nak kurang mengumpat ? ish2 ...macam payah je nak buat . Macam 'karam' je azam tu nanti . Nak kurangkan tahap kepedasan mulut ? pun payah ni . Habis kalo asek kena cili je dengan orang , takkan tak nak balas balik . Payah gak tu . Aku ni kan speses telinga nipis jugak . Hehehe . Takleh2 ...mana best jadik sopan santun sangat . Jadi ala2 suci murni pemeringkatan dua kali ..macam minyak masak tu . Tak best ...tak thrill langsung hahahaha

Jadi sampai hujung coretan ni ...saya masih tak dapat nak tentukan azam baru . Nanti akan saya pk kan . Apa azam baru anda ?

Monday, December 13, 2010

Si Lancang Kuning

Bercerita dengan kawan kisah seorang bermulut lancang . Tahu lancang ? bukan lancang kuning hehehe . Tu citer P Ramlee . Kalau kat Johor , lancang ni kiranya macam mulut lepas ler , mulut pedas , cakap ikut suka hati nenek tiri dia je hehehe . Tu kira mulut lancang lah tu . Tak tahu ler negeri lain guna perkataan sama ke tidak .

Jadi adalah seorang manusia bermulut lancang ni , aku ni antara manusia yang terpilih ler , selalu menerima 'impak maksima' dari kelancangan mulut dia tu . Kadang2 aku rajin je membalas dengan kelancangan jugak . Tapi kdg2 tu malas nak layan . Nak 'menyebis' orang pun ikut mood jugak . Hahaha . Kdg2 takder mood , sebab tgh mood baik . Kekeke .

Tadi pun meluahkan rasa diatas 'kisah2' kelancangan yang kami2 terima . Kira ala2 kisah benar ler , cuma Kisah Benar ni tak masuk TV . Hahaha .

Manusia lancang ni , mmg ada kat mana2 . Alah , aku pun kdg2 lancang jugak kekeke . Nak jupe yang tak lancang ni mmg payah sangat . Rasanya dua tiga persen je kot . Tu pun dah tambah ngan makhluk bisu skali . Kalo tolak yang bisu , lagi kurang persen tu .

Cuma yang tak best tu , bila dia lancang kat orang ...boleh plak . Tapi bila kena batang hidung sendiri , pandai marah .

Lancang ke camtu ? apa plak ...tu kira baru 36 degree tu ..... rendah apa .... kalo demam , p klinik , mmg doktor tak kasik MC pun . Dia tu kadang2 serbis ...sampai 40 degree .... tu bukan dapat MC lagi tu . Kalo tak dirawat boleh mendatangkan kecacatan otak . Hehehe

Seorang kawan lagi kata "Kawan ko si A tu , mulut boleh tahan ....." (kawan saya namanya Shuzila-bukan nama sebenar kekekekek , yang A tu plak kawan saya dari opis lama dulu ...)

aku pun balas "yelah ...asek kita je kena , mana tahan .... sesekali , nak juga mengenakan" wakakakakak

Tapi harap maklum ...citer Si Lancang Kuning kat atas tu ...bukan citer Shuzila kawan saya ...citer dia part bawah je ... kekekeke

Nama2 lain dirahsiakan ....mueheheheheh

Friday, December 10, 2010

Gumbira rasa di hati ....hehehe

Siap nyanyi2 tu ..betapa punya gumbira .

Gembira pertama , macam biasa sebab hari ni jumaat ...esok cuti ....hehehe biasalah , kalo jumaat mmg hepi semacam je . Cuba kalo isnin , segala sakit nak datang ..dari atas kepala sampai hujung kaki , sampai boleh jadik kompius nak kasik ubat kat mana ...kepala ke , kaki ke hehehe

Gembira kedua , tadi sajer je gatal2 cek akaun ...cewah2 ...ada floating cheque .... royalti lah tu . Saper lagi nak masukkan duit dalam akaun aku ni . Kalau tolak duit , mmg selalu ler . Ada je bendanya hahahah . Tapi taklah banyak sangat , takderlah juta2 macam selalu (ha! nipulah sangat , mana pernah dapat royalti juta2) hahahaha

Sebenarnya tengah tunggu advance royalti buku baru . Tup2 , royalti buku lama plak menjengah . Patutlah malam tadi mimpi ikan . Kan orang kata kalo mimpi ikan nak dapat rezeki . Ha! toksah nak percaya sangat , kang jadi khurafat plak . Entah2 kebetulan je , dah siangnya tu aku tgk ikan , malam termimpi ikan heheheh . Kang korang percaya , aku plak dapat saham dosa sebab menyesatkan korang hehehe

Kalo cheque tu floating sehari , esok ada tak ? esok sabtu . Harap ada ler . Heheheh , bleh aku berpoya2 extra sket . Kekekek . Eh! bukan azam tahun baru aku nak kurang berpoya2 ke ? nak simpan duit banyak2 ? nama pun azam baru . Kan masih tahun lama ...ada beberapa minggu lagi . (alasan lah tu )

Lagipun mmg nak p Alamanda minggu ni , nak belikan set teko yang mak aku nak sangat tu . Hari tu kan raya haji dia datang KL , nampak set teko tu . Terlupa nak beli bila dah pusing2 kat Alamanda tu .

Tapi ..tempahan baju tengah melambak kat umah tu . Semua nak pakai sebelum tahun baru . Huhuhuh . Pelanggan2 setia lak tu . Oh Ya! ada seorang pelanggan cerewet hantar tempah baju , tapi aku dengan muka toya kata "tak amik lah kak skang ni ...banyak tempahan" hehehe sesungguhnya ayat aku tu tipu kekeke . Sorry ler kalao cerewet sangat , tempah jelah kat orang lain , anggap je bukan rezeki saya kekekeke . Kalo komplen sket2 , ok jer ...selalu je .... Tapi kalo melampau2 tu ...tak kosa mak nyah heheheheh

Bukan musim raya , banyak mananya . Aku sebenarnya malas nak amik baju dia lagi sebab dia cerewet sangat . Kang sebulan aku mengerjakan baju dia je , tak sempat buat keje lain . Dah ler aku dah kumpul resipi banyak ni . Aku bajet2 habis jahit karang nak buat hehehe . Sebenarnya nak buat awal bulan hari tu lagi . Nak buat macam mana , tiba2 je orang hantar baju banyak ..musim kenduri kawen.

Cakap pasal kenduri kawen dan baju baru , januari 1st ni nak p Perak meminangkan adik aku . Aku lom ada baju lagi . Takperlah kalo tak sempat . Aku pun banyak baju yang baru pakai sekali dua je . Kebaya pun banyak , tu mmg aku tak pakai p keje pun . Tak masuk kebaya ketat hitam aku tu . Hahaha . Mak aku mesti gelak kalo tahu . Hari tu nak sangat buat ketat2 ikut badan , perasan kurus . Skang dah takleh butang . Baru dua tiga kali je pakai . Hampagas tul . Tapi aku mmg kurus apa ...hahahaha

Monday, December 6, 2010

Saya membaca untuk menulis

'Bacalah 100 buku , utk menulis sebuah buku' , dulu saya agak skeptikal juga dengan perumpamaan ni . Sbb saya berpendapat , membaca buku orang lain akan mempengaruhi gaya penulisan kita . Tapi itu dulu , setelah sekian lama menulis , baru saya tahu mengapa kita perlu membaca untuk menulis dengan baik . (taklah kata aku ni menulis baik sangat ...tp kalo ada imprvement sket2 tu kira baik jugak ler kan) kekekekek

Saya sejak kecil memang dah dibiasakan dengan buku , dah biasa membaca dan saya boleh jadi khayal kalau ada buku . Saya memang minat menulis dari sekolah . Dulu kalau ada pertandingan tulis sajak , puisi , mesti nak masuk . Selalu menang . Bila dah habis sekolah , ada pertandingan tulis sajak , masuk juga , guna nama adik , pun menang kekekeke .

cikgu sastera saya (cikgu Isa Mat Shah -Arwah) pernah memuji hasil tulisan saya . Sayang , sewaktu saya berada disini untuk berkongsi kisah , dia sudah tiada . Dia meninggal kerana luekimia beberapa tahun lalu .

Setiap kali ke kedai buku , saya akan membeli beberapa keping buku . Novel dan paling saya suka buku motivasi (kebanyakkannya Tuah Iskandar) dan buku2 tema berlainan . Penting untuk tahu banyak benda untuk menulis banyak benda . Sebab kita tak menulis hanya benda yang kita biasa . Kadnag-kadang kena tulis benda yang kita tak pernah pun buat . Jadi kita perlu tahu benda tu dengan betul . Karang salah tulis , lain pulak ceritanya hehehe

Saya selalu menerima soalan ini "dari mana dapat idea menulis?" dan sampai sekarang saya masih tak boleh menjawab soalan ni dengan baik . Ya , saya menulis kebanyakkan kisah2 yg saya lalui . Saya tokok tambah nak bagi nampak dramatik . Kalo statik je dah macam siri kisah benar pulak kan hehehe . Yang mana tak patut saya cerita , saya takkan ceritakan . Saya percaya setiap orang ada sesuatu untuk dirahsiakan . Bukan artis je nak main 'biarlah rahsia' tau . Hehehe

Orang selalu juga tanya "knp hero dalam novel mesti hensem ? dan heroinnya mesti cun ?" saya mesti gelak dulu sebelum jawab . Kalau hero tak hensem , heroin tak cun ... berapa orang minat nak baca kisah seterusnya ? Susahlah saya nak menulis kalau macam ni .

Novel ada lah satu perjalanan yang kita cipta . Dan kalau manusia yg cipta , mesti nak bagi yg indah2 je . Macamlah yang tak indah yang Allah ciptakan tu takder kebaikan , itu lemahnya manusia .

Friday, December 3, 2010

Ini ..kelemahan saya

Semua org ada kelemahan , aku pun ada kelemahan jugak . Apa ? salah satunya ,
'tak boleh baca map!'
ini mmg masalah besar dari dulu sampai skang . Dulu sekolah tak amik geografi sebab amik paper Tasawur Islam ganti paper tu . Masa PMR amik geografi . Tapi mmg kalo bab 'lajur dan baris' bagai tu ...mmg aku berlanjur ler ...bukan reti sangat . hehehe . Kalo bab Thailand ada tanam apa ... apa penyumbang ekonomi Indonesia , tanaman ruji Malaysia[tanaman ruji , bukan rugi] , boleh ler aku jawab . Hehehe .

Tadi sembang2 dengan kawan tanya rumah kat mana , lalu jalan mana . Sungguh aku mmg tak reti nak jawab . Aku tahu hari2 suamiku-Si Montel akan 'collect' aku kat opis dan hantar sampai tangga rumah . Lepas tu aku pandai ler naik tangga carik rumah aku (takkan tu pun tak tahu , ni dah kategori nyanyuk) hehehe

Kalo bab naik2 kenderaan awam ni , habis2 aku terror pun .... LRT Ampang Park sampai Pasar Seni je . Sebab ada ler banyak kali jugak naik kalo time2 Si Montel balik lambat , aku malas nak tunggu kat office . Jadi aku datang opis dia , takyah dia patah balik amik aku .

Tolonglah jangan tak percaya tentang ketidakbolehan saya mengingat jalan dan membaca map . Memang tak boleh . Dah try banyak kali (sesat pun dah banyak kali) Si Montel mmg takkan percaya kalo aku yg baca map kalo nak kemana2 . Karang sejam nak sampai , boleh jadi 3 jam campur dua jam lagi nak patah balik ke jalan yg benar . Hahahha

Si Montel kata "kajian menunjukkan , adalah perkara biasa bagi perempuan , tidak tahu membaca map" ...emmm ye ker ....kawan2 aku boleh je baca . Ini masalah gender ke ? . Ni beberapa negara , disediakan 'map terbalik' . Untuk apa ? map terbalik ni , disediakan utk golongan perempuan sebab perempuan didapati boleh mencari jalan benar dengan map terbalik . Tapi akans esat kalau guna map tak terbalik (emmmm ... pompan mmg komplicated) hahaha

Macam "perkara terakhir yang lelaki akan buat ialah-BERTANYA" . Ingat kalo sesat jalan , lelaki nak ke pergi2 tanya org ? kecuali dah sesat jauh sangat dan meter minyak tu dah nak kaler merah . Baru nak tanya . Kalau aku ler ...kan paling senang tu ...tanya jelah ...

Itu kelemahan saya ..kelemahan anda ? ada orang kelemahan dia ialah shopping . Aku kurang minat sket . Sekali skala ok . Tapi kalo beria2 nak shopping mmg tak lah . Aku kan kategori sayang duit nak beli barang . Mak aku ler kata . Hehehe . Entah menurun perangai saper ntah .

Ada orang kelemahannya ialah makan - macam suami saya . Kekekeke

Ok apa ..semua manusia mmg ada kelemahan . Kelemahan tu penting juga . Kalau kita terror semua ... susah ler cikgu2 nak cari makan , susah ler taukeh GPS , susah ler org2 tertentu nak jadi HERO tunjukkan jalan hehehehe

Thursday, December 2, 2010

2 Kali Kalut

Kalut nombor 1

Saya telah kehilangan 'barang berharga' saya . Adui , sampai sekarang takleh nak pk ni macam mana boleh hilang . Heheheh . Masih mode "aku tak percaya" . Benda tu bukan lah emas , perak ke . Tapi kalo nak nilai , 'benda' tu lagi mahal . Macam mana kalau orang jumpa ? adui , malu gila nak mengaku ni . Puas gila pusing2 carik 'benda' tu tapi masih tak jumpa . Dua tempat je kalau ada pun , toilet dengan pantry sebab tu lokasi terakhir saya pergi sebelum saya pasti saya dah kehilangan benda tu . Tapi dua2 tempat tu takder ! apa kemungkinan yang ada ?

1-terflush dalam lubang jamban ? sbb masa tu ada p toilet . Tapi agak mustahil . Benda tu besar . Mampu ke nak masuk dalam lubang jamban . Lagipun saya mesti perasan kalo benda tu termasuk kat dalam lubang jamban .

2- ada orang amik ? huhuhu lagi mustahil . Makhluk manalah yang gila nak amik barang orang sampai barang tu pun nak diambil . Gila tak logik , gila terdesak .

Kemungkinan yang ada dan paling dekat saya boleh pk - makcik cleaner dah jumpa dan dah buang . Sebab dulu tertinggal sabun muka kat toilet , sepantas kilat makcik indon tu buang aku punya pencuci muka . Gila efisyen !

Harap takder lah orang jumpa barang tu . Barang tu satu hal . Barang tu plak aku letak dalam tote beg kaler hijau yang comel yg memang aku sayang . Aku ni kan 'green mania' sume yang kaler hijau mmg aku sayang gila . Laki aku pun kata aku obses dengan kaler hijau . Beli apa2 , mesti kaler hijau dulu . Kalau takder baru pk kaler lain . Nasib naik aku tak pilih laki kaler hijau . Kalu tak ..dapat ler mak aku menantu monster ink ...alah makhluk yang kuar dari paya tu ..dolu2 kan ada kartun tu . Kalau tak pun SHREK hahahhaa gila naya ....

Hai ..apa nak dikata ...

Kalut nombor 2

Masa nak smyg kt pantry , jupe kawan . Kitorang ni sembahyang kat bilik kecik tepi pantry tu je . Malas nak naik surau tingkat 19 sebab tunggu lif lagi lama dari smyg . Jadi malas . Semayang je kat situ . Selesa je pun .

Jadi masa lepas smyg , kawan ni kata

"akak ada muffin , nak rasa?" aku pun kata ok jelah . Aku ni malas nak byk2 cikadak sangat . Tapi dia kata plak .

"tapi dah expired" aku pun pk dalam hati . Ni apa lak brg dah expired nak bagi aku makan . Dan buat apa lak dia simpan brg expired ? cam pelik .

"mana dapat ?" aku tanya plak .

"ada masuk bisnes , dapat ler ..." kira cam sampel lah kot .

"tp dah expired ...tulis situ 26 december" muka selamba je dia cakap camtu .

aku balas balik ..."26 december ? hari ni kan baru 2 december..."

"oh ya ..." dia pandang aku sambil gelak2 ....

aduilah ..kot ye pun tak sabar nak krismas ...sabar ler ..aku yg berkeluarga mertua yg sambut krismas pun tak camtu hahahaha

Kisah Abah ...Part 1

Semua orang ada abah , tak kiralah abah ke , ayah ke , daddy ke , bapak ke ...apa2 yg sewaktu dengannya . Tak kisah masih ada atau dah pergi menyambut janji dengan penciptanya .

Hari ni saya nak cerita tentang 'abah saya' . Eh! macam karangan masa darjah dua je . hehehe

Abah saya ni , Amir Bin Wagiman (melayu campur Mexican tau) hehehhe . Abah orangnya tegas , tapi penyayang dan penuh dengan peraturan . Cuma tak macam kem tentera je . Dia seorang yang teratur . Semua benda mesti pada tempatnya . Saya ingat masa saya kecik dulu , kami adik beradik selalu salah letak barang . Sikat contohnya selalu ditemui di meja makan , dimeja belajar dan kdg2 di dapur . Abah mesti bising . Abah kata itu namanya 'salah laku' sebab sikat mesti ditempat sikat iaitu dimeja solek !

Abah skang dah umur 63 tahun . Tapi masih sihat . Tak ada penyakit apap2 pun setakat ni . Mungkin sbb abah memang suka sayur dan buah , kurang makan manis dan masin . Abah aktif orangnya . Dia memang tak boleh duduk diam . Ada je kerja dia nak buat . Kalo takder keje sangat pun dia pergi cari2 kayu bawah rumah , bertukang , pergi korek longkang bagi clear air jalan , atau apa2 je tapi dia memang takleh duduk diam .

Abah mmg mengamalkan dasar menuntut ilmu sampai ke akhir hayat . Sahut seruan kerajaan lah kiranya . Kekeke . Sebab dalam umur sekarang ni , abah masih begitu berminat belajar internet , komputer dan segala fungsinya . Mak saya kata kelmarin "abah dah daftar kelas komputer , bayar RM300" kekeke . Rasa bangga ada abah yang macam abah . Kalau abah orang lain , agaknya dah malas nak pk pasal komputer dengan internet pada usia tu . Tapi abah saya lain , semangatnya kuat , tinggi .

Saya dikatakan paling banyak mewarisi sifat abah , terutama kepala anginnya (masa muda lah ...) , suka lompat2 kerja ...emmm saya rasa saya dah buat 6 kerja setakat ni ehhehe . Kalau part nak mintak apa2 dari abah (kitorang sekeluarga panggil proses ni 'meracun') memang sayalah yang kena buat ....yang lain sambung proses 'meracun' tu . hehehhe

Apapun , abah memang abah paling best . Pada saya lah . Pada orang lain tentulah abah dorang yang paling best !

Wednesday, December 1, 2010

My New Novel - Jambatan Kasih


Hot from the oven-Jambatan Kasih . Tapi lom ada dipasaran pun hehehe . Cover ni editor bagi tgk je . Dalam bulan ni rasanya dah ada kot kat pasaran . Harap camtu ler .


Sebenarnya tajuk asal buku ni "Cinta Di Tabir Luka" . Tapi editor kata banyak sangat buku ..."cinta , cinta , cinta" . Jadi dia pun bagi cadangan Jambatan Kasih . Aku pun balas , "jambatan kasih pun jambatan kasih ler , jangan Jambatan Roboh sudah" hehehe . Sebab saya pun pada masa tu tak ada idea lain nak bagi kat tajuk novel ni . Jujur , dari hati stage paling susah bila buat novel ialah nak bagi tajuk . Tu pasal kadang2 tajuk merapu je kekeke .


Cover novel ni , mentang2 tajuk Jambatan Kasih , siap ada gambar jambatan lagi kekeke .


Kawan2 dah siap ada yg request free copy . Emmm ... akan dipertimbang . Tapi tak boleh ler semua dapat free copy . Belilah , tolong2 bisnes kawan . Kalau sume nak free copy ...lepas ni saya tak boleh ler jual buku lagi kekeke


so ....ni gambar .... utk tgk2 je ...sila beri sokongan kekekeke .


Hargai Apa Yang Anda Anda

Masa saya 'kecik' dulu2 (skang pun kecik lagi , mmg takleh besar dah) , saya sangat tidak suka bila orang kata saya kecik . Masa saya tadika , orang kata macam umur 4 tahun , masa darjah 3 , kata macam budak tadika , masa tingkatan satu , kata macam darjah 6 , hatta masa saya dah kat uni pun , kata saya macam budak sekolah menengah . So, teknikalnya , dalam ayat mudah dorang2 ni nak cakap 'tumbersaran saya agak lambat' hahahaha . Sungguh kurang sopan ayat dorang tu .

Saya memang sangat tidak suka , saya selalu tanya kenapa saya ni kecik , rendah dan kelihatan lebih kecil berbanding usia sebenar saya . Dan saya selalu ditanya soklan "mak dengan abah kau mmg kecik ke?" . Yang kalo boleh lempang mmg saya dah lempang hehehehe

Masa berlalu , sekarang saya dah 30 tahun ...teeetttt malas nak sebut umur . Tapi sebut jelah . Satu2 nya angka yang naik dan tak turun2 ni ...ialah umur . Hehehe dan tak kira samaada anda mengiranya atau tidak , dia akan tetap bergerak , jadi jangan buang masa . Biar dia bergerak dan kita terus bergerak ! Cewah , ayat macam apa je kekekeke .

Ulang ayat tadi , sekarang saya dah 30 tahun . Dalam usia ni baru saya sedar dan bersyukur di atas anugerah Allah ni (ingat Anwar Berahim je ke anugerah) hehehehe . Sebab dalam usia ni , orang masih kata saya macam budak sekolah , macam budak uni dan tak macam berusia 30 tahun . Saya masih dipanggil 'adik' ketika di tempat awam (oleh mereka2 yang tak kenal saya ) yelah takkan baru2 jupe kat bus stand nak tanya arah bas dia nak tanya saya lahir tahun berapa pulak kan ...macam tak logik je hehehe

Jadi waktu ini baru saya bersyukur mewarisi baka "comel" ibu dengan abah saya . Baru saya hargai 'anugerah' yang Allah beri pada saya yang waktu dulu saya tidak suka . Kalau ikut , adik beradik ibu saya yang 11 orang tu ...cuma ibu saya , kembar dia ngan pak uda je yang 'rendang' ni . Adik beradik dia yang lain tinggi2 sebab arwah nenek tinggi ....atuk je rendah hehehe .

Sebab jadik orang pendek ni banyak benda tak boleh buat . Tak boleh ambil barang yang tinggi2 ...masa sekolah dulu , nak tekan loceng bas pun tak sampai , nak padam papan hitam pun tak boleh sebab saya cuma boleh padan setengah papan hitam tu ...yang atas memang tak sampai . Saya perlukan kerusi utk capai tempat yang orang lain boleh gapai dengan tangan !

Solution ? saya telah memilih suami dengan ketinggian 178cm ....utk memastikan anak2 saya tidak mewarisi 148cm yang saya miliki .....wahahahahhaa

Apapun , saya bersyukur dan berterima kasih .... at least saya manusia normal ..belum masuk aktegori manusia kerdil . Sebab manusia kerdil adalah yang berketinggian 140cm ke bawah ...emmmm saya ada lebih 8cm utk mengelakkan status OKU kekekkeke