Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran ....

Diam tak diam , dalam dua hari saja lagi kita akan meraikan aidilfitri ...terasa baru semalam dengar pengumuman puasa ....dah nak dengar pengumuman raya . Macam mana puasa kali ni . Jangan lupa muhasabah . Semoga dapat yang lebih baik berbanding puasa-puasa lepas . Maklum ..puasa akan datang , belum tahu sempat atau tidak kita berjumpa .

Utk itu , selamat menyambut aidilfitri , maaf zahir dan batin . Terkasar bahasa , tersilap bicara , tertinggi suara ..sengaja tak sengaja ...ampun maaf saya pinta . Semoga bergembira di aidilfitri . Pandu dengan cermat ....

Thursday, September 10, 2009

Temui Cinta Sejati

Saya menamatkan pengajian sekitar Mei 2004 . Saya melakukan pelbagai jenis keja dari pelbagai sektor . Pernah juga kerja part time sebagai service crew restoran makanan segera . Penat dengan gaji yang tak seberapa . At least cukup untuk menampung kehidupan masa tu . Tambah-tambah , bukan senang fresh graduate nak dapat kerja tanpa apa-apa pengalaman . Selepas dua bulan , dapat kerja bank . Kontrak untuk dua tahun . Itu kerja pertama yang dikira sebagai "kerja tetap" . Gaji boleh tahan untuk seorang fresh garduate . Tapi tak sempat habis kontrak , dah pindah kerja lan . Financial Analyst kat satu company US . Tu pun tak lama . Lepas tu berhenti . Tanam anggur dalam 6 bulan juga . Dapat kerja kat satu kompeni ..tapi kerja dua hari je . Sbb kompeni tu tipu . Kata bagi gaji lain , masa interview . Bila dah mula kerja , dapat offer letter , gaji lain . Selamat tinggal jelah . Lepas tu dapat kerja kat satu kompeni oil & Gas .... kerja sini ...dalam dua tahun juga . Penat gila kerja . Hari2 balik malam . Tapi payment agak masyukkkk ....akhirnya benti jugak ! dan sekarang kerja kat kompeni oil & gas jugak . Milik melayu . Antara yang terkaya di MAlaysia . Belum ada plan nak benti heheheh

Tapi sekarang saya dah menemui kerjaya yang begitu dekat dengan jiwa saya ....penulis .....

Tuesday, September 8, 2009

Disini Segalanya Bermula ....

Sebenarnya , secara jujur , saya telah lama bercita-cita menjadi penulis . Sejak zaman sekolah lagi . Favourite subjek , mesti BM dan sastera . Tapi waktu tu belum terfikir nak hasilkan novel , tak terfikir satu hari nanti novel saya boleh berada di rak-rak kedai buku , tak terfikir satu hari nanti penerbit akan menelefon saya memberitahu tahu ...."kami setuju menerbitkan manuskrip anda" dan tak terfikir langsung yang penerbit sama akan menelefon saya untuk meminta nombor akaun bagi memasukkan wang royalti . Semuanya macam mimpi . Jadi secara tiba-tiba

saya mula menulis tapi hasil tulisan sama cuma jadi pekasam yang saya perap dan simpan .
satu hari salah satu naskhah novel saya telah dibaca oleh seorang teman baik saya dan dia menggemarinya, dan dari situ barulah saya yakin untuk menghantarnya kepada penerbit . Sekadar mencuba nasib . Tak berani letak harapan tinggi . Takut kecewa . Sehingga satu hari penerbit menghubungi saya dan bersetuju menerbitkan naskhah saya .

Untuk teman saya ....Norazmawati aziz ...terima kasih . Saya tak silap menjadikan anda pembaca naskhah pertama saya !

Selamat datang-welcome abroad

Assalamualaikum wbt .

Selamat datang ke Teratak Danisha Nur . Untuk sama-sama berkongsi cerita dan kisah .
Saya seorang penulis baru .

Wednesday, April 29, 2009