Friday, January 28, 2011

Kisah Novel Baru- Jambatan Kasih

Novel baru , ada kat pasaran baru sebulan dua . Saya dah menerima beberapa komen . Dari yang membaca Bukhara percuma , yang membeli tak kisahlah . Tapi semalam saya menrima komen ini dari seorang kawan yang dah beli dan dah baca .

"weh ...gilalah ko ... mmg mabeles lah citer si tanggang derhaka .... kalau dia tahu ni , mesti dia nangis sambil hentak2 kaki lagi" kawan saya gelak2 kat tipon tu . Main terjah je . Dah ler tak bagi salam pun . Tiba-tiba terkekik2 ketawa cam pontianak lepas makan asam boi . (eh ada ke ?)

"ko dah habis baca ke ?" saya tanya lagi .

"dah ..sehari suntuk aku mengerjakan buku ko tu . Tak jadi aku buat kerja lain . Tak tertahan nak gelak . Terbayang2 je muka sitanggang . Aku dah lama dah tunggu tribute utk dia ni ...akhirnya siap jugak" dia gelak lagi . Pada yang dah baca novel tu , tahulah siapa yang kawan saya maksudkan sebagai "tanggang derhaka" . Pada yang rapat dengan saya masa kat uni , lagilah tahu siapa dia si tanggang derhaka . Mesti sambil baca tu terkenang2 gitu . Hahahha .

Jadi , kisah Jambatan Kasih ni ... mmg dari kisah benar . Tapi taklah 100% benar . Saya dah potong mana yang tak patut dan tokok tambah sket nak bagi dramatik . Novel kenalah bagi dramatik sket . Macam drama jugak . Kalo statik je ...baik kita tengok discovery channel kan ? paling2 tak pun baik tgk majalah 3 .....Tapi banyak ayat2 dalam tu , adalah ayat2 benar . Termasuk ayat "yelah ..dia baik dengan kau ..buat ko macam ayam ...bela , bagi makan banyak2 , sampai gemuk , dia sembelih ..makan ko pulak"

seorang kawan saya lagi kata
"serius ...macam tgh bercakap sesama kita" dia gelak lagi . Dia ni main tipu sket . Baca buku separuh je , pastu tgk muka surat belakang . Nak tahu hujung cerita . Baru ada mood nak baca . Ini macam punya orang pun ada ka . Hehehehe .

Kawan saya kata lagi "kau tak rasa bagus ke idea aku ni ?" . Saya tanya lagi , "idea apa ?" sbb tadi dia belom pun usulkan idea dia . Tetiba je tanya bagus ke tak .

"bagi sitanggang derhaka tu ...satu free copy ..biar dia baca ...mahunya biru mata hitamku . Dah ler skrip dia pun ada dalam tu"

Dia dah kuar tanduk . Kawan2 aku ni , kalau suh buat jahat , mmg ada je idea dia . Sepakat je nak menjahanamkan orang , pastu berjemaah masuk neraka . Dahnya buat jahat , takkan nak masuk syurga plak kan .

"hish ..tak naklah aku .... satu , rugi ler free copy aku ....baik bagi orang lain . Dua , kalau dia buat serangan balas camner ? tiga , aku tulis buku suka2 , cari makan , bukan cari pasal" aku bagi alasan ...3 in 1 lagi . Macam shampoo .

Kawan saya tu tak puas hati dan saya percaya satu hari nanti dia pasti lobi saya lagi . Dia ni gigih . Tak putus asa . Nak2 keje jahat camni . Memang suka sangat . Memang takkan putus asa . Perbualan tu diakhiri dengan ayat ni . "Bila lagi nak buat kisah aku ?"

Hmmm banyak kisah nak buat . Tapi tak tahu nak mula kisah yg mana .

Pada yang dah beli novel saya Terima Kasih , Pada yang dah baca naskhah percuma pun terima kasih , pada yang bagi sokongan walupun tak beli pun terima kasih . Saya suka ulang ayat ni "saya menulis kerana itu cinta saya , itu perasaan saya ...dan itu kegilaan saya"

No comments:

Post a Comment