Friday, March 30, 2012

Chapter 6

Ni bukan cerita cinta semata-mata. Bukan setakat pasal Ilmeena, Khir dengan wife dia Suhaili. Ni pasal ...

"Pasal apa?" Haziq jungkit kening pada Dania, lepas tu pandang kat Naufal dengan Ashraf pulak. Ashraf ni pun satu hal. Sejak-sejak ada 'skandal' bawah tanah dengan pompan cantik ala-ala 'artis seberang' tu... payah betul nak jumpa. Ada je alasan. Hari ni dia datang pun sebab Dania separuh ugut, tak datang... maka putus sahabat.

"Gila... kawan aku dunia akhirat korang jelah... kalau dah putus sahabat, aku nak kawan dengan siapa lagi? Skandal mana-mana boleh cari... kawan payah woooo" Dia cakap macam tu pagi tadi elok sampai kat restoran tempat janji nak jumpa tu. Dengan superbike hijau dia. Bukak topi keledar, sikat rambut kat cermin sisi moto dia. Lepas tu tanggalkan jaket kulit dia, duduk kat meja sama dengan Haziq, Naufal dengan Dania.

"Nak buat apa ye?" Soalan bodoh tu keluar lagi dari mulut Naufal.

"Buat bodoh jelah" Ashraf sambung gelak. Blackberry dari tadi kat tangan tak lekang . Kejap-kejap tersengih lepas tekan-tekan blackberry dia tu. 'Penyakit' betul lah benda alah warna hitam tu. Macam bernyawa!

"Lawaknya ...." Dania gelak buat-buat lepas tu tarik muka balik. Bengang dengan lawak bodoh Ashraf.

"Kalau dah dia nak sangat ...nak buat apa halang-halang. Dia dah besar kot ...kasik kahwin je" Dia bagi jawapan 'KOSONG'. Kosong sebab tak ada perasaan langsung, tak fikir langsung.

"Banyak benda lain kot nak fikir selain Ilmi dengan Khir ..." Sekali fikir betul jugak kata Ashraf tu ...tapi dua kali fikir macam dah tak betul. Kata kawan dunia akhirat. Tak kan nak biar hanyut macam tu je kot.

"Esok ...kalau dia dah kahwin ... dia tahu lah langit tinggi rendahnya tu. Dah dia yang nak sangat. Esok ..dia tak gila ...kita berempat yang jadi gila tau"

"Habis?" Haziq pandang Ashraf yang dari tadi macam beria-ia menyokong NIAT Ilmi nak kahwin dengan laki orang bernama Khir tu . Khir tu tak handsome pun tau. Kepala separuh botak, kulit separuh gelap, badan separuh gemuk, otak .... SEPARUH je boleh pakai!

"Habis apanya .... nak kasik habis ...kita kasik je dia kahwin dengan Khir ...lepas tu ....STAY TUNE" Ashraf ulang balik cadangan dia.

"Mak dia ...datang jumpa kita suruh pujuk dia jangan kahwin dengan Khir...sekarang kau pulak usulkan supaya kita bagi je dia kahwin dengan Khir?" Dania kerut dahi dengan senyum tersungging kat bibir separuh ikhlas, separuh nak sindir.

"Yelah ...."

"Aku ada cadangan!" Tiba-tiba Dania tinggikan suara siap hentak meja lagi . Haziq, Naufal dengan Ashraf tercengang sekejap. Pandang kiri kanan sebab banyak mata tengah pandang kat diorang gara-gara scene tumbuk meja tadi.

"Kau apahal?" Haziq pandang Dania yang dah sama tercengang dengan suara separuh bisik.

"Sorry ....ter excited...." Dia tutup mulut. Jawab separuh bisik jugak .

"Idea apa?" Ashraf letak blackberry dia dalam poket, tumpu perhatian kat Dania . Penangan 'hentak meja' Dania, sampai Ashraf simpan 'benda hitam bernyawa' dia tu dalam poket dan tumpu kat Dania. Sekarang 6 pasang mata tu tengah tumpu kat Dania yang konon ada idea gempak tahap PANGLINA DEWA tu.

"Wan Farid" Nama tu keluar dari bibir merah menyala dia tu .... kan sekarang tengah MODE lipstik merah menyala yang ala-ala kucing makan anak tu . Dan Dania ni memang selalu jadi MANGSA Fesyen!

"Wan Farid?" Naufal kerut dahi. Cuba nak ingat nama tu.

"Wan Farid ....ingat tak dulu kita jumpa dia kat Kelab Paintball tu?"

"Oooo baru ingat ... kenapa dengan dia?"

"Eh ..kejap...kejap .... aku dapat hidu idea SETAN kau ni .... Ilmi ...Farid ...hmmmm?" Naufal letak jari telunjuk kat tengah bibir sambil mata pandang ke siling .

"Ish ...tapi nama dia WAN Farid ...Ilmi tak suka orang nama Wan ni ...kalau korang boleh tukar nama Khir tu jadik Wan Khir .... mesti Ilmi tak suka dah kat dia" Ashraf ni potong betullah . Tetiba je nak mood 'JUJUR'

"Tak payahlah bagitahu kat Ilmi nama dia WAN Farid....cakap jelah Farid ...lagipun masa kita pergi Paint ball dulu tu bukannya Ilmi ada ...dia tak tahu punyalah kalau kita tak bagitahu ..dan Farid tak bagitahu"

"Soalan saya ....Farid nak ke?" Haziq pandang Dania, lepas tu Ashraf, lepas tu Naufal.

"Alah! Khir tu pun bukan Ilmi nak sangat ...dia mode terdesak je tu. Sebab tak ada yang lain, kalau ada ...." Dania jungkit kening . Logik ...tapi ...

"Mangsakan Farid?" terbayang pulak lelaki 'sopan santun' yang dorang berempat jumpa kat PaintBall Club dulu tu. Memang jauh sopan santun banding Ilmi yang kadang-kadang macam JANTAN JADIAN tu. Dah ler bahasakan diri FARID ....oh TIDAK!

"Dia tu ....tak 'patah' ke?" Erk! soalan ni JUJUR ok .... tak nak lah naya Ilmi nanti .

"Erkkkkkk" Dania telan liur,pandang Haziq,lepas tu Naufal,lepas tu Ashraf.

"Ish ...baik dia kahwin laki orang dari .... jantan separuh siap tau"

No comments:

Post a Comment