Friday, March 2, 2012

Chapter 3

Lepas sejam menunggu , handphone yang dari tadi tergenggam kat tangan Dania berbunyi .
NAUFAL

"turun ....aku dah kat bawah ni..." dia bagi arahan sebaik telefon berjawab .

"haziq?"

"ada ni ..turun lah cepat ....dah pukul 4 lebih ni .... tak payah nak soal jawab sangat macam kes bunuh orang boleh tak ?"tiba-tiba rasa nak 'swing' orang sebab marah kena kacau tidur nyenyak dia yang mimpi jadi PM tadi .

"ok ..."

Sepantas mungkin Dania mencapai handbag atas katil , capai sandal biru kat rak kecik tepi pintu . Dia memang dah bersiap dari tadi . Tinggal turun je . Pintu bilik dikunci kemas sebelum bergegas turun . Dari tangga dia dah nampak Haziq dengan Naufal dah menunggu kat gate . Yang sorang tu , tetap dengan mode Naga Tasik Tinggal dia . Masih boleh berkepul-kepul dengan asap rokok padahal tengah runsing pasal kawan hilang dalam hujan lebat , sebijik dalam drama tamil !

"mana nak cari dia ni ?" soalan tu meluncur terus dari bibir Dania sebaik dia sampai tepat kat depan Naufal dengan Haziq.

"dia tak cakap siang tadi dia pergi mana ?" Haziq pulak soal . Dia pakai sweater sambil peluk tubuh sebab memang sejuk gila masa tu . Kalau tak sebab kawan baik dia Dania buat kes hilang ni , memang takkan lah dia bangun korbankan tidur dia . Kalau Kim Kardasian ajak dating pun dia tak nak masa-masa macam ni . Ilmi patut rasa bangga tau sebab tahap dia lagi tinggi dari Kim Kardashian walaupun kalau ukur tinggi ,Kim jauh lagi tinggi lah !

"keluar dengan Izwan lah ..." Dania kerut dahi .

"soalan aku ...dia pergi mana ...bukan dia pergi dengan siapa . Kalau dia tak keluar dengan kita semua , aku tau dah ...dia memang keluar dengan Izwan Keparat tu ... masalahnya sekarang pergi mana..." Naufal pulak buat muka bengang . Hei sebut nama Izwan , memang stress dari hujung rambut sampai hujung kaki . Tu baru sebut tau , belum jumpa lagi . Memang rasa nak bunuh dan bakar je !

Dania kerut dahi , cuba ingat sesuatu .

"report polis nak?" dia bagi cadangan lepas beberapa lama diam . Masa tu dah dalam kereta kancil merah Haziq , dengan enjin kereta masih tak dipasang sebab tak tahu nak tuju kat mana pagi-pagi buta macam tu.

"report apanya ....bukan kena culik pun ...habis-habis lari ikut Izwan kahwin kat Siam sana" Naufal bersuara rendah tapi dengan nada marah .

"habis ...macam mana  ni?"

"ish ..kalau Ilmi lari ikut Izwan kahwin kat Siam .... untung gila Izwan ...dah lah muka tak hensem .....ada jugak orang nak kahwin lari dengan dia....aku rasa aku lagi hensem ...kahwin tak lari pun orang tak nak ni . Kau rasa Ilmu apa Izwan pakai ? kalau setakat ilmu geografi tak lepas ni" bebelan Naufal tu , memang bagi panas je kat telinga Naufal dengan Dania . Dua pasang mata tu tengah pandang tepat kat dia yang tengah reka cerita tak bersalah tu .

"yelah ...yelah ...kau orang ni serius sangat lah ....takyah lah nak stress sangat" dia mencebir lepas tu . Ingat nak sambung hisap rokok tapi emmikirkan tingkap semua tertutup , dia tak jadiklah nak nyalakan rokok dia yang masih penuh sekotak tu . Dengan mood Naufal dengan Dania yang tak berapa baik tu . Mahunya dia kena sumpah jadi rel keretapi karang . Hari-hari kena lanyak . Menyesal tak sudah pulak nanti .

"ini memang kes serius ...kes orang hilang ...tak serius ke ? dan ini memang kes stress ...sbb Izwan ada masuk dalam ini cerita!" Dania pulak lepas geram . Kereta masih tak berjalan . Dalam hujan . Tak tahu nak tuju mana .

"yelah-yelah ...Izwan yang salah kot ...bukan aku ..apsal pulak aku jadi mangsa ni ?"

"Ilmi ....!!!!" dua orang tu jerit serentak . Pandang muka Haziq serentak dengan mata membulat je .

"ok ....ok .... " Haziq angkat tangan . Surrender .

Lama diam , fikir nak pergi mana . Nampak kelibat seorang perempuan tengah-tengah gelap malam tu . tengah-tengah hujan . Tak pakai baju hujan , tak ada payung , basah . Dengan skirt hitam , baju hitam,kargigan merah .

"Ilmi" 3 orang tu cakap serentak tapi masih duduk dalam kereta tu . Tak terfikir nak keluar sebab hujan memang tengah lebat gila . Apa motif nak basahkan diri dengan Ilmi dalam hujan tu .

"dia dari mana ?" Dania pulak tanya separuh bisik . Padahal cuma dia bertiga ada dalam kereta tu dan memang sah-sah tak ada orang lain nak dengar pun .

"erk ....yang kita ni ...buat apa dalam kereta ni?" serentak 3 orang tu tarik pintu kereta , kejar Ilmi dalam hujan tu .

"kau pergi mana ? puas kitorang cari"

'cari?' tadi duduk dalam kereta je . Belum mula cari .

"Izwan keparat tu mana?" Haziq pulak lepas geram . Masa ni dia memang rasa kalau dapat muka Izwan tu , dua tiga biji penumbuk dia nak bagi . Sebagai kenangan . Tapi dia tak nampak pun kelibat Izwan.

"hei ..kau ok ke ? Izwan ada buat apa-apa kat ko tak ?" Haziq tarik lengan Ilmi elpas lama dia diam tak jawab sepatah pun .

"tak ...aku ok je ...." dia rentap tangan dia dari Haziq .

"kita tunggu dia dalam hujan ....ganggu mimpi indah aku ...dia boleh buat bodoh macam ni je? kadang-kadang aku rasa dia ni memang deserve untuk Izwan ....sengal dengan tak ada perasaan!" Naufal pulak lepas geram . 6 pasang mata tu tengah tumpu kat Ilmi yang tengah naik tangga menuju ke bilik dia . Buat tak tahu kat kawan-kawan dia yang tunggu dia kat bawah tu . Nescaya tak tahu yang diorang tu tengah risaukan dia kan ? takkan saja-saja nak main teng-teng ke batu seremban ke pukul 4 pagi macam tu ?

"stress aku .... jom ..mamak seround" Haziq pandang Dania , lepas tu Naufal . Naufal tengah hidupkan rokok dia .

"aku on ....kau Dania ?"

"Ilmi ?"

"dia ok lah tu ...kalau tak ok dia dah cakap tak ok .... hidup je lagi tu ..kalau Izwan ada buat apa-apa kat dia ...9 bulan lagi kita tahu ler keputusannya" selamba je mulut dia ni . Longkang betul .

"jom ...."

No comments:

Post a Comment