Friday, March 16, 2012

Chapter 5

"Dah-dah lah tu ...takyah nak drama sangat boleh tak? Izwan je kot ...banyak je bersepah tepi jalan buat ganti kalaus etakat dia tu" selamba je Haziq bagi ayat bila Ilmi dah nangis-nangis kat depan Dania, dengan dia, dengan Naufal. Ashraf macam biasa, kat Penang . Balik kampung. Sejak ada awek Penang ni makin selalu balik kampung. Kalau ada Ash senang sikit, dia tu jiwa bunga-bunga sikit. Boleh lah pakai kalau setakat nak pujuk perempuan yang namanya Ilmeena ni!

"Bukan kau patut syukur ke kau dah tahu siapa dia tu sebenarnya? Tak payah nak sakit hati lagi. Kau dah tahu siapa dia dengan siapa Tirana sekali. Selama ni kitorang cakap kau tak percaya" Naufal pulak tambah, macam biasa dengan mode Naga Tasik Tinggal dia.

"lupakan jelah Ilmi... dia suka hati je. Yang kau nak sakit hati sangat tu nak buat apa" Dania pulak jadi rimas. Episod air mata ni dah dekat sejam dah. Sejak tadi, bila dia sendiri jumpa Izwan tanya pasal skandal pasir dia dengan Izwan tu.

"kalau kau nak...aku boleh carikan kau boyfriend jauh lagi handsome dari Izwan tu. Petik jari macam ni je" Haziq petik jari . Duduk pulak sebelah Ilmi. Tadi dia duduk sebelah Naufal . Rasa nak mabuk dengan asap rokok Gudang Garam Si Naufal.

"kau nak cari kat mana?" Dania pulak potong. Cis! orang tengah mode pujuk ni. Tak payah lah 'potong' sangat.

"kau nak jugak ke?" Naufal tanya sambil gelak. Dania angkat penumbuk pada Naufal. Tadi konon nak tenangkan Ilmi, sekarang dia pulak duk ebrperang pasal kekasih Dania.

"kalau kau aku memang takut nak rekomen Dania ....takut aniaya anak bujang orang je dengan mode Laila Ali kau tu" Haziq tokok lagi. Kali ni Ilmi pulak tergelak.

"ha...boleh pun gelak ..." Naufal senyum. Cucuh puntung rokok yang dah habis tu kat tong sampah tepi cafe.

"lupakan je Izwan tu ...percayalah ...lagi bagus kau tinggal dia sekarang dari nanti ...kahwin bercerai berai . Macam aku ni ..mak ayah bercerai berai ..aku adik beradik berantakan ..." Naufal jungkit kening. Hulur tisu lagi kat ilmeena yang dah tak nangis.

"kau kata kau nak rekomen yang handsome dari Izwan kat aku?" Naufal tengah minum masa Ilmi ekluarkan ayat tu . Tersedak dia.

"serius?" dia ulang tanya . Belum sampai setengah jam declare putus dah nak cari lain? lebih ganas dari biasa ni.

"ha ...." dia senyum.

"setakat lagi handsome dari Izwan...bukan susah ..dah Izwan tu bukannya handsome pun ...kau je yang tergila-gila kat dia bagai nak rak....kalau aku jadi perempuan ..aku tak pandang Izwan tu" Haziq cebir bibir. Naufal, Dania dan Ilmi dah pandang dia.

"aku kata kalau aku perempuan ..sekarang ni aku lelaki ....please lah ..." dia gelak.

"dah lah ...takyah sedih-sedih ....jom ..aku belanja nasi beriani ...baik punya" Naufal offer diri.

"Ilmi je ?" Dania pulak potong.

"Yelah ..siapa berani kata tidak pada Laila Ali kan?" satu penumbuk pantas singgah kat lengan Haziq.

"kata dah ...siapa jadi laki kau ni ...memang sah-sah kena dera kau tau tak...."

No comments:

Post a Comment