Wednesday, May 23, 2012

Comfort Zone VS Perfect Time ??????

Is this the perfect time?


Tak

Habis bila?

Entah

Kawan aku kata, jangan terlalu lama di 'comfort zone' kerana comfort zone tu boleh membunuh.(Kawan aku ni mmg dr dulu suka membebel mcm mak nenek heheh)

Takkan kot. Tak ada pun keluar kat paper mati dibunuh comfort zone.

Ish! Cakap dengan kau ni, baik ckp dengan pokok mati tau. Ada jugak rasa. Bunuh masa depan. Bukan bunuh org yg sampai berdarah2.



Ni kan apa yg kau nak sejak dulu. Sejak zaman sekolah2. Sejak zaman arwah cikgu Isa tu ada lagi. Kau tak ingat? Arwah cikgu Isa punya support kau masa tu (sajalah tu nak buat aku touching)

Yelah.

Habis tunggu apa?

The Perfect time.

And again kawan aku bengang. Dahlah susah payah tolong aku dapatkan "apa yang aku nak sejak zaman sekolah2 tu". Sejak zaman aku tahu apa itu cita2. Bila dh dapat aku bleh kata nak pk dulu.

Alah! Aku ada masa smp cukup tahun kot nak fikir. Sabarlah. Bukan dia nak keputusan sekarang ....

So jawabnya sekarang tak lah? (Ni namanya tanya dalam paksa)

Ye kot. Aku sayang keje aku sekarang. Betullah kot. My comfort zone. Mana pernah aku keje sampai lama mcm ni. Kau tak impress ke?

Bukan hari tu kata stress? (Lain kali tak nak ngadu ngan ko pasal stress. Ungkit plak) org suruh impress dia kata stress.

Keje. Memang stress lah. Ingat keje baru tak stress?

Tapi keje baru tu kerjaya impian kau. Tak sayang ke?



Tu lah masalah nya. Aku dah ada dua benda yang aku sayang. Apa yg aku ada skrg dengan apa yg aku impikan sejak kecik.(Walaupun skrg tetap jugak KECIK) ..tengok gambar atas tu ..macam meniti tau.

Pilihan memaksa kita membuat kesilapan. Aik! Itu bukan ayat aku ke? Dulu masa muda remaja, masa ada bf yg buat skandal. manusia tak hensem tapi perangai mcm haper je. Ish! Malas lah nak ingat. Tak best langsung.

Ingat senang nak dpt kerja yang kita betul2 idamkan? (Dengan nada provokasi)

Tahu. Memang susah. Kerja Perdana Menteri pun aku idamkan. Mmg terbukti susah(mesti kawan aku rasa nak pang aku je masa ni)

Berapa saat dalam hidup ni kau serius (nada sakit hati sbb aku asek main2 ckp dia)

Alah! Nantilah aku pk. Tapi aku aku tak amik pun takper kot. Skrg pun aku dpt buat keje tu. Cuma part time. Yang tu full time. Tak beza sgt kan? (Saja nak sedapkan hati kawan aku)

Kerja skrg gaji byk sgt ke? (Hek eleh. Taulah gaji dia byk dari aku)

Taklah. Tapi ok apa. Aku pun bukan ada hutang apa2. Ptptn je pun.

Dahnya?

Ish! Tak paham ke. Aku sayang keje aku skang. Aku tak nak benti. Tapi aku nak jugak keje impian aku tu. Ha! Paham skang apa masalah aku? TOLONG ler paham ....



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment