Wednesday, October 5, 2011

Cerita Cinta

Masa "si Tanggang Derhaka" meninggalkan aku dulu utk mendapatkan kawan baik aku (use to be) dulu , kawan aku (yang lain) kata

"cintai orang yang mencintai kita , bukan yg kita cintai"

sebab ? dia kata ...sbb orang yang kita cintai tu , tak jaga kita baik2 berbanding orang yang mencintai kita . Yelah , kita sayang orang , kita jaga baik2 lah .

Aku "separuh jalan" setuju . Apsal separuh jalan ? penerangan dia tentang maksud tu seperti yang di atas aku setuju . Betul .

Tapi pada pendapat aku ..Cinta ni 'two way' ...kalo tiket flight tu ..kira RETURN lah ...kalo setakat "one way" kita tak panggil cinta ...kita panggil apa ? SYOK SENDIRI kot . hahahaha

kita nak dengan org yang cintakan kita ....kita untunglah ..sbb dia cintakan kita ...dia akan jaga kita baik2 , sayangkan kita , jaga hati kita , beli kan hadiah utk kita , soping utk kita ...bla bla bla

Tapi tu utk kita ...habis utk dia yang mencitai kita tapi kita tak cintai dia ? tak adillah utk dia ...kesian lah kat dia kan ?

Jadi aku dengan skeptikalnya masih berpendapat yang sama ...sama macam dulu waktu dia cakap benda ni (dekat 10 tahun dulu)

Love 'in return' hahahhaha ...i didnt believe in 'one way love' at all .... NEVER !

Dan kawan aku yang sama tu ...masih berpegang prinsip yang sama .... aku harap dia akan bertemu dengan org yang mencintai dia dan dia cintai ....utk mengelakkan dia melakukan PENINDASAN .

Aku lebih percaya pada "cinta yang dibina"

Kdg2 masa mula2 jumpa kita tak rasa apa2 ...kadang2 cinta perlu masa utk wujud , kadang2 yang lain yang lebih kejam "cinta dipaksa wujud" ...tapi pucuk pangkalnya masih sama .... Love 'in return' hahahaha

Tak kiralah berapa byk masa yang diambil utk membina cinta tu , yang penting TERBINA , DIBINA dan MEMBINA . Cinta yang wujud teori penindasan (ala2 keluk ekononi Datin Safiyyah) ada lah tidak wajar . Cinta yang mendorong manusia melakukan kesilapan yang terang2 kesilapan (ala2 kawen jejaka Lombok lepas tu tunggu Biro Pemuda UMNO datang selamatkan ) lagilah HAMPEH

Cinta patut menjadikan kita lebih baik . Aku ada kawan , bercinta sakan dari sekolah rendah sampailah masuk kolej dan uni . Sekarang dah jadi loyer . Cinta tak menjejaskan pelajaran dia . Dia cemerlang setiap semester . saling mendorong dan mengingatkan . Dia dating jugak , dia bagi2 bunga jugak , dia calling2 jugak . Tapi dia jugak yang setiap semester naik stage amik anugerah dekan !

Dan saya juga ada kawan , anak orang besar , lawyer ... masa baru masuk uni ..dia seorang yang bijak . Fasih berbahasa inggeris . Dan , alah , mmg bijak lah . Bila dia jatuh cinta , dia jadi lain . Pelajarannya merosot , asek berdating sampai kelas dan kuliah terganggu apatah lagi group assignment . Dia dulu penah buat assignment satu grup dengan aku ...malas nak citer panjang ...kalo yang penting , bunyiknya AMAT MENYUSAHKAN .

Dia akhirnya tak tamat pengajian . Akhir semeter dia buat drama nak terjun bangunan kolej bila mak ayah dia datang nak jumpa dia pasal ada laporan 'cinta' dia dari kolej .

Dia jadi rosak . rosak tahap mana aku tak tahu . Yang tak nampak aku tak berani cerita . Aku cerita yang nampak je . Pengajian tak habis dan terakhir aku jumpa dia dah keje petrol pump ..keje laki bini kat situ cari makan . At least dia kawen .

Cuma satu yang aku tak boleh lupa pasal dia ni . Dia ada sebiji motor . Model apa aku dah lupa . Dia pernah kata ..."aku sayang motor ni ..sama macam aku sayang A" A tu bf dia lah . Untung motor tu ... orang sayang dia macam sayang bf....tapi sian bf dia , org sayang dia macam sayang motor je hehehehhe

Nota Kaki : siapa Si Tanggang Derhaka ? aku ada cerita dalam post2 lama sebelum ni ....

No comments:

Post a Comment