Friday, October 7, 2011

Bila Melayu Berniaga .....

Sejak kecik , aku diasuh dengan semangat melayu yang tinggi . Hari2 ayah aku akan tekankan tentang "kita melayu", "tolong melayu" , "majukan melayu" dan "jangan gaduh sesama melayu"

Ayah aku mempunyai semangat "aku melayu" yang sangat tinggi . Mungkin sbb dia generasi sebelum merdeka . Dan arwah atuk pun sangat MELAYU walaupun dia bukanlah melayu tulen pun .... dia bukan asal dari sini pun , tapi semangat melayunya sangat tinggi melalui cerita2 abah sebab aku memang tak pernah jumpa dia .

Aku dengan adik beradik lain mmg terdidik dengan jiwa melayu yang sangat kuat (walaupun aku tidak kawen melayu) . Bukan tak nak melayu . Dua kali cuba , tak berjaya jugak . Bukan sebab melayu tak bagus , cuma sebab aku terjumpa yang tak bagus dan  bukan sebab bukan melayu bagus , cuma sebab aku terjumpa dengan bukan melayu yang bagus (paham ? berbelit2 tak ?) hahahaha
. Dan mungkin dah mmg tertulis 'disana' jodoh aku dengan bukan melayu ...ok apa ...bukan melayu pun orang ...bukan beruang kan ? walaupun saiz macam beruang sket hahahah (ampun bang montal ...tp takper ...cute je ..(dengan nada separuh tak ikhlas) hahahaha

Bercerita tentang melayu , orang selalu kata . Melayu ni malas .... melayu ni salu harap suap , melayu ni selalu nak orang tolong je . Nak tak nak , kita kena jugak telan sebab benda ni berlaku disekeliling kita . Tapi bukan semuanya macam tu . Aku jumpa dengan byk melayu yg bagus2 ...melayu yang berjiwa besar walaupun badan kecik (macam aku hehehehh)

Datuk Azalina pernah bercerita , sewaktu di zaman universitinya , dia pernah tidak dipandang oleh bangsa lain semata2 kerana dia melayu dan bangsa lain menganggap dia malas . Dia berusaha utk meletakkan dirinya lebih tinggi dari bangsa lain sehingga menyebabkan bangsa lain itu datang mengejarnya kerana tahu boleh mendapatkan sesuatu dari dia .

Che det , dalam bukunya "Doctor in the house" ada menulis . Melayu boleh berjaya seperti bangsa2 lain didunia sekiranya dia diberi peluang , dan saya berjaya menjadi doktor juga kerana saya diberi peluang

Tapi tak ada peluang ke ?

Berbalik pada tajuk , lepas puas membebel macam entry2 selalu ...mukadimah lagi panjang dari cerita hahahahha

TV rumah aku tak baper clear ...of course Tv tak ada astro . Rumah aku ada astro . Tapi astro yang dalam keadan sangat lembap . Mendung sket je ...dah takleh tgk .... setakat RIA , OASIS mmg berapa kali je dapat tgk .... aku pun dah tak larat nak bergaduh ngan astro lagi . Lagi cpat aku kena sakit jantung camtu heheheh

Jadi aku sangat memerlukan ariel tu .... tv lain sume clear kecuali tv3 ...maka aku pun kontek ler kontraktor ariel ni ...melayu ....

dalam 2-3 minggu jugak baru datang ....aku malas nak paksa2 sebab astro aku ok utk sementara tu . Dia pun datang semalam .... padahal sebelumnya janji sabtu . Tapi takperlah ..aku ok je

Sampai2 dia pun p tgk ariel tu ..apa yg aku tak puas hati ?

Dia kata "kak ...nanti saya naik atas ...saya miskol ...akak kol saya balik ye" hehehhee
sbb aku dalam rumah .... dia kat atas bumbung betulkan ariel .....

Ada ke patut dia suh aku kol dia ...kan aku bayar dia ...dia lah patut kol aku ...ke aku salah ?

Tapi sbb montel tak suka gaduh2 ni ..aku diam jelah ...kalo takder montel , aku mmg sound je mamat tu ... kang kalo aku sound depan montel ...dia dah balik , aku plak disound oleh montel hahahaha

Pastu aku kena kol dia byk kali ..byk kali ler dia miskol aku ...suh kol balik ...montel jaga tangga .... terpaksa lah aku kol jugak ..nak bagi tv terang punya pasal .... montel kata takper ...nanti abg topap kan ...mmg lah ... aku mmg nak mintak ganti ...kalo montel tak ganti pun ,aku ada duit nak beli topap ...cuma aku geram ler ....paham tak ? GERAM hahahaha

Dah lama tu ...baru clear tv nya ..takder lah clear mana pun ... upah RM80 ...gatal je mulut aku nak mintak diskaun topap aku ..tapi malas nak sakitkan hati heheheh

Pastu dia bagi kad dia ...kalo ada apa2 , kol dia dia kata ....construction pun dia buat ...montel yang amik kad dia sambil kata "ok ..ok ..."

Nak je aku jawab "ok wak lu" hahahaah

Pastu dia blah balik ...aku terus cakap dengan montel ..."jangan harap nak panggil dia lagi"

Skang issue aku ...(setelah membebel berkajang2 .... ) melayu ni ...kalo nak meniaga ...belajar lah ilmu niaga betul2 ...macam mana nak meniaga tapi kastemer yang kena call dia ..dia main miskol je ? samalah macam meniaga kuih ..hari2 asek takder duit kecik ...kastemer jugak kena sediakan duit kecik . Naper ko tak suh kastemer tu sediakan kuih skali ...ko tinggal jual je ....lepas niaga suh plak kastemer ko kemas gerai tu .... apadaaa

Aku tak nafikan kemampuan melayu berniaga . Aku kerja kat kompeni melayu . Melayu terkaya kat mesia ...yang asalnya dari keluarga susah jugak .... maknanya melayu boleh berniaga ...boleh bersaing ..soalnya nak atau tak je ....

No comments:

Post a Comment