Tuesday, October 18, 2011

Antara Hak dan Tanggungjawab ....

Abah selalu kata ..jangan selalu sangat cakap pasal hak kalau tanggungjawab kita tak buat

Kita pergi sekolah ...hak kita utk dapatkan ilmu , tapi kita buat tak tanggungjawab kita tu ? kita datang tak hari2 5 hari seminggu tu (kecuali cuti umum atau sakit yg membolehkan tak ke sekolah?)

Kita kerja....hak kita dapat gaji ..macam mana kalau tetiba cukup bulan , cucuk dinding tak ada duit dalam tu ? kita nak cakap pasal hak 'kita kerja dan berhak dapat gaji' tapi adakah kita kerja betul2 seperti yg disuruh ? atau kita buat lebih kurang ? atau kita berkira sangat ? tolak sana sini ...tolak kiri kanan ...tolak selagi boleh ?

Seorang 'makhluk Allah' yang saya kagumi bercakap soal cukai ...tentang begitu banyak cukai yg dia bayar ..katanya cukai pintu , kereta , cukai kedai mamak , cukai mekdi hinggalah cukai tandas kat KLCC (aku tak tahu tentang cukai tandas KLCC sbb aku jarang p KLCC)

Dia seorang hamba Allah yang saya sangat kagumi . Kurang secara fizikal tapi sebagai seorang penggemar sastera , saya sangat meminatinya kerana 'nilai sastera' yang ada pada dia .

saya meminati dia sejak dari zaman sekolah hingga sekarang .... sehingga saya 'membahas' soal cukai , saya masih meminati dia walaupun secara peribadi saya kurang setuju . (Sastera saya bukan satu isu politik )

Pada pandangan saya , dia terlalu 'marah dicukai' oleh kerajaan . Hinggakan toilet KLCC pun terjebak sama . Dia tak sebut tentang tanggungjawab dia sebagai rakyat dek terlalu byk sangat sebut tentang hak dia sebagai rakyat . Atau mungkin dia merasakan sebagai rakyat dia tidak perlu membayar cukai apatah lagi cukai tandas , cadangan saya , dia mungkin boleh berpampers saja , jadi tak perlu ke tandas dan dikenakan cukai (itupun kalau kerajaan tak kenakan cukai pampers!)

Ayah saya seorang pensioner , masih membayar cukai pendapatan setiap tahun dan dia masih sentiasa rasa 'gembira dan bangga' tentang 'dia membayar cukai' kerana dia menjadi sebahagian rakyat yg menyumbang pada negaranya .

Saya juga membayar cukai ...readers pun membayar cukai . Saya tak tahu kalau ada readers saya seorang jutawan yang membayar berjuta2 ringgit cukai setahun . Tapi saya tidak membayar sebanyak tu . Jumlahnya terlalu sedikit dengan apa yang saya dapat dalam Negara ini . Aman makmur , nak kerja senang , nak makan senang ...nak beli baju tak ada siapa marah ...sampai memandu duk dalam petak kuning pun orang tak marah ! nak apa lagi ?

Kenapa nak jadi manusia yg tak bersyukur ?

Seorang mufti Sheikh Muhamedi pernah berkata "bersyukurlah dengan apa yang kita ada di Malaysia ini ..kerana esok lusa kita belum tahu lagi "

Kenapa nak persoal cukai mekdi ? kalau dah makan mekdi ..mapu lah setakat nak bayar cukai dua tiga hengget tu .... lainlah kalau makan kat Warong Kak Gayah depans ekolah tu pun kena cukai .

Kenapa nak persoal cukai jalan ? kalau dah mampu beli kete ...takkan cukai jalan setahun sekali tak boleh nak allocate ? lainlah kalau naik bas metro yangs entiasa lambat tu pun kena cukai .

Kenapa nak persoal cukai rumah ? berapa byk sangat yg kena bayar tu ? lainlah kalau duduk bawah kolong Sungai Klang pun kena cukai ....

Kalau negara ini tak ditadbir dengan baik ...tak dijaga dengan baik ... kita mungkin tak perlu bayar cukai ..sbb kita pun tak boleh nak kerja ,perang , merusuh sana sini...tak boleh nak beli kereta dan rumah , macam mana nak beli kereta dan rumah kalau kerja pun tak ada ..jadi kita tak perlu bayar cukai ..mungkin kita boleh merempat ke Indonesia jadik buruh kontrakan ...merempat ke singapore jadi pembantu rumah atau kita ambil upah MERUSUH utk sebungkus nasi macam yg selalu jadi kat Indonesia ...waktu ini kita tak payah bayar cukai

Nak ? bersyukur lah ..manusia yg tak tahu bersyukur ....takkan rasa nikmatnya hidup tak kira berapa byk dia dapat

"Bersyukur ...nescaya Allah akan menambah utk kamu ...."

No comments:

Post a Comment