Friday, November 19, 2010

Kali Pertama ....

Semua orang ada 'kali pertama' dalam hidup . Kali pertama menjejakkan kaki kesekolah , kali pertama memandu selepas lulus lesen memandu , kali pertama jauh dari keluarga ketika diuniversiti , kali pertama jatuh cinta , kali pertama putus cinta dan macam-macam kali pertama lagi . Perkara paling susah dalam hidup , ialah memulakan yang pertama . Tapi jangan lupa , ada quotes menyebut "a hundred miles begins with a first step" kalau tak pernah mula , macma mana nak sampai ? Kenapa perlu membuang masa merungut tanpa ada usaha mengatasi masalah yang dirungutkan ?

Seorang teman pernah merungut tentang kerjanya melambak2 diatas meja , dia penat . Letih dan rasa tak tenteram selagi ekrjanya tak siap tapi waktu tu dia dibahu meja saya sambil minum kopi !

Kali pertama yang saya nak cerita kali ni , pasal adik lelaki saya . Kali pertama bawa girlfriend dia balik rumah . Nak bagi kenal dengan ibu , abah dan adik beradik aku yang kepala semua bukannya betul sangat ni ....hehehe mak akulah kata camtu .

Peraturan dalam keluarga aku , boleh bawak kekasih balik rumah 3 kali je . Lepas 3 kali dah kena kawen . Jadi bila sebut nak bagi kenal awek , mesti mak aku akan tanya "dah cukup duit ?"

Jadi hari rabu bersamaan hari raya haji bersamaan 17.11.2010 adik aku pun bawa awek dia tu datang rumah . Berkenal-kenalan sambil makan ketupat , sambal kacang , sayur goreng , ayam masak merah dengan kari kambing . Oh Ya ! kari kambing tu awek adik aku tak makan , kami2 je makan hahahha

So , panel hakim belum buat keputusan , tapi mak ayah aku selalunya tak ada hal sangat . Kalau kurang seinci dua tu , memang mak ayah aku tutup mata je kalau anak-anak dah nak . Hehehe
Emm ...teringat kali pertama bawa suami balik rumah beberapa tahun dulu ....

No comments:

Post a Comment