Tuesday, November 30, 2010

Elephant Infant Syndrom

Pernah dengar pasal ni ? Elephant infant syndrom . Secara mudahnya , ia adalah rasa putus asa dan tak mahu mencuba disebabkan kegagalannya pada masa silam . Elephant yang diikat pada tali sewaktu kecil , akan berusaha melepaskan dirinya dari tali tu setiap hari . Dia akan cuba dan cuba tapi dia gagal . Sebab waktu tu dia masih infant , masih kecil . Dia tak berdaya . Hari2 mencuba , dia akhirnya berputus asa dan tak mahu mencuba lagi .

Walaupun setelah dia menjadi dewasa , dengan tali yg sama yang mengikatnya pada waktu dia masih kecil , dia tak cuba lagi membebaskan diri dia sebab dia merasakan walau bagaimanapun dia berusaha dia takkan berjaya . Sedangkan badan dia dah besar dan dia lebih kuat berbanding waktu dia kecil . Tapi sebab dia dah putus asa , dia tak lagi berusaha .

Inilah Elephant infant syndrom . Kita ? sejauh mana kita mempunyai syndrom ni . Pernah tak putus asa ? pernah kan .. rasa kecewa , rasa malas nak cuba lagi sebab tak ada hasil pun . Kenapa perlu putus asa . Allah tak suka orang yg putus asa .

Bangun , cuba dan cuba lagi . Ingat , berjaya atau gagalnya kita , bukan diukur dari berapa banyak kali kita jatuh , tapi berapa banyak kali kita kembali bangun dan berlari semula .

Suatu masa dulu saya pernah gagal , saya pernah kecewa sebelum Allah memberi saya peluang kedua . Saya ingat ayat ibu saya "bangun ....dan lari lagi" .

"Don't let your past dictate who you are, but let it be part of who you become."

No comments:

Post a Comment