Thursday, November 25, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa ....

Seorang kawan forward email dari seorang makhluk ciptaan Allah yang kononnya lulusan universiti luar negara ni . Luar negara tau . Tak tahu lah luar kat mana ... sebab kadang2 manchester , kadang liverpol entah dia tahu ke tak tempat2 tu ..main sebut je .

Berbalik pada email tadi , kawan ni tak paham ayat 'mat salleh setengah masak' ni . Kalo ko paham tolong terangkan kat ahkak ....dia kata macam tu ...dalam email tu lah dia kata . Ayat nya macam ni .

It been arranged by EDCC and discipline eng from SBO..In the futurehopefully yes or not.TQ

ayat pertama tu dah paham dah . Ayat kedua tu , pk dua tiga kali . Tak jugak paham2 sampai perlu bantuan kamus dewan jilid ke8 (dah kuar ke version ni ?) . Jadi saya dengan senang hati selaku org yang hari2 ngadap muka makhluk tuhan setengah masak ni pun terangkan lah . Ayat tu bermaksud "tengoklah , masa2 akan datang , boleh ke tak"

walaupun kalo ikut translation betul2 dari aku yg lulusan universiti tempatan grade kelas dua atas ni ( tak mampu nak grade kelas satu) ayat tu membawa maksud "pada masa depan , sangat berharap ya atau tidak" ...ni bunyik macam translation citer omputih kat cd cetak rompak . Penah beli tak ? cewah2 ...sume pakat tak ngaku penah beli cd cetak rompak . Hahahaha .

Jadi kesimpulannya ...toksah ler berlagak sangat . Kalo setakat lulusan (Universiti Jambi) tu , ngaku jelah . Toksahlah nak kencing banyak sangat sampai hancing satu opis . Orang pun tengok berbulu je . Ni yang berbulu ni orang tau . Kalau monyet ke kera ke tgk berbulu tak per jugak , dah memang tu ciptaan Allah yang diciptakan dengan bulu hehehe .

Pada yang membaca post ni ...toksah ler tanya Universiti Jambi tu kat mana . Aku pun tak tahu , aku main tulis je . Hehehe

No comments:

Post a Comment