Wednesday, February 22, 2012

Chapter 2


Handphone kat sudut meja berbunyi lagu P Ramlee , Madu 3 . Naufal yang sedang tidur lena tekup telinga dengan bantal . Ring tone tu dia set untuk Ilmi , Dania , Haziq dengan Ashraf je . Dan apa masalahnya 4 orang kawan dia tu sibuk nak call dia pukul 3 pagi ?

Lepas sekejap berhenti berbunyi , Madu 3 bersuara lagu . Naufal raba handphone kat meja tepi katil dengan mata tertutup dan satu badan terselindung dalam selimut dengan cuaca sejuk menggigit sebab hari tu hujan seharian .

“apa hal nya ni ….dah pukul 3 pagi dah ni . Tak boleh ke kalau bagi aku tidur dengan tenang….” dia bersuara malas . Mata masih tertutup , tangan kanan pegang handphone , tangan kiri tutup mulut yang sedang menguap .

“aku ni ..Dania…” kata suara hujung talian .

“tahu … yang aku tak tahu , apasal kau kacau tidur aku pagi hari macam ni” dia masih dalam keadaan yang tadi . Mata tertutup , sebelah tangan pegang handphone , sebelah tangan lagi tutup mulut yang tengah menguap entah berapa kali . Sesekali dia menggaru pipi , hidung dan leher. Baru tadi mimpi indah . Mimpi jadi Perdana Menteri , bukan selalu dapat tu . Baru satu malam jadi Perdana Menteri dah ada ‘rakyat jelata’ bernama Dania ni ganggu . Huh! nyesal . Patut mimpi jadi jurulatih bolasepak je tadi . Tak adalah orang ganggu masa-masa macam ni kot . Kalau ada pun , musim-musim kalah jelah . Masa tu memang kiri kanan lah kena maki !

“aku ada masalah ni..masalah besar” suara Dania memang tengah tak tentu hala kat hujung talian .

“masalah apa pulak? assignment tak siap? kot nak suruh aku tolong pun …esok lah . Takkan masa macam ni ….aku nak tidur ni ….aku baru je setengah jam tidur …tadi tengok bola dengan Haziq” dia menguap lagi .

“Ilmi …Ilmi tak ada kat bilik ni ….” Dania terjah terus . Malas nak buat intro panjang sangat dengan keadaan Naufal yang sangat mengantuk tu . Karang tak sempat habis dia cakap , dah tertidur pulak dia . Dahlah dari tadi dia call Haziq haram nak jawab . Ashraf pulak balik Kedah . Jadi tu jelah harapan dia . Nak tak nak …memang kena harap Naufal jugak walaupun kadang-kadang macam tak boleh harap.

“pergi toilet kot ….” entah cadangan jawapan dari mana dia dapat agaknya . Punyalah sengal . Jawapan orang mengantuk .

“takkan lah kot ….aku nak call kau pukul 3 pagi sebab dia pergi toilet je . Ni dia serius tak balik lagi ni . Aku call handphone pun tak dapat ..aku risau ni” Dania dah start membebel kat hujung talian . Mata Naufal yang tadi berat mengalahkan lori tanker isi pasir pun sekarang dah tak berapa berat …berat macam kancil je . Kira dah ringan jugaklah . Dia keluar dari selimut dia tadi . Sandar kat kepala katil , mata masih separuh tertutup .

“tidur bilik kawan dia kot?” kali ni jawapan Naufal lebih ‘acceptable’ berbanding jawapan kat toilet tadi .

“kawan mana pulak ? lagipun kalau dia tidur bilik kawan , takkan dia tak bagitahu aku kot . Aku tunggu dia dari petang tadi , aku call dia dah sejuta kali ni . Dia ….”

“Dania ….”

“kalau jadi apa-apa kat dia macam mana ? aku tak tahu nak cari dia kat mana ni . Tolonglah ....”

“Dania ….”

“dia ….”

“Dania …..listen! asyik kau je bercakap , macam mana aku nak tolong?” Naufal tinggikan suara bila dia rasa keadaan Dania dah tak terkawal .Kali ni berat kancil kat mata dia dah tukar jadi berat kereta mainan kat kedai dua ringgit je . Memang dah ringan gila sebaik dia sedar , ini memang masalah . Mahunya tak masalah kalau dah pukul 3.35 pagi Ilmi masih tak balik ?

“aku takut ….” suara Dania datar semula . Tapi dia tahu Damia tengah takut sangat .

“aku datang hostel kau”Naufal bagi cadangan , masa tu dia dah kat bilik air cuci muka sambil handphone masih kat tangan kanan . Mengantuk masih terasa . Tapi kes ‘aduan rakyat’ yang dia tengah handle sekarang ni lagi penting . Dia tak nak 'rakyat' dia tu salahkan dia pulak nanti.

“kat luar hujan lebat tu …kau nak datang dengan apa?” Dania sempat lagi nak risau pasal Naufal sedangkan dia tengah risau pasal Ilmi tadi . Dia ni memang cepat je risau . Yelah , Naufal tu bukan ada kereta . Harap Honda buruk pusaka dia tu jelah . Yang kalau jual kat kedai motor , trade in , 30 ringgit pun orang tak nak beli punya , jual besi buruk jelah . Bunyi punya kuat mengalahkan enjin kapal perang ! takut enjin gugur tengah jalan je .

“aku tahulah …aku kan lelaki . Aku bawak motor cari Haziq , aku datang hostel ambil kau” dia kunci motor atas meja , beg duit yang bersepah atas katil lepas tu cermin mata kat atas meja tulis ,

“aku call Haziq tadi ....dia tak pick up pun”

“dia dah tidur lah tu . Dia kan tidur mati ....tak pun , dia dah mati” selamba je dia kata Haziq tu mati , padahal tu kawan baik dia tu .

“aku risau ni ….” hah , ni sekarang Naufal dah confuse apa yang Dania risaukan . Ilmi ? atau dia yang nak bawak moto buruk dia tengah hujan lebat atau risau Haziq , takut mati ? huh!

“kau tunggu sana …tunggu kat bilik je . Aku sampai nanti ..aku call ….jangan call aku ...tunggu aku call kau . Kalua kau call aku , aku patah balik rumah aku ..kau cari lah Ilmi sorang-sorang” saja je Naufal nak gertak Dania . Sebab dia tahu nanti Dania mesti call dia setiap dua minit . Dia ni kalau susah hati , memang semua orang jadi susah .

"yelah ....tapi cepat tau"

"ye ....tunggu kat bilik je . Aku call nanti baru turun"


No comments:

Post a Comment