Wednesday, February 22, 2012

Chapter 1


Jam sudah menunjukkan jam 10 malam sewaktu Ashraf sampai ke Flora Café . Dania , Haziq dan Naufal dah menunggu seawall jam 9 lagi .

“apasal muka satu-satu macam cencurut tertelan kapur barus ?” Ashraf tanya sambil gelak , buat muka tak bersalah walaupun dah buatkan 3 sahabat dia tu menunggu sejam tanpa apa-apa alasan kukuh . Macam biasa ! . Ni memang kepakaran Ashraf. Buat muka tak bersalah sepanjang masa.

“karang cencurut tak mati tertelan kapur barus , kau pulak mati sebab tertelan cencurut tu. Tak pasal-pasal,cencurut tu mati lemas dalam perut kau!”Dania separuh merengus dengan muka masih masam mencuka . Haziq sibuk main game kat blackberry baru dia manakala Naufal tengah asyik hirup mushroom sup yang sejak siang tadi dia bising mengidam nak makan , Sebab tu lah dia dengan Dania dengan Haziq terdampar kat Flora Café tu bertiga sambil tunggu Ashraf yang mulanya janji nak datang awal tapi macam biasa …'tetap lewat'

“yelah …yelah …aku salah …sorry…” dia angkat tangan dengan muka kesian lepas Dania , Haziq dan Naufal buat muka masam.

“hang pi mana ? ingat kami semua ni patung kat Chandi Borubodur ke?” Naufal soal dalam slang Penang pekat dia . Tu tanda dia tengah bengang sangat lah tu . Dia ni kalau bengang je boleh speaking Penang tanpa ragu-ragu . Kalau tak dia berlagak ‘KL’ je.

“mana lagi ..Zulaika lah tu” Dania pulak tokok sambil capai air limau dia yang dah nak habis gelas ke tiga tu . Dah naik kembung dah . Nasi goreng kampong pun dah habis sepinggan . Lepas tu dia belasah garlic bread Naufal 5 dari 6 ketul yang ada dalam pinggan putih tu . Musnah diet seminggu dia . Semuanya sebab ‘Ashraf lambat’. Dania ni , lagi marah , lagi selera nak makan !

“dia mintak tolong teman dia pergi kedai buku ….” Ashraf jawab . Dia melambai pelayan berbaju hitam kat sudut café untuk buat pesanan .

“dahnya …tak reti nak call? sms?” Dania jengil mata besar dia . Dia ni kalau tak jengil mata pun dah besar mata dia tu . Lagilah kalau jengil mata , memang seram kalau scene jengil mata tu buat tengah-tengah malam jumaat , dengan baju putih , rambut mengerbang. Memang menggigil tau !

“yelah …sorry ….” dia ulang balik . Masa tu kopi panas dia dengan mee goreng mamak dia dah sampai . Dia capai sudu dengan garfu dalam pinggan nasi goreng kampong Dania sebab malas nak mintak sudu dan garfu lain . Bakul sudu atas meja dah kosong . Café pun satu hal ,takkan orang nak makan mee goreng kampong pakai tangan kot . Agak-agaklah kalau nak ‘jiwa melayu sejati pun’

“Ilmi mana ?” lepas dah lama baru dia perasan yang sorang lagi kawan dia tu tak ada . Ilmeena !

“dating …dengan Izwan…” Naufal , Haziq dengan Dania …jawab hampir serentak . Dengan nada hampir sama ….GERAM !. Oh! jadi tadi Ashraf datang lambat , diorang marah sebab dah ebrcampur marah kat Ilmi dengan Izwan lah ?

“Izwan ? again ?” Ashraf tanya lagi .

“again apanya ,….dah nya Izwan tu masih official boyfriend dia . Tak payahlah nak buat muka pelik sangat . kot Ilmi dating dengan Anuar Zain ke,Dr Rozmey ke …ok jugakla kalau nak buat muka pelik macam tu” Dania cebir . Muka memang Nampak sangat tak puas hati . Ni kira , geram dengan Ashraf ..lepas tu tambah dengan geram kat Ilmi dengan Izwan lebih-lebih lagi .

“great ….siang tadi aku Nampak dia baik punya dating dengan Tirana . Kat café tepi tasik tu . Siap pakai baju sedondon …Manchester United lagi . Malam ni pulak , dia dating dengan Ilmi … HAMPEH” Ashraf geleng . Pinggan mee ditolak ke tengah meja , Licin kecuali dua potong cili besar yang dia damparkan kat sudut pinggan.

“yang mana satu?” tiba-tiba Dania tanya dengan muka jujur sambil pandang Ashraf yang tengah usaha hidupkan asap rokok dia . Dia ni memang speses NTT …. Naga Tasik Tinggal . Lepas makan , berkepul-kepul asap keluar . Boleh mabuk , dengan Dania sekali bau rokok padahal dia tak terbabit pun dengan rokok tu semua .

“yang mana apa?” dia soal balik sebab tak pasti dengan soalan Dania .

“mana satu yang hampeh . Ilmi ke , Izwan ke ....atau Manchester United tu” tawa kecilnya terhambur bercampur baur dengan ketawa Haziq dan Naufal . Tahulah Ashraf tu kan anti sangat dengan Manchester United sebab dia penyokong tegar Chelsea.

“kau ni Dania …saja nak cari pasal kan?” dia hembus asap rokok kat Dania degan sengaja . Sengaja bagi Dania terbatuk-batuk sampai Dania tarik muka sekali lagi .

“Kesian Ilmi…” Naufal meluah rendah . Sesekali dia terbatuk-batuk dek asap rokok Ashraf .

“Ilmi kena tahu pasal ‘skandal pasir’ Izwan dengan Tirana tu ….” Naufal tambah lagi . Rasanya Naufal cakap macam tu , dah sejuta kali dah . Tapi Ilmi masih jugak tak tahu.

“dia takkan percaya …lagilah Tirana tu kan kawan baik dia” cepat Dania menolak .

“percaya ke tak …tu nombor dua . Nombor satu … kita kena cakap” Haziq pulak tambah . Dia pulak capai rokok dengan lighter dari dalam poket . Sekarang ni , Naga Tasik Tinggal dengan Naga Tasik Puaka sedang berkerjasama kumpul asap bagi Dania dengan Haziq mati kat tengah-tengah .

“salah ….nombor dua kita kena cakap . Nombor 3 dia nak percaya ke tak ….” Dania mencelah sambil tutup hidung dengan hujung tudung . Nasib baik lah Haziq tak merokok . Kalau tak , memang Dania mati lemas dek asap !

“habis nombor satu apa?” Naufal dengan Ashraf soal serentak lepas serentak hembus asap rokok berkepul-kepul macam asap obor masa perasmian sukan Olimpik .

“nombor satu …siapa yang nak cakap ….” Dania jungkit kening pada Naufal , lepas tu Haziq , lepas tu Ashraf . Semua pandang satu sama lain sebelum 3 pasang mata tu jatuh kat Dania balik .

“perempuan lagi paham perasaan perempuan” Naufal balas . Alasan!

“kecuali ….kita boleh trap Izwan” cadangan lapuk tu keluar lagi .

“huh …aku rasa dah puluh kali dah kita cuba . Satu pun tak berjaya . Izwan tu macam tau je plan kita ….Tirana pun”

Dulu pernah sekali cadangan nak bagi Nampak Tirana tengah dating dengan Izwan kat The Mines . Elok bawak masuk KFC , nak tunjuk scene suap-suap macam selalu buat tu , ada pulak mamat Indon entah dari mana duduk semeja tu . Lepas tu Tirana dakwa mamat Indon yang muka tak semnegah tu ‘sepupu’ dia. Sejak bila pulak Tirana ada suku sakat kat Indonesia ? ke dia punya keturunan dulu-dulu tu Pendatang Haram yang nak tongkang datang Malaysia ? ada kot yang dah mati lemas masa berjuang kat laut dulu tu nak datang jadi wargenara lepas tu khianati kawan baik dia sendiri ? huh ! gila melampau bayangan ni .

Lepas tu nak bawak Ilmi kat Pusat Bowling masa Izwan dengan Tirana tengah main bowling . Tirana pulak tak jadi datang dengan alasan period pain . Tiba-tiba Izwan kata dia memang nak buat surprise kat Ilmi , nak ajak main bowling .Surprise ? Bowling ? agak-agak lah kan . Tapi Ilmi yang bendul tu tetap percaya ! . Dan yang surprise diorang jugak!

Tu belum kira terserempak dengan Izwan dengan Tirana kat bus stand . Masa balik kuliah . Izwan siap bukakan topi keledar Tirana lagi . Sweet tak ? alasan …. terserempak dengan Tirana , dia tumpangkan . dahsat . Terserempak siap ada dua helmet dengan baju sedondon ! Pun Ilmi percaya ! jadi nak buat apa lagi ?

“aku rasa Ilmi tu dah kena ubat guna-guna kot ….” tak sempat ayat Naufal habis , satu penampar dah singgah kat bahu dia , kuat ! hadiah dari Ashraf.

“khurafat!” dia jawab sepatah .

“weh….dah dekat pukul 11 …jom balik . Aku ada assignment tak siap lagi ni . Cerita pasal Izwan ..Ilmi , sampai gajah tukar jadi tikus pun tak habis ….jom” Dania capai beg kat kerusi sebelah dia .

“Ash …kau hantar Dania balik ….aku ingat nak pergi uptown kejap” Naufal pandang Ashraf.

“eh …aku nak pergi jugak ….Ziq …kau hantar Dania ….”
“aku naik motor je tadi . Takkan aku nak hantar dia naik motor kot . Dania kan muslimah sejati”
Dania cekak pinggang pandang kawan dia yang tiga orang yang tengah berdolak dalih nak hantar dia balik tu . Tadi dia dating dengan Naufal . sekarang dah pukul 11 , takkan dia jalam kaki balik kolej kot . Jauh tu . Jauh satu hal . satu hal lagi ...TAKUT….

“tak nak hantar sudah....aku balik jalan kaki . Tapi korang ingat , kalau jadi apa-apa kat aku....kau orang jangan menyesal ” Dania separuh ugut , separuh lagi susah hati jugak . Buat nya mamat THE THREE STOGEES tu biarkan dia balik sorang-sorang . Memang naya lagi .Dia nak ishtihar perang je kalau jadi macam tu.

“hoi ….takyah lah merajuk kot …. ” Ashraf sempat tarik beg sandang Dania dari belakang . Kalau ikut hati memang dia nak sangat ikut Naufal pergi Uptown tu . Sambil cuci mata . Tapi masalahnya siapa pulak nak hantar Dania . Walaupun mulut Dania tu kadang-kadang macam longkang . Tapi mulut longkang dia tu kadang-kadang bau wangi macam kemboja . Eh Kemboja pulak . Kemboja tu bukan pokok bunga orang mati ke ?

“jomlah hantar Dania dulu …. lepas tu kita pergi uptown ….sambil ..MAN TALK” Naufal bagi cadangan sambil jungkit-jungkit kening kat Haziq dengan Ashraf .

“aku nak ikut..” tiga pasang mata tadi singgah balik kat Dania ,

“tadi kau kata nak balik ..ada assignment?”

No comments:

Post a Comment