Wednesday, April 25, 2012

Chapter 10 - Bila Haziq Jatuh Cinta

"Ha? Haziq jatuh cinta? Biar betul?" Tersembur air sirap laici yang tadi dia hirup dengan penuh semangat tengah-tengah panas hari khamis tu. Dania angguk sambil balas mesej kat handphone dia, tengah gossip dengan Ilmeena...perkara yang sama HAZIQ JATUH CINTA!. Lepas tu dia letak handphone kat sudut kanan meja sebelah dengan dinding. Naufal pandang muka dia tunggu jawapan.

"Ha...." dia jawab sepatah. Hari ni memang dia feel 'radio karat'. Feel wartawan tak ada tauliah, feel Kiah ronggeng menyebar gosip serata kampung dan gosip tu gosip hanya pasal Haziq jatuh cinta! Gila HOT cerita ni. Dikalangan diorang lah. Kalau siar kat suratkhabar memang tak ada siapa peduli pun.

Awal pagi tadi masa dia call Ashraff cakap benda yang sama pun Ashraff keluar ayat yang sama.

"Ha? Haziq jatuh cinta? Biar betul?" Klise tak? Mahunya tak. Bila cakap dengan Dania pun dia keluar ayat sama;

"Ha? Haziq jatuh cinta? Biar betul?"

Ish! Apasal semua keluar ayat sama? Kot sama-sama terkejut pun, tak payahlah sampai ayat sama kot. Drama sangat nampaknya. Dania pun terkejut tapi tak adalah keluar ayat macam tu, yang sama je. Eh! Tak ke?

"Ish! Tak yah lah nak terkejut sangat. Haziq jatuh cinta je kot .... bukan jatuh kapalterbang!" Dia kerut dahi dengan mode separuh menyampah dengan drama ulang-ulang tu.

"Eh! Kalau Haziq jatuh kapalterbang pun aku tak terkejut macam ni tau" Naufal sambung dengan confident. sampai hati dia kata kawan dia jatuhkapalterbang dia tak terkejut? Kalau ajtuh betul-betul bukan dia pun sama nangis meratap mayat Haziq yang berkecai nanti ke? Jatuh kapalterbang tu. Mesti berkecai. Mahunya dengan ebrlinang airmata pungut cebisan mayat kawan dia tu. Ish! sadis...bayang pun dah sadis ni. Kalau jadi betul-betul tak tahu ler.

Nasi goreng kampung yang dia order dah lama sampai tapi dia belum jamah pun. Pandang pun tak. Punyalah nak tunjuk betapa cerita Haziq jatuh cinta ni lagi high profile banding nasi goreng kampung dengan telur mata dua biji yang dia order tu!

"Sebab yang jatuh cinta tu Haziq. Kalau Ash tu aku tak hairan. Dia tu kalau tak jatuh cinta baru hairan. Dia tu kerusi pakaikan skirt pun dia kata cun! Ini Haziq ni yang ajtuh cinta. Aku ingat dia dah mati nafsu pada perempuan!" Ayat Naufal tu sebabkan Dania pulak tersedak.

"Aku sangka buruk je..." dia pandang Dania dengan senyum tersungging kat bibir macma tahu je apa yang tengah berlegar kat kepala otak Dania tu.

"Serius ... " Dania pulak tokok setuju sebelum dua-dua tu sambung ketawa. Nasi goreng pataya Dania pulak sampai. Sempat dia order cendol sebab hajat dia dari office tadi nak makan kat kedai tu sebab nak makan cendol sambil mengumpat Haziq apatah lagi Haziq kata dia tak dapat nak joint lunch sebab ada hal lain.
Punya berkobar-kobar tu. Siap call Naufal banyak kali jangan sampai cancel!
'Hal lain?' hmmmm ....malas nak tanya, sebab rasa lagi seronok layan PRASANGKA BURUK yang hal lain Haziq tu ialah perempuan berkebaya biru dengan tudung putih yang dia nampak dengan Haziq kat lot parking dua hari lepas!

Bukan salah Naufal pun kalau dia rasa Haziq tu dah mati nafsu kat perempuan. Dania pun pernah fikir benda yang sama. Cuma tak tercakap je. Serba salah! Mahunya tak, Haziq tu kalau kira, ada rupa jugak. Memang lah tak handsome sangat. Tapi kalau banding dengan Naufal dengan Ashraff tu, kira Haziq paling ada rupa lah walau 'grade' The Three Stoogess tu lebih kurang je TAK HANDSOME!

Dulu Lisa model part time tu punya lentok kat dia, boleh dia tak layan. Ashraff kata Haziq buta, tak ada taste sebab perempuan cantik macam tu 'menyerah diri' boleh dia KATAKAN TIDAK macam iklan rokok. Kalau Ashraff, memang dah lama dia KIRA JADI je...cun wooo pinggang saiz 20 tu. Gila ramping.

"kau ni tak ada taste lah...." Ejek Ashraf sambil ekor mata dia pandang Lisa yang berkaki panjang dengan skirt pendek atas lutut menuju ke kereta dia tu.

"Sebab ada taste lah aku tak pilih dia, kalau takder taste baru aku pilih dia. Taste kau dengan aku tak sama grade" Haziq jawab mandatori!

Lepas tu tak ada cerita pasal "PEREMPUAN dan HAZIQ" lagi. Malas sebab rasanya cerita Haziq dan perempuan tu adalah sangat bosan mengalahkan baca suratkhabar bahagian iklan kerja padahal masa tu dia memang tak memerlukan kerja. Boringkan?

"Kau confident je Haziq suka perepmpuan tu. Entah-entah kawan je kot" Tiba-tiba semangat dia jatuh. Alah! padamlah hasrat nak tengok Haziq bersanding pakai songket warna pink kalau macam ni. Kenapa warna pink? Sebab dulu Naufal pernah kata kalau Haziq jatuh cinta dan kahwin dia nak sponsor songket sepasang warna pink. Mesti Haziq tuntut punya. Haziq tu kalau bab-bab janji dia memang ingat. Tak pernah lupa. Nak-nak janji orang pada dia. Kalau janji dia pada orang, dia memang selalu jugak lupa.

"Kalau kawan, dia dah kenalkan kat aku. Dia nampak aku tunggu dia kat bawah pokok dekat dengan guard house tu tapi dia boleh buat tak tahu je. Lagipun, muka dia punya berseri, macam bulan!" Penuh perasaan Dania bercerita tu. Kalau ada Ashraff dengan Ilmi ni, mesti lagi best sessi umpatan terhadap Haziq. Haziq pulak macam tahu je yang kawan-kawan dia tu nak mengumpat dia jadi dia tak nak joint sessi lunch tengahari tu.

"Aku ada hal nak buat ... sorrylah....weekend ni kita jumpa...wayang ...my treat!" Dia bagi offer macam tu. Haziq ni memang murah hati. Kalau yang buat salah tu Haziq, memang patut gembira sebab selalunya lepas tu mesti ada imbuhan.

"Nama dia Salmah" Dania sambung.

"Hebatnya..." Naufal tambah. Pinggan nasi goreng dia tolak ke tengah. Da order secawan lagi air, cendol! Tertarik dengan cendol Dania dan rasa tak nak kongsi dengan Dania sebab Dania nampak selera lain macam menghirup cendol dia tengahari tu. Tak sampai hati pulak nak kacau.

"Apa? Nama Salmah?" Dia soal balik.

"Tak...hebatnya kau....sepantas tu tahu nama dia" Naufal gelak. Dia sambung minum air. Nasib baik dia dengan Naufal dalam restoran berhawa dingin. Kalau tak memang masa ni Naufal dah berkepul-kepul dengan asapnya buat lemas Dania. Dulu bukan tak pernah Dania ni bising pasal Naufal yang hisap rokok punya kuat macam naga tasik chini tu.

"Kau kahwin dengan aku... aku berhenti smoking!" Huh! mandatori. Kahwin dengan Naufal? Benda terakhir dia akan fikir dalam hidup. Tu pun kalau sempat fikir. Harap tak sempat lah. Ni lagi ngeri dari mimpi Ju-On masa tidur malam minggu kat uni dulu. Tak sanggup! Sejak tu dia tak bising lagi pasal smoking tak smoking tu. Lantak Naufal lah. Tapi Dania pernah cakap dulu.

"Rajin-rajin kang kau cek jantung. Kot dah hangus jantung kau tu, cepat-cepat wasiat motor besar kau tu kat aku. Gitar buruk kau aku tak nak....tu kau bagi kat Ash...boleh jugak dia layan jiwa sambil petik gitar masa ko tak ada nanti. Kau dengan dia kan satu kelab. Kelab Asap!" Hampagas. Boleh dia doa kawan dia mati hangus jantung. Kata kawan baik dunia akhirat.

"Gila retro Haziq ...sampai nama pun nak retro" Naufal tak dapat nak tahan gelak.

"Retro bukan sebarang retro ...cun wooo...."

"Klasik?" Dia jungkit kening dengan tawa masih berbaki.

"Klasik ...tp bukan Antik" tawa berderai

No comments:

Post a Comment