Wednesday, April 4, 2012

Chapter 8

"cinta pertama tu, susah nak lupa ....ko apa tau pasal cinta" Dania jungkit kening pada Haziq, sengih sambil perli. Tangan ligat suap spageti masuk dalam mulut. Tadi mulanya dia rancang nak dating dengan Haris tunang dia. Tapi Haris yang kerja pilot tu on call pulak ...cancel. Tak dapat keluar dengan Haris, dia ajak Haziq. Haris, Haziq...bunyi pun dekat-dekat. Tak adalah beza sangat kan. Dia dah bagitahu Haris siap-siap untuk mengelakkan insiden cemburu-cemburu yang mana wanita berhati waja macam dia tak kuasa nak layan.

Haris ok je. Dia kenal Haziq, kenal Naufal, kenal Ashraff cuma Dania rasa lagi elok kalau dia cakap sendiri walaupun jawapan Haris macam selalu.

"Alah ..setakat Haziq...kalau you nak, dari dulu lagi you dah tackle dia" ayat dia yang tak tahan tu... 'you tackle dia' bukan 'dia tackle you' . Mentang-mentanglah kes dia dengan dengan Haris dulu, Dania yang tebalkan muka tackle Haris. Dia jadikan modal pulak. Kalau tunggu Haris, memang tak bertukar status tunanglah sampai sekarang ni.

"uwekkkk" Haziq buat gaya nak muntah depan makanan tu. Dania gelak tengok reaksi Haziq.

"kau apa tahu ....awek pun tak ada..." sekali lagi dia kena kan Haziq.

"susah ada awek ..." dia jawab dengan muka kosong. Dengan kemeja biru dia, dengan neck tie yang dah dia tanggalkan dan letak kat sisi meja. Blackberry yang dia baru beli dia letak kat sebelah kanan saja nak tayang kat Dania . Nak suruh Dania tanya padahal Dania tak hairan langsung. Blackberry Dania tu dah nak reput dah baru Haziq teringin nak beli blackberry. Kalau tak , dia pakai je Nokia dia yang kamera pun tak ada tu. Bayangkan betapa OLD SEASON nya handphone dia sampai kamera pun tak ada.  Ni beli blackberry pun sebab Nokia dia tu dah 'kembali ke rahmatullah' dan rasa tak ada nyawa kalau tak ada handphone.

"susah ada awek ke ....ko yang tak ada awek nak lekat?" dia jungkit kening. Haziq ni dari dulu memang tak pernah ada awek. Adalah yang ushar-ushar dia. Dia ni walaupun rambut kembang gaya Afro tu, gaya Alleycat....kira menawan jugak tau. Tak tahu lah atas sebab apa. Sweet talker lah kot.

Bila ada awek mengorat ... dia tak nak dengan alasan

"tak nak lah aku .... perigi cari timba" ha ..boleh bayang betapa typical malay man dia ni? dia kalau cari awek, nak yang typical malay jugaklah. Yang pandai pakai kain batik, yang tak pandai facebook, senang cakap kalau boleh nak macam cerita Uda dan Dara P Ramlee tu lah . Yang 'Dara tumpang lalu mak ...dara tumpang lalu pak ....'Tu pasal tak laku-laku. Mana nak jumpa!

Bila suruh dia pulak mengurat, jawapan dia

"tak naklah ... tak suka yang macam tu" Ish! belum pernah yang dia kata dia suka tau. Semua tak suka je.

"kau ni straight kan?" Dania gelak sebelum ayat habis. Dia pandang Haziq yang tak jadi nak suap mihun sup tadi dalam mulut.

"choi lah mulut kau ni...." dia angkat garfu buat gaya nak cucuk mata Dania.

"kalau susah-susah ...kau adjust je Ilmeena ...."

Sekali lagi Haziq tak jadi nak suap mihun dalam mulut.

"kat opis kau tadi ada parti mabuk-mabuk ke apa?" dia tanya dengan muka serius tapi lepas tu gelak. Dania pun gelak sama.

"ok apa ....dah kenal lama ...tak yah icebreaking lama sangat. Ilmi tu adorable jugak apa" gila ayat berterus terang. Haziq tolak mangkuk misup kat tengah meja. Tarik jus buah naga dan sua straw kat bibir dia, minum dengan penuh gaya sambil pandang Dania.

"adorable?" Dia tanya lepas minum seteguk.

"tell me ...kalau tak ..." Dania jungkit kening tunggu jawapan Haziq. Tahulah idea tu sengal. But no harm to try kot..... kot lah jadi . Mahunya Naufal dengan Ashraf pengsan 3 kali. Jangan meninggal terus dah lah. Takkan nak hilang dua kawan baik sekali gus kot. Lepas tu Haziq kahwin Ilmeena. Siapa pulak nak layan dia nanti? Haris kan selalu fly ....kesian lah dia tinggal sebatang kara nanti.

"adorable lah jugak" dia jawab mentah. Dania terus tuding jari kat Haziq sambil gelak.

"adorable je ....tak mesti suka simpan perasaan ke apa ....please ok ..jangan rosakkan persahabatan kita....friend...like a china doll ...once broken ...it will never be as beautiful as it was before"

"eleh..." Dania cebir dengan jawapan Haziq.

"betul tak ada perasaan?"

"betul ...dengan confident ni ...."

No comments:

Post a Comment