Tuesday, February 22, 2011

Mereka Datang Mereka Pergi ....

Orang kata , hidup ni , semua ada pasangannya . Siang pasangannya malam , pagi pasangannya petang , lelaki pasangannya perempuan (yg sibuk cari pasangan sejenis tak kira ye , tu sajer cari nahas ...buta dalam nampak) . Dan datang , pasangannya pergi .

Akhir2 ni , ramai kawan2 tempat kerja ni yg dah pergi , cari kerja baru , tukar environment baru tanpa menafikan environment kerja disini sangat baik , menarik cuma tak de boom je kekekek . Tapi adalah jugak yang blah p tempat kerja lain dengan cakap semua kat tempat kerja ni tak best , tapi dalam tak best tu ebrtahun2 jugak kerja sini ekekkeke. Yelah , mana2 pun ada kekurangan . Saya bersetuju dengan seorang kawan , kerja kat sini semuanya best kecuali gaji . Kalo kompeni bermurah hati , revise gaji tentu boleh selamatkan ramai orang dari keluar dari kompeni ni . Tapi sayangnya kompeni 'sayang nak revise gaji' heheheh . Nak buat macam mana , kompeni bukan saya yang punya ...ahmad albab yang punya ...eh bukan ahmad albab kekekeke

Saya tak condemn tempat saya cari makan . Saya percaya , diluar lagi banyak company yang tahap survivality nya begitu mencengkam . At least kami ada persekitaran kerja yang baik , benefit yang baik (yg saya tak dapat dari kompeni lama saya) , ada kawan saya , nak claim MC 30 ringgit pun tak boleh . Semua biaya sendiri . Tu belum kira kalau patah kat jalan masa nak pergi dengan balik kerja , harap PERKESO jelah hehehe . Kita ada rakan2 yang baik (kira oklah ..nak carik yang baik macam nabi sangat pun , macam ko tu mulia sangat) heheheh . Cuma , ye ... kita sentiasa ada 'a room for improvement' . Kalau yang kita tidak nampak , ok ...kita manusia biasa . Ada mata dua biji kat depan dan kita tak nampak apa yang ada dibelakang . Tak nampak apa yang ada disebelah hujung sana kalau terlindung , kalau terlalu jauh . Tapi kalau apa yang jelas didepan mata ?

Mereka ada sebab untuk datang , sama seperti sebab mereka pergi . Kita kerja untuk cari makan , tapi hati perlu sama bekerja sebab tu kita perlu penghargaan . Tak payah bagi mini cooper sebijik sorang , tak payah bagi banglo ala2 Datuk Yusuf Haslam , tak payah bawak bercuti pergi Malibu pun (best ke Malibu , kat mana entah ..tak tahu pun , aku tulis je eheheh) . Itu impian melampau . (kalau nak bagi pun , kami redho je terima) hahahaha .

Kalau hati dah tak senang , macam mana nak bekerja dengan baik ? kita bekerja untuk mencari keredhaan Allah . Lebih baik dia pergi . Dari dia tetap duduk disitu dalam masa yang sama bercerita buruk pasal kompeni . Saya sangat kurang setuju dengan org2 macam ni yg saya rasa boleh sebabkan barah dalam kompeni . Ingat , barah tu . Bukan kudis buta tau . hehheh . Karang nak rawat , satu kompeni kena buat kimo , dah ler sakit , mahal pulak tu . Org2 macam ni pada saya dah hilang semangat bekerja , tapi masih perlu bekerja dan dia akan bekerja dengan menyusahkan orang lain . Kalau dah kerja tak sempurna , tentu ler susahkan orang lain kan . Kang cakap , marah pulak ! heheheheh

Seorang kawan yang abru pindah kerja menelefon saya pagi tadi bertanyakan progress project yang kami buat sama2 . Saya terkejut ...i'm surprise you! hahahahah . Saya ingat dia akan biarkan saya terkontang kanting siapkan projek ni seorang diri . Maklum , semua yang terbabit dengan projek ni dah blah dengan dunia baru masing2 . Tapi dia masih telefon dan tanya macam mana projek tu .

"aik ..ko masih amik berat pasal projek ni ?" aku kata sambil gelak je . Terharu pun ada .

"yelah ...karang aku kena tanya jugak kat padang masyar ..saper nak jawab" huh ! dia begitu jujur dengan kerjanya . Masa dia disini dulu , saya mendengar banyak sok sek yang tidak baik tentang dia . Tapi dia tak pernah bagi masalah pada saya jadik saya diamkan je . Tapi dia banyak membantu . Tak berkira pasal kerja sekaligus menafikan dakwaan buruk sesetengah orang terhadap dia .

Selepas berbincang pasal project yang sume 'relative' nya dah lari p kompeni lain tu , saya sempat bertanya .

"ni kalau apa2 aku bleh call hp ko tak ?" yelah , tanya dulu ...selalunya bila dah blah ni , org malas nak amik kisah ..lantak ler ko nak terbalik ke apa kan . Sebab tujuan pergi pun nak padankan muka kompeni tu sebab tak jaga dia baik2 ....terpadan muka kawan sendiri jugak kekekeke . Bukan semua lah buat perangai camni . Tapi selalunya camtu .

dia kata "eh ok ..no problem"

Saya bangga ada seorang melayu yang begitu konsisten seperti kawan saya tadi . Yelah , orang kata melayu ni kan malas ....alah , saya kawen cina ...kdg2 malas jugak ...bukan melayu je malas . Dan saya rasa saya lebih rajin dari husband cina saya tu tau (puji diri sendiri ) wakakakkaa .

Hujung cerita ... semoga berjaya . Yang kekal teruskan berusaha , yang pergi ..teruskan usaha .
Satu hari nanti pasti ada sinar ...hujung jalan ...errr ...kalau kerajaan pasang lampu jalan ....sepanjang jalan akan ada sinar kekekekekek

Best of luck ....(malas nak buat farewell note ....) heheheh

No comments:

Post a Comment