Dalam hidup ni , antara benda paling aku takut ialah injection . Tak boleh nak cerita tahap takutnya tu . Kalau ada pilihan lain seperti masukkan ubat menerusi straw lepas tu sedut ke , boleh campur dalam nasi ke , memang aku dah suruh dah doktor buat . Tapi tak boleh . Jadi nak tak nak proses inject menginject ni kena dilakukan pada waktu2 tertentu . Masa sakitlah , kalau tak sakit , tu namanya cari penyakit .
Khamis 24 February , aku ke klinik gg untuk mendapatkan rawatan gg . Aku tak takut jumpa dentist . Aku pergi 6 bulan skali utk cuci gigi . Tak ada hal . Cabut pun sebenarnya aku tak takut . Tapi bila pk kena inject tu ..terus jadi hal besar . Terus rasa macam desakan rakyat mesir suh husni mubarak letak jawatan . hahahah . Punya besar masalah nak kena inject tu . Aku siap tanya lagi kat doktor
"tak cabut tak boleh ke ? takder solution lain?" hehehhe punya takut nak inject tu . Ada solution lain , rawatan akar . Tapi tetap kena inject jugak . Hahaha . Kira skang mmg paras2 hidung ler , nak tak nak mmg kena inject jugak . Jadi redha jelah . Kalau buat rawatan akar , sampai masa nanti gg tetap kena cabut , dan kena inject lagi . Dari kena inject dua kali , baik aku redho jelah kena cabut .
Siap pejam2 mata lagi tu masa doktor tu inject . Doktor siap tanya
"kenapa pejam mata ? , sakit ke ?"
aku jawab "tak ..takut je ..." terus doktor tu gelak . Dah bius , cabut . Tak ada rasa apalah sebab dah bius kan . Kalo tak bius , mahu masalah lain pulak datang .
Jadi mimpi pasal bius dua tiga minggu sebelum tu dah selesai .
Bukan pertama kali pun kena inject, sebelum2 ni dah penah pun . Masuk hospital berapa kali , kena jugak inject . Masuk air , masa kena bedah dulu , siap menjerit2 ler dalam bilik bedah . Sampai doktor tu pujuk2 lagi macam budak2 ....hahahah . Nasiblah selama ni aku dapat doktor penyabar je . Kalau tak , memang sakit kena inject tak rasa , dapat sakit penampo pulak ! hahahha .
Teringat masa demam panas dulu kat PUSRAWI . Doktor tu kata badan panas sangat , jadi dia nak inject . Mula2 nak inject dia baca ...."bismillahirahmanirrahim ..." dia pun nak inject . Tak sempat jarum sampai , aku dah jerit dah ...dia tukar pulak
"astagfirlahalazim" hahahaha
"saya belum cucuk pun" aduilah ...nama pun takut , jarum lom sampai , dah rasa dah sakit kekekkee
Ni aku pelik kenapa penagih dadah boleh cucuk badan dorang tu hari2 ....cucuk kat bawah jambatan je plak tu .
No comments:
Post a Comment