Wednesday, February 16, 2011

Benci ..Jangan Terlalu Benci

Pernah tak benci orang ? bukan bencilah sangat . Benci tu nampak macam teruk sangat . Macam tak suka lah . Tak berapa klik gitu kata orang .

Mak saya pesan , kalo benci orang , jangan benci sangat . Takut esok2 jadi suka . Kot yang kita tak suka dan benci sangat2 tu tampan bergaya ala2 Tom Cruise , kaya raya ala2 tokeh Naza , kira berbaloi lah jugak kan ...dari benci bertukar sayang . Kot karang ropa macam tokeh beras kalah judi , poket plak kering kontang . Habuk pun tarak . Kalau habuk ada pun apa guna , bukan habuk boleh jual . Kot habuk berbentuk emas ke . Lain jugak . Emas mahal . Paling tak pun , habuk jenis getah . Getah kan tgh naik rege skang . Melambung2 . Kawan aku tu , mak pak dia menoreh , sampai dapat ribu2 sebulan . Tu noreh kebun orang je tu , kalau kebun sendiri , mmg dia dah tender dah tu , balik kampung keje noreh je . Keje opis dapat berapa sangat . Hahhaha .

Lagi naya kalo yang kita benci tu sejenis kita je . Pompan sama pompan , lelaki sama lelaki . Karang kalo dah jatuh suka , kan ke naya tu . Tolonglah jangan menambah golongan2 'patahnya sayap malam' kat donia ni . Karang kalau Malaysia gempa dek perbuatan tak senonoh ni , kan ke naya . Huh ! selamatkan lah ..tak rela you ! kekekke

Berbalik pada cerita benci terlalu benci tu . Aku pun penah rasa benci . Jangan kata jupe , sebut nama pun rasa berdesing je telinga . Rasa spoil my whole day gitu (tetiba cakap omputih) hahahah . Masa berlalu , rasa benci macam payah nak berkurang . Tapi apa yang boleh saya lakukan , saya selalu ingatkan diri , dia manusia biasa . Ada kelemahan di mana2 , saya tak patut hanya nampak salah dia sedangkan saya juga mungkin pernah ebrsalah padanya . Tambahan lagi , dia pun pernah buat baik pada saya , takkan kerana satu salah dia tu , saya nak padam semua baik2 dia pada saya , nak kasik liquid paper je semua , nak masuk shredder machine je semuanya . Mungkin boleh , tapi yang telah 'tertulis di sana' saya tidak boleh memadam nya .

Ada dikalangan kita yang terlalu memikir rasa benci , termasuk diri sendiri . Kita tak boleh menjalani kehidupan kita dengan baik kalau kita masih membawa luka lama bersama . Orang ebnci , susah nak senyum , kerja pun tak best , rasa nak lempang orang je , rasa nak patah2 8 je , rasa kalau kat bumi Malaysia ni , bunuh orang tak salah , dah lama naik siat2 kulit dia , nak kelar2 leher dia . Tak nak tembak , nak bagi dia mati secara kejam dulu . Itu bisikan syaitan , jangan nak ikut sangat .

Suka ke kita kalau orang benci kita ? boleh je nak jawab 'ada aku kisah'
tapi jawapan tu atk intelek . Kekeke . Tak ada manusia pun yg suka dibenci , cuma kadang2 kita tak ada pilihan . Tak banyak yang boleh kita buat . Pada saya , selagi kebencian tu tidak mencederakan , biarkanlah . Kalau boleh mahapkan , mahapkan , kalau boleh lupakan , elok terus lupakan (tapi yang ni susah kecuali kita hilang ingatan) hehehhe

Lebih dari itu , biarkan dia menjalani kehidupan dia . Kita jalani kehidupan kita . Pandang2 lah , dia tentu ada buat baik juga dengan kita walaupun setakat bagi sekeping senyum . Tu pun kira buat baik kan . Kadang2 sebab dah benci sangat , orang senyum pun rasa nak lempang . Kekeke . Lagilah kalau tak senyum . Rasa nak marah sangat .

No comments:

Post a Comment