Friday, September 23, 2011

Kisah Kawan Lama - Edisi "Aku Rimas"

Malam semalam , sambil2 tgk Buletin Utama , aku dapat mesej dari kawan lama . Betul2 kawan lama , sebab aku kenal dia ni masa sekolah rendah . Masa sekolah rendah dia memang baik dengan aku . Lepas tu sekolah menangah dah tak rapat sebab dia tak sekolah menengah kerana keluarga dia tak mampu menanggung persekolahan dia dan dia berhenti sekolah , kerja . Aku tak tahulah sejauh mana terdesaknya kehidupan keluarga dia sebab aku cuma pernah pergi rumah dia sekali . Dan keluarga dia nampak 'ok ajer' . Masa sekolah dulu dia ada jual gelang manik , cincin manik yang mak dia buat utk tambah pendapatan . Cantik jugak . Aku tak ingat harga gelang tu tapi aku rasa dalam 2 ringgit dan cincin tu dalam 50sen . Dah tak ingat (maklumlah dah lama sangat) hehehhe

Jadi kalo kira2 sambil tutup mata pun , rasanya memang lama sangat tak jumpa . Lebih 15 tahun . Kali pertama dia hantar mesej tu masa adik aku kahwin bulan 6 hari tu . Dia dapat no telefon tu kat kad kahwin adik aku lah tu . Masa tu aku malas nak reply . Sebab bila reply , memang lepas tu aku kena jawab soalan "anak dah berapa ?" ni adalah soalan aku paling malas nak jawab dalam hidup aku . Memang paling tak suka . Aku rela lagi jawab soalan pasal keluk2 lintang pukang kat kelas Profesor Ahmad Zubaidi masa kat UPM dulu , rela lagi buat account yang lagi selalu tak balance dari balance tu ...daripada nak jawab soalan macam ni .

Dan selalunya soalan macam ni datang dalam set . Alah macam kalo kat Uni dulu soalan 30 markah gitu lah . Kan ada 3 soalan dalam 30 markah tu . Contohnya Soalan 1a-15 markah , soalan 1b-10 markah pastu soalan 1c-5 markah ...dan selalunya soalan 1c tu jelah yang boleh jawab pun ahhahaha .

Soalan anak berapa tu kalo dijawab , akan bertukar pada soalan "dah lama kan kahwin ? dah berapa tahun?" ha ..tu soalan 1b hehehehehe ...dan kalo soalan 1-c nya pulak "kenapa tak ada anak lagi?" hahahhaa . Boleh paham kaitan dia tu ? kira soalan ni sume memang satu bab .... jadi kalo nak dapat markah penuh , kenalah jawab sume 3 soalan yang memang menyakitkan hati .

Jadi berbalik pada sms tadi (panjang gila mukadimah aku ...hahaha) sms pertama masa hari adik aku kahwin tu aku tak jawab . Tapi bila terima mesej malam tadi , aku pun kesian jugaklah ngan kawan aku ni . Dah lah kandungan mesej lebih kurang je pun .

Dia tanya "askum ...XXX sihat tak ? masih ingat lagi ? saya YYY lah . Ingat tak ?" ayat dia macam tu . XXX tu aku lah ...YYY tu dia heheheh ...alah macam kes lelaki X dan lelaki Y wakakakka . Eh tapi kitorang takder kena mengena lah sama itu wayang kekekeke

Aku pun kesian plak kat kawan aku ni . Karang dia ingat aku tak nak layan dia sebab dia tak sekolah plak . Yelah , perasaan orang ni manalah kita tahu kan ? aku tak naklah dia rasa rendah diri walaupun tujuan aku tak jawab tu bukan sebab tu pun .

Jadi aku pun reply
"ingat , xkan tak ingat ....hehehe"

dia balas lagi .
"skang duk mana ? anak berapa ? lama tak jupe kan ?"
(ha tgk lah ..betul tak aku kata ..... soklan 1a dah keluar dah ..soklan 15 markah ni) hahahahhaa . Aku dah biasa sangat . Sampai dah hapal dah turutan soklan tu . Kalo SPM , memang takyah nak cari soklan bocor ...mmg aku tahu dah .

aku balas plak
"duk kl . Lama gila tak jumpa . lebih 15 taun kot"

dia balas sekali lagi
"kerja ke ? anak berapa owg?"
(tak putus asa tu ..nak jugak tahu anak aku berapa orang hahahaha) dia nak berbesan dengan aku kot .

aku balas plak
"kerja , kat kl jugak . YYY kerja mana skang ? duk mana ?"
(aku sajer tanya dia balik dengan harapan dia lupakan soklan 1a dia tu tadi . 

dia balas
"tak kerja . Antar anak2 sekolah . Duk parit sulong . XXX anak dah berapa ?"
(hahaha dia ulang balik soklan 1a dia tu . Masa ni aku dah mula rimas dan dah nak jadik nyampah . Jadi sebelum menyampah aku membesar bagai juara dan memberi kesan gegaran tsunami pada dia , aku amik keputusan TAKYAH REPLY LAGI

Ok ...soklan2 tu sume habis kat situ ...malam tu .

Tapi ....yang UNSANGKARABLE nya tu ....pagi tadi aku dapat mesej lagi dari dia berbunyi begini
"askum ...knp x nak bagitahu anak dah berapa ? XXX dah kawen kan ? kerja apa kat KL"
(kali ni dia bagi soklan 1a bersama soklan 1b skali ) hahahahha

Aku memang dah rimas tahap tapir terbang . Korang bayanglah kalo tapir dah boleh terbang ? tinggi tak tahap rimas tu . Tu belum kira atpir tu jatuh plak hempap korang . Ha tu bukan lagi rimas ...tapi LEMAS hahahahah . Aku tak reply .

Kalo aku reply , aku nak reply ayat ni "apa masalah ko ni ? dah nya aku tak nak jawab , suka hati aku lah , mulut aku . Nak paksa2 ni kenapa ? betullah kata bapak aku ...orang tak sekolah dengan orang sekolah ni , memang ada beza . Dah tahu org tak nak jawab , yang nak tanya jugak tu knp?"

Tapi aku tak nak jawab macam tu .

Pertama aku cuba bersangka baik . Dia cuma nak tahu , sebab dah lama tak jumpa
Kedua : dahnya aku tak jawab , dia tanya lah lagi (walaupun kalo dah tahu org tak jawab tu ...common sense lah ...dia memang tak nak jawab kan ?)
Ketiga: agaknya dia pk saper2 yang kawen je mesti ada anak . Dia tak tahu ke ramai orang kawen bertahun2 belum dapat anak ? dan dia tak tahu ke ada yang belum kahwin pun dah dapat anak ? hahahahaha
Keempat : aku malas nak serabutkan kepala otak aku dengan benda2 yang tak menjejaskan akaun bank aku .

So , aku ambil keputusan : instead of jaga hati dia dari terasa rendah diri sebab tak sekolah , lebih baik aku jaga hati aku dari sakit hari , lepas tu spoil mood aku satu hari . Hari ni kan jumaat , hari untuk bergembira . Montel kata nak ajak aku jalan2 ptg ni , soping2 lagi . Aku memang suka selagi bukan pakai duit aku ! hahahaha jadik kenapa nak pk soklan 1a dan 1b dia tu kan ? tak kisahlah hilang 30 markah pun . Aku kan dah grade . Konvo dengan "Kepujian kelas dua atas" lagi . Kalo tak kerana paper kira2....math , calculus tu suma , sah2 aku grade kelas pertama tau hahahaha

Aku tak boleh ubah apa yang ada pada orang . Ada orang memang suka sibuk macam tu (walaupun kadang2 niat dia bukan nak menyibuk, tak sengaja je termenyibuk) hehehehe kes2 macam ni lah yang selalu jadik tak sengaja kena lempang kekekekek

Tapi aku boleh ubah diri aku kan ? aku boleh kawal apa yang aku boleh kawal , contohnya dengan takyah balas sms tu . Ok lah dari aku balas ayat2 yang buat dia nangis hentak2 kaki . Hehhehe

Atau ada orang memang tidak sensitif . Ada orang yang bukan saja tak sensitif pada perasaan orang lain , tapi bila orang kenakan dia , dia pulak lebih2 sensitif sebab terasa dengan orang . Tapi bila dia kenakan orang dia ok je ..gembira je . Stok macam ni paling aku menyampah ! hahahaha

Jadi ,marilah kita sama2 sensitif dengan perasaan orang lain .
contoh2 soklan sensitif selain soklan anak adalah seperti :

-bila sorang pompan yang dah byk umur tapi lom kawen (takyah lah nyibuk nak tanya bila dia nak kawen , bukan ko nak tolong bayarkan mas kawen dia pun) kadang2 siap kata lagi , lambat kawen sbb memilih sangat . Dahnya nak buat laki , takkan tak pilih kot . Takkan nak rembat je mamat penagih bawah sg klang tu buat laki semata2 nak tutup mulut2 puaka ? tu lagi ler sengsara .

Jadi sekian saja luahan perasaan saya ...kesian lah korang yang kena baca ni ...nak buat camner ...korang pun rela hahahahah

No comments:

Post a Comment