Wednesday, September 21, 2011

Abah - Tentang Belajar , Tentang Ilmu

Abah selalu kata ..belajar tu tak semestinya kat sekolah , tak semestinya kat universiti , tak semestinya kat kolej

Abah selalu kata , belajar tu walaupun sekecil2 perkara , biar sampai habis . Baru memberi manfaat . Kalau separuh jalan , selalunya tak memberi manfaat , selalunya akan menyusahkan . Contohnya kata abah lagi , kalau belajar ketuk paku , biar sampai kepala paku tenggelam . Kalau ketuk separuh je , paku tu tak ke mana . Takut nanti tersangkut kat kita pulak . Terkoyak  baju . Terluka tangan . Lagi padah kalau tersangkuk kat mata . Buta pulak

Kata abah lagi , orang belajar , orang sekolah . Biarlah berperangai macam orang belajar , macam orang sekolah . Sebab orang sekolah dengan orang tak sekolah tentu ada bezanya  .

Kadang2 masa bekerja saya merungut , sebab kena buat itu dan ini yang bukan tugas saya . Kata abah "tak apa , itu peluang kita nak belajar . Belajar yang bukan bidang kita . Tak payah bayar . Kan untung tu . Ilmu bukan senang nak dapat" . Lagipun satu ahri nanti mungkin berguna .

Bila saya merungut tentang satu2 perkara yang saya tak dapat buat dengan baik . Abah kata "tambah usaha . Usaha belum cukup tu . Apapun kalau kena caranya mesti jadi . Cari dulu masalahnya . Bila dah tahu masalah , baru boleh nak uruskan" sesuatu tu tak jadi betul , sbb kita tak betulkan tempat yang tak betul . Kita kacau tempat lain .

Bila saya merungut bila sesuatu yang saya hasilkan tak menjadi , abah kata pulak "sekurang2 nya kita dah cuba ...ikhlaskan . Tu pun dapat pahala . Agaknya belum rezeki . Allah nak bagi yang lain tu"

Abah sentiasa ada jawapan tentang BELAJAR , tentang ILMU , tentang pentingnya usaha . Orang selalu kata , dalam adik beradik saya , saya paling banyak mewarisi sifat abah (termasuk muka abah skali) . Saya obses dengan benda yang saya suka , saya cenderung untuk menyindir , mudah naik angin dan agak kurang sabar . Tapi saya seorang yang berusaha keras utk cita2 saya .

Saya tidak cemerlang pada zaman pengajian saya di UPM . Tapi saya beberapa kali  menerima Anugerah Kecemerlangan Dekan waktu pengajian saya dikolej selepas itu . Abah kata kalau kita berusaha , kita mesti berjaya . Saya rasa bezanya bidang yang saya ambil . Waktu saya di UPM , saya ambil ekonomi . Banyak kira2 dan saya tidak bagus dalam ilmu kira2 (yg ini sangat membezakan saya dengan abah , sbb dia seorang yang sangat pandai tentang kira2) . Tapi masa di kolej , saya belajar business . Ada beberapa paper kira2 (yang selalunya akan mengurangkan CGPA saya) tapi saya akan pastikan saya hanya ambil satu atau dua paper kira2 supaya penurunan CGPA saya dapat di kawal .

Saya suka subjek membaca , menghafal dan etika (terutama Business Ethiq)

Kadang2 saya rasa saya tersalah pilih bidang . Saya nak jadi penulis , nak jadi ahli bahasa . Tapi saya tersasar sehingga ke bidang ekonomi dan sekarang kerja Oil And Gas .

At least saya ada kerja . Saya masih berpeluang menulis walaupun bukan sebagai kerjaya utama . At least saya ada peluang .

No comments:

Post a Comment