Friday, June 24, 2011

Cerita Paip Pecah




Dah lama tak masuk mengupdate blog ni ...dah macam rumah tinggal dah . hehehe . Aku ada keje nak buat walaupun byk modal nak pos . Jadi kali ni baru ada kesempatan nak membebel siber dalam ni hehehehe .


Hari ni nak citer pasal paip pecah kat umah aku


Paip pecah ke ? kalo nak ikut definasi betul-betul , meter paip tu yang dipecahkan . Sila lihat gambarajah (cewah , macam buku teks darjah 6) wakakakakak


Benda ni berlaku isnin lepas . Macam mana berlaku ? ha , tu aku takder jawapan , benda ni berlaku betul2 depan umah aku ....riser air ni ...dalam bilik kecik , tepi pintu rumah aku . Kalo tgk dalam gambar ada tiga meter paip kan ? ok ..atas skali tu aku punya . Yang mana ? ha , mmg lah tak nampak ..aku punya dah patah ...hahaha . sepatutnya ada tiga , skang ada dua je .


Macam mana patah tak tahu . Atas pintu umah aku ada cctv , tapi tak dipasang pada hari kejadian kekekek .


Aku pun pelik macam mana berlaku , jangan kata aku ..sume yang datang pelik . Pakcik Syabas yang datang tu pun pelik , kontraktor india tu pun pelik , Akak JMB pun pelik hahaha . Aku lagilah pelik . Ada 250 rumah kat sini , dia boleh pilih rumah aku . Huhuhu . Sungguh lah aku insan terpilih yang dipilih Allah heheheh .


Aku malas nak bersangka buruk , tapi utk bersangka baik bahawasanya paip tu tertanggal sendiri , amatlah tak logik . Sebab paip tu bukan dilekatkan dengan gam 20 sen ! dan selama ni elok je benda tu duduk dalam tu , nak kata orang terlanggar pun amatlah tak logik sebab benda tu dalam bilik , dan bertutup lagi . Nak kata budak2 main sorok2 pun tak logik , sbb selama ni mmg takder budak2 main kat situ ....budak2 main kat taman kat bawah tu je .


Dan aku masih nak sangka bahawa mmg ada manusia yang dah patahkan paip tu . Mat Gian ? apa dia dapat ? batang paip dengan meter tu tak diambil pun , ada ditinggal kat situ je . Kot dia rasa panas nak mandi ...kan kolam renang ada ...beberapa langkah je , apsal tak mandi sana ?


Masih nak rasa ada orang pecahkan . Sebab ?


Aku cuma terfikir pasal krisis JMB je . dan montel pegang ajwatan dalam JMB . Ok ..aku cuba utk kata "ok ..fine ...paip tu manusia yang buat ...biasalah rosak ...mungkin dah sampai masa"


Tapi sekiranya benda tu betul2 perbuatan khianat , aku harap satu hari nanti Allah tunjuk pada aku siapa orang nya . Aku tak nak tumbuk , tak nak lempang , tak nak terajang . Nak tahu je macam mana rupa manusia yang ada otak , boleh beli rumah harga ratus2 ribu , tapi otak dia simpan dalam spender je !


jadi hari ni dah jumaat . Kontraktor cuma boleh datang betulkan , sabtu . Kiralah sendiri dah berapa lama takder air . Takperlah , redho je .


Kadang-kadang pow air budak rumah sebelah wakakakkaa . Budak2 tu pun terpaksa redho je kekekek . Takperlah , kang belanja makan .


Masa baru2 patah tu ,air mengalir laju gila , pastu panggil Syabas , dia kata dia takleh buat sbb bangunan masih under developer . Ok ...tapi pastu bila kitorang kata , kitorang bayar , dia pun datang kekeeke . Dia plak pow kitorang RM50 . Kitorang suh buat air berenti ... idok pun ...air ada je mengalir .


Malas nak byk cakap , nak menambahkan stress . Bayar dia RM50 tu , pastu buat sendiri . Tadah pakai botol minyak , letak getah paip mesin basuh ,pastu lepaskan kat lubang air . Jadik takder lah air mengalir laju ala2 Templer Park kan .


Kalo tau boleh buat sendiri , takyah panggil orang Syabas tu . Panggil orang Syabas , kononnya dia lagi terror lah buat paip air tu tak mengalir dengan kepakaran dia , bidang dia lah katakan , macam kita2 ni mana tau . Montel kalo buat balance sheet , profit and loss ...dia tahu ler . hehehe . Sudahnya ... kitorang jugak buat sendiri .


Takperlah ,anggap jelah duit RM50 tu duit dia . Lagipun mak aku baru bagi RM500 , duit lepas kenduri wakakakakaa


Diam tak diam dalam bulan ni , aku dan Montel dah dua kali jadik McGyver made in Malaysia . Hari tu kerjakan motor (ada aku citer dalam post lepas) skang kerjakan meter paip plak . Harap2 tak yah lah buat kerja2 ni selalu hahahahhaa




















No comments:

Post a Comment