Friday, May 20, 2011

Bila Waktunya Tiba

Khamis ... 19 May 2011 aku dikejutkan dengan kiriman sms dari seorang kawan opis kira2 jam 5.00 pagi . Tapi mesej tu hanya dibaca pukul 6.30 pagi sebaik aku bangun tidur . Hehehe (habislah sume orang tahu aku 6.30 pagi baru bangun) kekekke ... sah2 dekat pukul 7 baru nak solat subuh .

Mesej tu berbunyi "baru dapat berita , Nazil dah meninggal dunia" . Aku baca sms tu banyak kali . Sebabnya baru sehari dua lepas ...dia ada je kat opis . Dia ni satu projek dengan aku . Memang hari2 jumpa . Tak nampak dia sakit . Demam je . Aku pun demam . Nampak macam common sangat ler demam je . Tiba2 hari ni dia dah tak ada . Aku baca sms tu ulang2 kali ...betul ... Nazil , bukan adik , bukan bapak , bukan mak dia ...dia yang meninggal padahal sehari dua lepas baru bersuka ria bergelak tawa . Dia ni memang suka buat lawak . Dia suka kata aku macam budak sekolah . Kalo aku datang tempat dia mesti dia kata "ni mak tahu tak datang sini ? karang mak cari" konon2 aku budak2 ler ...datang merayau2 kat situ ehehhee . Sekarang semua dah tak ada

Patutlah sehari lepas dia tanya dengan kawan aku kalo nak buat kerja macam dia , patutlah dia tak mahu amik kerja kawan aku yg nak berhenti tu ...sungguh2 tak nak . Rupanya dia dah nak pergi . Dia cuma demam , doktor kata mungkin serangan virus menyebabkan kegagalan organ2 utama dia . Semua tu sebab je , yang sebenarnya ajal dia memang dah sampai .

Semuanya sekelip mata . Kalau Allah nak menjemput . Kita tak tahu lagi . Aku pun selalu terpk , bila agaknya masa aku akan tiba ? bagaimana caranya dan siapa yang akan selalu mendoakan aku nanti . Entah , yang pasti , masanya akan tiba juga . Taubat kejap ..kejap jelah , lepas tu bila mengumpat ...lupa terus ahhahaha

Aku pernah kehilangan dua lagi kawan sekolah yang rapat dengan aku . Dah lama . Masa sekolah . Seorang perempuan , Kanisah namanya . Aku panggil dia K ... dia sakit gout dan buah pinggang . Dia pandai tapi pelajarannya merosot sebab selalu ponteng sekolah sbb sakit . Sebelum dia meninggal , aku sempat melawat dia . Perut dia buncit . Dia kata setiap kali datang hospital , nurse tanya "nak ke wad 5 ke ?" wad 5 tu wad orang bersalin . hehehe . Aku ingat lagi , bila sakit dia datang ... leher dia pun tak boleh nak digerak . Kalo nak pusing kiri kanan , kena pusing dengan badan sekali . Macam robot ....aku akan bantu dia setiap kali lintas jalan . Sebab dia tak boleh toleh kiri dan kanan .

Pernah sekali aku lupa . Aku lintas jalan dan dia menjerit kata "wooiiii ....aku ni ..." sambil gelak2 . Aku pun patah balik pimpin dia lintas jalan . Aku mmg rapat dengan dia . Dia ada tulis sebuah novel , tulisan tangan . Dia selalu beli aiskrim aku dulu . Dulu2 aku jual eskem . Aku jual jelah . Untung aku amik , modal gula , plastik eskem sume atas bapak aku ...mananya aku tak untung hhahaha . Dia pernah kata "aku nak komplen ni ...ko jangan kecik hati . Aiskrim ko tawar ....tambah gula sket" dia kata . Aku masih ingat .

Kawan aku kedua Rifaen Musa . Meninggal masa dia dah masuk kolej dah pun . Hari raya pertama . Aku tak dapat datang melawat sebab masa tu aku kat kg . Dia dah balik smyg raya , keluar semula nak pergi beraya . Motor terbabas . Dia ni satu kelas dengan aku . Adik beradik semua lelaki jadi dia pandai buat kerja rumah sebab mak dia selalu bagi tanggungjawab jaga adik2 tu kat dia , Dialah masak dan mengemas rumah .

Aku pernah sama2 dengan dia buat satu teater masa Talent Time Show kat sekolah . Teater tu teater Inggeris ... tajuk nya Beyond 2020 . Aku yang buat skrip . Dia jadi pengarah . Bila sampai masa rolling ..aku nampak ada perkataan Planet Zargus dalam skrip aku . Aku pelik bila pulak aku tulis skrip tu ...dia pun gelak2 sambil kata dia yang tokok tambah skrip aku ....suka hati dia je ...aku pun rapat dengan dia sbb kelas aku ada 7 orang je lelaki .

Cikgu aku ...Isa Mat Shah ...pun dah meninggal . Beberapa tahun dulu akibat lukimia (pernah cerita kat post hari guru)

Yang pasti ...Mati itu Pasti
Al Fatihah Buat semua

No comments:

Post a Comment