Monday, April 11, 2011

Kalau Masih Rezeki

Sabtu baru ni ,aku jalan2 . Hajat kat hati nak cari baju untuk majlis nikah adik aku kat Perak bulan 6 nanti . Aku nak beli baju kurung moden , konon nak ada manik2 , sulam2 ...kononnya lah . Sebab kalau setakat baju kurung , tak payah lah aku nak beli , baik aku jahit sendiri . Jadi sebab aku tak berapa nak pandai jahit baju kurung moden , aku beli jelah . Aku bajet2 , dalam harga RM150.00 dah dapat yang ok ..yang cun . Kalau atas lagi harga tu , aku tak mo beli hehehe . Sayang duit . Eh ! tapi harga RM 150 tu kira standard tu ...banyak je pilihan . Cuma masalahnya , saiz aku ni susah nak cari ...maklum ler ..comel sangat ....hahahahaha

Jadi aku ngan montel pusing dari kajang sampai bangi , sampai uptown , cari baju tu . Bila ada warna , saiz takder , bila ada saiz , warna takder . Tema , kononnya hijau . Asal hijau lah , tak kira hijau apa . Aku tak nak lah hijau PAS hehehe . Aku nak hijau terang sket ..

Jadi dari pagi , sampai petang , sambung malam ...tak jumpa baju tu . Penat , kitorang pun balik , sambung cari ahad ...ahad keluar lewat sket ...dalam kul 11 .... dalam perjalanan tu , aku terperasan tangan kiri aku kosong . GELANG ! mana pergi gelang tangan aku ? aku pakai dah bertahun2 dah , Jadi aku mesti perasan kalau gelang tu takder , Sekarang ni gelang tu dah memang tak ada kat tangan aku . Bila hilang . Aku pun cakap kat montel ...

"bang ...gelang honey hilang ...." montel pun patah balik . Smlm sehari suntuk jalan tu kitorang naik motor je , jadi mungkin jatuh lah . Cari2 takder . Mmg masa tu dalam hati dah kata dah , jatuh kat tempat awam kot . Kat gerai2 tu ker , kat shopping compleks ke . Mmg dah tak jumpa lah ni . Sedih gilalah rasanya . Dahlah emas tgh mahal skang ni . Hahahhaa .

Pastu takder mood nak jalan2 ...balik umah je layan sedih . Montel usaha cari dalam kawasan umah , pun takder . Dia kata takperlah ..ada rezeki kang kita beli lain (ewah2 ...dia ingat emas tu rege singgit kee sekilo?) hehehe . Aku malas nak jawab . Pastu montel kata dia nak kuar , nak tgk2 kat uptown kitorang p smlm . Aku sebenarnya nak kata je jangan ... sebab macam dah takder harapan je nak jupe .

Tapi biarlah dia nak p . Bila montel dah p , aku teringat nak tgk dalam beg . Tapi takkan ada dalam beg kan ? aku tak tanggalkan gelang tu . Tapi bagi hati puas , aku tgk jelah ..aku tuang semua isi beg aku tu atas katil .... Skali ..taraaaaaa ....ada gelang tu dalam beg ..elok je ... aku tgk ..tak plak putus . tapi gancu dia ternganga ...longgar , agaknya tertanggal dari tangan sebab gancu dia terbukak . Boleh pulak dia jatuh dalam beg aku . Kalau dah masih rezeki .. dapatlah balik ..aku sebut alhamdulillah banyak kali . Aku terus kol montel ,

"bang ...dah jumpa dah ..dalam beg" "hei ..aparah ..." montel kata sambil gelak mueehehehehe Aku tak pakai dah gelang tu . Trauma lak rasanya .

No comments:

Post a Comment