Minggu ni saya memenuhi ruang minggu dengan satu harapan ..."minggu ni free copy untuk novel baru akan sampai" . Ikut sms dari editor , jumaat tu dia dah pos pada saya . Saya pun menanti ler dengan penuh perasaan . Bab2 menanti ni , memang saya 'sangat tidak bagus' . Tapi terpaksa jugak menanti . Yelah , dalam donia ni , bukan sume benda yang kita kena buat tu adalah benda yang kita suka . Banyak benda yang kita tak suka kita kena buat jugak .
Contoh .... p keje ...kan ke malas nak p keje tu . Tu lom kira hujan lagi . Lagilah malas . Rasa baik tidur je kat umah . Tapi sebab nak nikmat 'cucuk dinding' tiap hujung bulan tu , kita gagahkan je [cucuk dinding tu ...cucuk ATM ler]. Duk umah pun bukan boleh buat apa . Balik2 tengok sinetron Indon yang sampai ratus2 episod tu . Citer yang boleh merendahkan daya fikir kita . Boleh jadi tumpul sebab masalah2 kecik pun takleh nak selesaikan . Kalau jadi pemimpin negara tu , mahunya tergadai negara kita ni hehehe
ni aku citer apa plak ni ...tadi nak citer lain hehehe
Berbalik pada citer tadi , saya pun tunggu ler dengan penuh perasaan . Dalam hati tu ada juga cakap . "cepatnya dapat free copy , cepatnya printing ..." sbb baru dua hari sebelumnya tu saya baru respond pada review yang editor bagi . Agreement pun belum sign , macam mana plak buku dah siap print ? dah ada free copy . Efisyen gila ni ..lebih hebat dari biasa .... kekeke
Hari selasa , saya dapat agreement . Nipis je poslaju tu . Kata ada 10 free copy ... takkan 10 free copy tu nipis sangat ? ni kalah buku latihan masa darjah dua dulu .
Saya pun bukak envelope ...sah ...agreement je dalam tu . Terus capai hp , sms editor ...tanya mana free copy nya ?
dia pun kata "masih printing ...siap nanti i post" ..lahai ...aku salah dengar ke rupanya hahahaha ...patutnya sumenya macam terlalu pantas je ....oklah ...takperlah ..tunggu jelah ...apa nak buat ....
Aku ni ...setiap kali novel kuar ...musti tak sabar2 nak tengok ..tak sabar2 nak baca ...padahal kan aku yg tulis novel tu ...ituler citer nya ..takder nya ubah2 pun ...editor pun betulkan typing error je ..kalo ada ubah2 citer ..mesti editor dah bagi tahu ...tapi nak jugak baca ...sampai mak aku pun perli ...hahaha
Tuesday, November 30, 2010
Elephant Infant Syndrom
Pernah dengar pasal ni ? Elephant infant syndrom . Secara mudahnya , ia adalah rasa putus asa dan tak mahu mencuba disebabkan kegagalannya pada masa silam . Elephant yang diikat pada tali sewaktu kecil , akan berusaha melepaskan dirinya dari tali tu setiap hari . Dia akan cuba dan cuba tapi dia gagal . Sebab waktu tu dia masih infant , masih kecil . Dia tak berdaya . Hari2 mencuba , dia akhirnya berputus asa dan tak mahu mencuba lagi .
Walaupun setelah dia menjadi dewasa , dengan tali yg sama yang mengikatnya pada waktu dia masih kecil , dia tak cuba lagi membebaskan diri dia sebab dia merasakan walau bagaimanapun dia berusaha dia takkan berjaya . Sedangkan badan dia dah besar dan dia lebih kuat berbanding waktu dia kecil . Tapi sebab dia dah putus asa , dia tak lagi berusaha .
Inilah Elephant infant syndrom . Kita ? sejauh mana kita mempunyai syndrom ni . Pernah tak putus asa ? pernah kan .. rasa kecewa , rasa malas nak cuba lagi sebab tak ada hasil pun . Kenapa perlu putus asa . Allah tak suka orang yg putus asa .
Bangun , cuba dan cuba lagi . Ingat , berjaya atau gagalnya kita , bukan diukur dari berapa banyak kali kita jatuh , tapi berapa banyak kali kita kembali bangun dan berlari semula .
Suatu masa dulu saya pernah gagal , saya pernah kecewa sebelum Allah memberi saya peluang kedua . Saya ingat ayat ibu saya "bangun ....dan lari lagi" .
"Don't let your past dictate who you are, but let it be part of who you become."

Monday, November 29, 2010
MAHA 2010
Sabtu lepas , p jalan2 kat MAHA 2010 kat serdang . Punya ramai orang , sesak . Tak jalan sampai habis pun ...panas dan lemas . Tapi mmg superb . Macam2 ada . Tak sempat nak carik gerai makcik yang goreng pisang , celup tangan dia kat minyak panas tu . Sebab dah penat sangat . Kedai banyak gila . Panas dan lemas .
Macam2 ada jual . Pokok2 bunga , orked pun cantik2 . Tapi aku tak beli pun . Aku ni bukan boleh tanam2 bunga ni , kang dua tiga hari mampos lah tu hehehe . Habis2 lama pun hayatnya sebulan , tu pun dah kira panjang umur sangat . Jadi aku malas nak membazir disamping aku tak berapa rajin sangat nak tanam2 bunga . Rumah pun tak ada tanah (apartment lah) jadi takyah ler susah payah tanam bunga , buat naya kat pokok tu je . Dia pun nak hidup jugak . Aku ni mmg semulajadi lahir takder bakat tanam2 pokok walaupun mak bapak aku sangat cintakan alam semula jadi hehehe .
Lain2 macam burung walit , lembu , kambing sume tu ...aku tak sempat tgk . Penat jalan .
Beli apa ? makanan jelah . Hahaha . Aku kalo p pameran2 ni beli makanan je rajinnya . Beli amplang , makan tradisi sabah . Maklum ler , tahun ni tak dapat balik sabah disebabkan masalah2 kritikal . kekekeke . Pastu beli beberapa makanan lain .
Overall , MAHA kali ni mmg superb . 'Pertanian adalah perniagaan' ...heheheh
tapi aku takleh lah involve perniagaan ni ....kang cepat pulak lingkupnya . Bagi sokongan jelah kekekek

Friday, November 26, 2010
Sindrom "TAHU SEMUA"
Masa saya sekolah , sindrom ni kami panggil Profesor Serba Tahu (PST) , kalau ingat lagi dalam majalah GILA-GILA dulu ada watak ni . Kalo generasi 80-an ingat sangat kot . Majalah lawak ni popular era 90an ...kira zaman2 tu kitorang memang beli dan baca majalah ni sebab masa tu internet lom meluas lagi . Komputer pun jarang nak dapat pegang . Kalau dapat masuk kelas komputer tu kira bangga gila lah !
Keluarga saya , adalah keluarga pertama yang ada komputer kat kg dulu . Kami guna untuk main game , buat surat , buat kad (kalo tak silap masa tu pakai bluemountain) , balas email ...dan search beberapa benda lagi (bukan benda lucah ye kawan2) . Maklum ler ...bapak saya tu kan dulu cikgu ...kita pemikiran dia kedepan sket lah walaupun skang dah keje ladang . Eh! tak ...tak kerja ladang dah ...dia upah indon kerjakan ladang dia hehehe sebab dia dah agak berusia .
Ni dah jauh menyasar pada tajuk kekekeke
Berbalik pada tajuk , Sindrom tahu semua ni , ingat lagi pada salah satu 'jenis' kawan saya yang saya cerita dulu ? yang tahu semua benda dan kenal semua orang . Kira contact2 dia ni , memang kalah Najib Tun Razak . Najib pun takder contact banyak tu . Rasanyalah , sebab saya pun bukan pernah jumpa Najib tu . Hehehehe .
Cerita pasal apapun , kawan saya ni mesti kenal . Cerita pasal permaisuri Aishah , cerita pasal mantan perdana menteri chedet , cerita pasal isteri DrSMS , cerita pasal pembaca berita TV3 Azura Karim , semua dia kenal . Dia kenal semua mereka2 ni . Pernah jumpalah , sedara maralah , kawan atas kawan kawan lah , kenalan bos lah , mak keje satu opis lah . Sampai kami sume jadi 'trauma' nak sebut nama saper2.
Kalau cerita pasal jenis2 penyakit , boleh tanya kat dia . Kalah Dr Pakar kat Hospital Kuala Lumpur (tapi pelik naper dia tak jadi doktor) . Cuba sanggah dia cakap , kamu pasti menyesal . Hahaha . Sbb dia tetap kata fakta dia betul .
Kdg2 boring juga jumpa makhluk2 macam ni . Tapi yelah , mana ada manusia sempurna dalam dunia ni . Mesti ada kurang sana sini kan . Sama macam kita jugak ...
Emmmmmmmm......

Bila hati mu ...kecewa
Kadang2 kita rasa kecewa , bila apa yang kita nak Allah tak tunaikan pun walaupun kita dah sehabis daya berusaha , berhabis segalanya demi mendapatkan apa yang kita hajati tu . Puas kita doa , hari2 mintak tapi Allah tak tunai juga . Kadang2 hati jahat ni bisik juga , kenapa Allah tak nak bagi ? Allah tak sayang ke ? apa dosa aku ? kenapa orang yang jahat tu mintak dapat je , orang jahat tu macam2 kejayaannya . Senang je hidup walaupun dengan hasil jahat . Kita ni jahat sangat ke ? tu kalau ikut hati jahat .
Tapi hati baik pulak bisik "Allah sayang , sebab tu Allah nak bagi ujian , nak tinggikan darjat" , dan lagi ...Allah mesti bagi cuma masanya belum sampai , belum masa yang sesuai . Dan lagi ...Allah bagi banyak benda , kita je tak bukak mata , kenapa satu benda yang Allah belum nak bagi ni kita asyik ungkit2 ?
Pilih nak ikut mana ? hati jahat ke hati baik ? tapi kita manusia biasa , kadang2 ditewaskan perasaan . Nak2 kalau masa tertekan . Banyak sangat tindakan luar batasan yang kita lakukan . Cuma bunuh dan bakar je tak buat . Kita tak buat , orang lain ada yang buat , kelar leher bini pun ada , potong 'burung' laki pun ada , hatta merompak nenek yang umur sayup2 pun ada . Nasib baiklah bisikan hati jahat kita ni tak sampai tahap tu . Kira tahap2 jahat "manusia normal" lagilah . Cuma tak sampai tahap 'ahli syurga' hahaha
Betul kata hati baik , Allah bagi banyak benda , kita je tutup mata , buat2 tak nampak . Saya ada kerja yang baik (walaupun gaji awal bulan tu selalunya tinggal dua tiga hengget je hujung bulan , tu pun selalunya salah sendiri beli benda bukan2) , saya ada suami yang baik (walaupun tak pernah bagi bunga sebab dia kata bunga tu membazir , baik beli barang makan , apa punya tak romantik) , saya ada ibubapa yang sentiasa menyokong jatuh dan bangun saya , kawan2 yang pelbagai ragam , dari yang terlalu baik , sampai ke kaki komplen , mulut macam petir , speses yang kenal semua orang , speses nak tunjuk pandai dan macam2 lagi . Oklah tu , takkan sume nak yang baik2 (macam ler diri sendiri tu baik sangat)
Saya harap ...saya bertahan dengan ujian ini . Saya harap saya boleh tahan dengan kerenah manusia yang tak sensitif dan tak peka ni , saya harap saya tak perlu bunuh orang untuk senangkan hati saya , saya harap saya tak perlu tampar orang untuk buat dia diam . Saya harap , Allah sabarkan saya . Allah lebih tahu ...

Thursday, November 25, 2010
Bahasa Jiwa Bangsa ....
Seorang kawan forward email dari seorang makhluk ciptaan Allah yang kononnya lulusan universiti luar negara ni . Luar negara tau . Tak tahu lah luar kat mana ... sebab kadang2 manchester , kadang liverpol entah dia tahu ke tak tempat2 tu ..main sebut je .
Berbalik pada email tadi , kawan ni tak paham ayat 'mat salleh setengah masak' ni . Kalo ko paham tolong terangkan kat ahkak ....dia kata macam tu ...dalam email tu lah dia kata . Ayat nya macam ni .
It been arranged by EDCC and discipline eng from SBO..In the futurehopefully yes or not.TQ
ayat pertama tu dah paham dah . Ayat kedua tu , pk dua tiga kali . Tak jugak paham2 sampai perlu bantuan kamus dewan jilid ke8 (dah kuar ke version ni ?) . Jadi saya dengan senang hati selaku org yang hari2 ngadap muka makhluk tuhan setengah masak ni pun terangkan lah . Ayat tu bermaksud "tengoklah , masa2 akan datang , boleh ke tak"
walaupun kalo ikut translation betul2 dari aku yg lulusan universiti tempatan grade kelas dua atas ni ( tak mampu nak grade kelas satu) ayat tu membawa maksud "pada masa depan , sangat berharap ya atau tidak" ...ni bunyik macam translation citer omputih kat cd cetak rompak . Penah beli tak ? cewah2 ...sume pakat tak ngaku penah beli cd cetak rompak . Hahahaha .
Jadi kesimpulannya ...toksah ler berlagak sangat . Kalo setakat lulusan (Universiti Jambi) tu , ngaku jelah . Toksahlah nak kencing banyak sangat sampai hancing satu opis . Orang pun tengok berbulu je . Ni yang berbulu ni orang tau . Kalau monyet ke kera ke tgk berbulu tak per jugak , dah memang tu ciptaan Allah yang diciptakan dengan bulu hehehe .
Pada yang membaca post ni ...toksah ler tanya Universiti Jambi tu kat mana . Aku pun tak tahu , aku main tulis je . Hehehe

Wednesday, November 24, 2010
Al Kisah - "Terbeli"
Bercerita dengan kawan2 kisah buku baru saya yang akan terbit bulan depan . Jangkaan terbitnya bulan depat . Harap terbit seperti yang dijangkakan . Editor pun dah kol , confirmkan agreement , adress dll . Jadi beranilah nak cerita . Bukan apa , kadang-kadang kata bulan depan , bulan demi bulan tak juga sampai "bulan depan" . Tu belum kira isu royalti , kata nak masuk sehari dua lagi . Jenuhlah tengok maybank2u tu 3 saat sekali , tak juga ada . 2 minggu lepas tu baru masuk . Hei tak apalah . Masuk juga . Lewat dua minggu apa salahnya . Bukan dua tahun pun hehehe .
Jadi masa cerita pasal novel ni , seorang kawan pun kata
"ni buku ko ke ?" dah biasa sangat dengan soalan ni . Selalunya disusuli dengan permintaan nak 'free copy' hahaha .
Jadi jawab jelah ..."ye ...."
dia kata lagi "aku da beli ..." wah! tak sangka ada juga kawan se opis aku ni ajdi penyumbang pada royalti aku tu . Hehehe .
"terbeli" dia kata lagi . Tak kisahlah kategori "terbeli" ke , "sengaja beli" ke , hatta kena ugut suruh beli pun , yang penting beli , royalti aku jalan jugak kekeke
"tapi aku ikhlas tau beli" dia sambung lagi .
ye ..ye ..aku tau ko ikhlas . heheheh .
Apapun terima kasih sebab menyumbang , terima kasih sebab sudi beli , teri kasih sebab bagi sokongan walaupun masa tu ko tak tahu aku yang tulis buku tu heheheh
untuk Sharifah Nabiha Syed Mustafa ...."terbeli" pun tak apalah ....yang penting beli ....TQSM

Subscribe to:
Posts (Atom)